Bermulalah hari ni
Hari yang sepatutnya
Niat utama berada di sini
Untuk melakukan Umrah
Dah sediakah aku?
Itu soalan aku
Tu la
2 3 hari kat Madinah
Seronok kan
Bagus jugak
Kali pertama nak lakukan umrah
Lebih baik singgah ke Madinah dulu
Supaya kita lebih bersedia
Takda la mengejut dari Malaysia terus pegi buat umrah
Hari ni berlalu macam biasa
Perjalanan ke Mekah dalam waktu petang
Lepas asar kot
Aku pon da mula takut sebenarnya
Takut aku tak lakukan dengan baik
Yer la
Duk kat tanah suci
Macam-macam boleh berlaku kan?
Tapi Alhamdulillah
Dari Malaysia sampai sekarang
Takda sebarang halangan untuk aku
Seolah-olah Allah buka jalan besar untuk aku
Aku bersyukur sangat
Dalam perjalanan
Bukit tandus je
Boleh nampak padang pasir
Aku berpakaian Ihram
Maghrib
Kami singgah kat satu R&R
Makan nasi arab
Femes kat sini
Solat Maghrib kat sini
Lepas tu bertolak ke Mekah
Kami sampai di Mekah dalam jam 12 tengah malam kot
Kemas barang apa sume
Terus ke Masjidil Haram solat Isyak dan wat umrah
Ya Allah
Agung ciptaan Mu
Aku sempat melakukan Umrah pertama tanpa masalah
Lepas solat sunat
Kami berkumpul untuk tawaf bersama group
Tapi pusingan pertama aku da terpisah dengan yang lain
Aku lakukan sendiri
Lepas tawaf
Aku bersaie
Aku ikot group Indonesia
Hihi
Sampailah bercukur jam 3 pagi camtu
Tunggu tau
Korang tengok aku botak
Pertama kali dalam hidup aku botak
Khas di tanah suci
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment