Labels

Thursday, March 22, 2012

Tiga Daripada 10 Lelaki Malaysia Adalah Gay

"Sekarang ini menurut kajian tiga daripada 10 lelaki di Malaysia adalah gay. Ini menakutkan kita,”- Datuk Baharum Mohamad (Ahli Dewan Rakyat BN-Sekijang)


Serius? OMG.. Aku macam tak percaya. Tapi aku rasa ada sedikit setuju la. Sekarang ramai da makin berani tunjukkan diri mereka siapa. Tak kurang jugak ada yang lebih berani terlampau menunjuk sehingga upload gambar-gambar tak senonoh milik diorang sendiri seperti gambar seksi, kemaluan, pasangan malah ada yang menampakkan wajah disamping gambar unsensored diorang tu di Facebook. Entah apa la yang diorang fikirkan sehingga buat perkara yang boleh merosakkan hidup diri sendiri..

Tubuh pusat pemulihan bendung seks songsang
22/03/2012 3:42am

KUALA LUMPUR — Seorang ahli Dewan Rakyat hari ini menyarankan agar kerajaan menubuhkan sebuah pusat pemulihan bagi membendung gejala seks songsang yang menurutnya “semakin menular di kalangan masyarakat”.

Datuk Baharum Mohamad (BN-Sekijang) berkata, pusat pemulihan itu boleh menjadi tempat untuk golongan itu mendapatkan rawatan terapi selain membendung mereka daripada terus terjebak di dalam aktiviti songsang itu.

"Kita perlu mencari jalan penyelesaian bagi membanteras gejala ini seperti mana kita menjalankan usaha membendung gejala dadah.

"Sekarang ini menurut kajian tiga daripada 10 lelaki di Malaysia adalah gay. Ini menakutkan kita,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama daripada semua pihak perlu dalam usaha membendung gejala itu daripada terus merebak.

Persidangan dewan disambung esok. — BERNAMA
Petikan Kosmo
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment