Labels

Wednesday, June 20, 2012

Hari 3: Jalan-jalan Madinah


Dah 2 hari kat Madinah
Hari ni mula keluar jauh sikit
Plan nak pegi minum lawat ladang kurma
Beli belah sikit

Pagi ni sarapan aku pelik
Kali pertama aku tengok telur ada tarikh luput
Agak terbaik la..

Jam 10 pagi
Kitorang semua berkumpul untuk keluar melawat kawasan sekitar Madinah
Masa ni tunggu kat depan hotel group lagi satu
Suka tengok pemandangan asing dari Malaysia

Kitorang singgah kat masjid ni
Lupe da nama ape
Solat sunat jup

Pastu gerak ke ladang kurma
Sempat la beli belah sikit
Wat kenangan

Cantikkan
Sebab pemandangan ni takda kat Malaysia
Macam tak percaya aku boleh tengok suasana macam ni



Ni pulak kawasan apa erk
Adui
Aku tak plak tulis
Hahaha
Ada kubur-kubur pahlawan Islam

Tengahari
Kami balik solat jemaah kat Masjid Nabawi
Sebab nak amik 1000 pahala
Siapa yang taknak kan

Kalau kat Malaysia
Harga air zam-zam tersangat lah mahal
Tapi kat sini
Tong-tong air zam-zam sejuk dan panas tersedia percuma
Minum sampai kenyang
Kat luar masjid pon ada
Siap ada yang buat air wuduk

Petang ni aku jenjalan lagi kat area hotel
Mamat ni nak beli tepon dengan aku
Puas aku cakap taknak jual
Dia pegang tangan aku taknak lepas
Siap suh amik gambar dia kot
Jangan risau
Kat Madinah dan Mekah mereka ni fasih cakap Melayu

Meriah tak?
Mana tak gemuk aku kat sini
hahaha
Ni makanan malam aku

Lepas Isyak
Jenjalan jup kat pasaraya
Dekat dengan Masjid Nabawi
Cantik sangat dalam ni

Tu dia kan
Jenjalan sorang diri lebih tenang
Hihihi..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment