Labels

Monday, June 18, 2012

Hari 1: Permulaan Perjalanan Ke Tanah Suci

Hari ni
Aku naik flight ke Jeddah
Flight jam 3 petang
Tapi pihak agen minta aku berada di KLIA jam 12 tengahari

Dengan pertolongan keluarga angkat
Mereka hantar aku ke KLIA
Nervous sebenarnya
Aku tak pernah naik flight
Lagi-lagi nak ke tempat suci umat Islam
Entah diri aku ni betul-betul bersedia atau tak


Rambut sebelum ke sana
Dah trim, sebelum ni panjang
Hihi


Gambar semasa di KLIA
Tunggu penerbangan

Masa nak naik flight
Aku bersalaman dengan keluarga angkat
Siap menitiskan air mata
Tak tahu kenapa
Mungkin sebab takot aku dah takkan kembali
Lagipun aku sorang-sorang ke sana
Entah apa yang berlakukan

Banyak aku sempat amik gambar dari kapal terbang
Tapi ini je la aku kasi tengok
Indah sangat pemandangan
Nasib baik aku tak gayat
Tapi tengok lama-lama ke bawah pening jugak
Haha

Aku naik ni flight Saudi Air
Pramugari sangat-sangat da boom
Cantik sangat
Dari arab la kot
Diorg hidangkan makanan 4 kali kot
Sedap-sedap makanannya

Ni dia
Selesa sangat
Boleh tengok movie, dengar lagu
Setiap seat ada mini led TV
Cerita pon banyak pilihan

Aku tak sure sangat keadaan waktu
Aku naik flight jam 3 petang
Aku sampai sana dalam jam 8 malam waktu Malaysia
Tapi kat sana lebih kurang subuh kot
Dalam jam 3 / 4 pagi macam tu

Aku keluar flight
Bahang sangat suhu
Aku fikir kat airport memang macam tu kot
Rupa-rupanya
Memang macam tu keadaannya kat sana
Malam atau subuh, suhu tetap tinggi
Aku ingatkan malam sejuk sangat-sangat
Rupanya tak

Tak pe la
Mutawif datang amik kat airport Jeddah untuk bawa kami ke Madinah
Sampai ke madinah dah nak solat subuh
Aku sempat bersolat jemaah di Masjid Nabawi
Balik bilik lepas tu aku tidur
Aku tak dapat tidur lena
Sebab jet lag kot
Aku tak biasa dengan perubahan masa ni

Aku bangun tido
Makan pagi
Lepas tu tunggu untuk solat zohor
Kat sini sentiasa solat berjemaah
Hotel aku kira-kira 400 meter ke Masjid Nabawi
Jadi, takda masalah la ke Masjid setiap waktu

Lagipun

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain selain drp Masjidil Haram. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.


Lepas solat Zuhur

Balik bilik kejap
Rehat
Tunggu asar
Sebab jarak zuhur dan asar tak lama sangat

Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment