Labels

Friday, June 11, 2010

Taiping oh Taiping.. Induksi

01 Jun 2010 - Lapor Diri

          Awal aku sampai kat Annex 2 sebab nak amik port baik punya untuk park motor, letak kat cctv dan area pak guard jaga kete masuk. Pastu tunggu Halim (officemate), kali ni turn kami berdua lak pergi induksi. Sampai ke TMTC KL dalam kol8 lebih. Da siap lapor diri, masuk dewan, macam pelik plak sebab tak ramai yang kami kenal. Rupa²nya kami yang silap datang awal. Patutnya kami kena datang kol2. Huhu.. Takpe la. Lagi pon, nak taknak kena datang awal sebab nak amik parking baik punya.

          Bas gerak lam kol3 lebih sebab tunggu ada budak dari Melaka yang salah jalan. Dia sampai lewat ke TMTC. Perjalanan kami mengambil masa 4jam + berhenti di RnR Tapah 30min. Sampai pon da malam di TMTC Taiping. Dalam kol8 lebih jugak la. Lepas makan ada taklimat sket kat kelas. Lepas tu dalam kol11 malam bersurai untuk amik kunci bilik.

          Masa nak amik kunci bilik, isau jugak takot tak boleh duduk sebilik ngan Halim. Asik dengar ada bilik single, lau nak duk berdua jugak, dia bagi bilik sebelah². Sampai la time aku nak amik kunci, dia cakap takda da bilik double, single pon jauh². Aku tanya la dia betul² ada tak bilik double yang lain. Dia pon bagi la bilik yang 1 blok ngan perempuan, dapat la bilik berdua. Atas skali. Huhu.. Masuk bilik kemas² sket pastu tidow.

Ni la bilik kami..
Susun barang² peribadi (mak ai, macam² ada)

 Sebelum tido tu, febreze dulu.. Matikan kuman..

          Ok.. Tido dulu ya..

02 Jun 2010 - Mula Suasana Baru

 Suasana pagi TMTC Taiping

           Mula la hidup dan suasana baru hari ni. Biasanya bukak mata, mandi, gi opis baru jumpa Halim. Kali ni bukak mata terus nampak Halim, mandi² kemudian gi kelas.

 Tea Break

          Macam ngah study dulu² jerk. Hari ni macam tak selesa sket la. Jumpa orang yang kita tak kenal. Mula² kot. Huhu..


          Time makan tengahari, aku ingat nak la join kawan² baru. Kawan aku ni plak ajak duk meja lain. Baru lagi kot nak berkenalan. Haha.. 1 ari ni, kami wat hal kami je la. Makan berdua jerk 1 meja.

          Tak banyak nak di ceritakan hari ni. Ada jugak la bertegur ngan beberapa orang. Culture shock pon ada dibuatnya. Agak lain sebab sebelum ni aku da 10 bulan kerja, sekarang baru nak induksi. Macam lain sangat. Tengah syok² suasana kerja, pastu tukar suasana macam zaman study.

Suasana senja dari bilik

          Malam ni kami takda aktiviti. Lepas makan malam kat cafe, aku ada la kenal ngan sorang kawan ni. Tak kenal lagi nama. Lepak kat padang borak². Lebih kurang kol9 lebih, kami balik hostel. Aku bukak citer Adnan Sempit. Layan sampai kol11.30. Tunggu je la hari ke 3 esok. Harap lebih baik dari hari ni.

03 Jun 2010 - Kelas.. Kelas.. Kelas..

          Trittt.. Baru aku sedar jam yang aku kunci berbunyi menandakan aku tido lena malam tadi. Kalau tak, mesti aku yang sedar dulu dari jam. Hari ni kelas full, dari pagi sampai malam. Get ready je la.. Kol7.30 pagi turun breakfast, makan nasi goreng tawar. Haha.. Biasa la, hidup asrama kot. Tapi kenapa erk, asal makanan asrama jerk, mesti tawar. Memang adat dia ke macam tu, tak leh letak garam secukup rasa?

          Cuaca agak panas, kene pulak belajar pasal FTTH. Tepu otak ni. Huhu.. Kelas habis kol4 ptg. Sampai bilik nak online, tapi tenet plak slow. So, aku tido jerk la. Nak g mana jerk. Nak basuh baju pon, cam malas lagi.

          Syok jugak kelas malam, betol² macam zaman study dulu la. Rindunya study dulu². Balik kelas lam kol11 lebih sampai bilik. "Hari ni hari jumaat". Si Halim ingatkan aku. Aku pon da lupe hari da. Takot plak rasa. Wakaka.. So, aku sarankan Halim bukak ayat Kursi tido nanti. Ni pon da nak kol1 pagi. K la, Halim pon da bukak orang baca ayat Kursi. Kami tido dulu ya. Esok ada kelas jerit² kot.

04 Jun 2010 - Teaming with Passion


We are ONE TM !

PASSION to win…

Support each other…

CHALLENGE… ! ! !




I support you!!!


          Ha.. Itu lah yang kami jerit sepanjang hari ni. Seronok beb walaupon sakit tekak ni. Haha..  Kelas rini sungguh happening. Membangkitkan keghairahan peserta untuk menunjukkan bakat dan bertindak seperti ‘act out of the box’ ataupon bertindak melebihi kebiasaan mengikut kemampuan diri yang terpendam. Chewah.. Ada kelasss..

 Kemeriahan kelas "Teaming With PASSION"

          Kesimpulan untuk hari ni, kita mesti lah berani bertindak. Jangan terlalu jadi diri sendiri, kalau tak, kita tak tahu sejauh mana kemampuan kita. Aku pernah hadir kursus sebegini, dan aku dah pon apply kan sedikit sebanyak dalam hidup aku, so, untuk hari ni dan Induksi Batch 14 ni, aku harap korang jangan ghairah hari ni jerk. Masa induksi bukan main lagi PASSION, bila da masuk kije nanti, jumpa orang baru, trus jadi PATIENT sebab takot nak berhadapan situasi. Tips aku, korang berubah jerk ikot keadaan semasa, jangan malu², setiap orang akan dan pernah berubah.

          Penat la nak tulis banyak² malam ni. Aktif sangat rini. Aku pon cam da mengantuk. Huhu.. Esok plan nak Zoom Taiping. Tapi tak tau nak ke mana.

05 Jun 2010 - Zoom Taiping

          Awal pagi ni aku ngan Halim buang tebiat gi online kat cafeteria. Sebabnya kat bilik susah la nak catch wireless. Makan pagi kol8, online sampai kol9 lebih sebab kami pakat skali Azree (kawan baru yang borak malam kelmarin) nak kuar kol10 lepas Tea Break.

          Tepat kol10 pg kami keluar makan pagi kat cafe dulu sebelum keluar TMTC. Aku memang pentingkan masa. Bila da janji pukul sekian², aku suke ikot masa yang di plan.

 Ni kawan baru kitorg, nama dia Azree

Poyokan diri ngan Halim

Destinasi pertama kami ke Taiping Sentral. Ingatkan sampai sini pakej full, ada wayang, bowling, or beli souvenir. Skali sampai sini, mati kutu la.. Hahaha..


Pape pon, untuk isi masa, kami tengok wayang dulu bertiga. Lagenda Budak Setan vs Prince of Persia. Tak tau nak tengok mana 1. Aku lebih prefer tengok Prince of Persia. So, itu la jawapannya. Haha..


Lepas tengok movie, kami makan² kat Tesco, bersebelahan Taiping Sentral.

 

Tengah makan tu, tak leh blah dengar sorang MC (Master of Ceremony) khas Hari Bapa. Guna perkataan yang elok sket la, ni tak, kampung sangat bahasa.. “Bapak”. Aiyo.. Came on la.. Bukan nak suh jadi skema sangat, tapi follow side rule sebagai MC la.

          Dari Tesco, kami amik teksi ke Muzium Taiping. Idea datang lepas jumpe kawan kat Tesco, diorang cakap diorang da pegi muzium tadi sebelum ke Tesco. Kami pon pegi la sana plak.






          Lebih kurang kol4 ptg ni, da abes pelusuk muzium kami redah. Kuar pon tak tau nak ke mana. Tengok penjara depan muzium pon macam nak gi melawat jugak. Haha.. Si Azree cakap depan sikit ada Taman Tasik Taiping. Kami pon jalan kaki la ke sana. Agak jauh jugak la. Tapi nak berjalan sangat kan. Amik ko.



Haha.. Penat… Jauh gak nak ke tasik. Lebih kurang 10 minit kami sampai.



Tak da pe sangat la kat tasik ni. Zoo ada kat depan sana. Plan nak gi Zoo Taiping malam nanti, nak Safari Night. Da alang² sampai sini, lagi pon awal lagi, kami pon masuk je la Zoo Taiping petang ni.

Tiket untuk 3 orang


Salah satu gambar terbaik lam zoo..


          Nak di jadikan cerita lawak kami, mungkin memori best kotnya aku ngan Halim, kami di buli beruk. Haha.. Time tu kami 3 orang jalan², ada la beruk liar ni berkeliaran kat satu jalan. Halim ngah bawak air botol kat tangan. Beruk ni macam tertarik ngan botol air tu dan dia menuju ke Halim. Kami undur la sebab isau beruk tu terjah. Beruk tu duk diam. Azree ke depan, da lepas beruk tu. Tinggal aku ngan Halim jerk tak lepas lagi, kami pon jalan ke depan lagi. Beruk tu pon tuju ke Halim. Aku ape lagi, menggigil lutut ni takot Halim lari tinggal aku. Sambil aku pegang bahu Halim, aku cakap kat Halim suh campak jerk botol tu kat beruk, da beruk tu macam nak sangat. Lepas Halim campak jerk botol tu, aku plak tolak Halim ke beruk tu dan trus lari tinggal Halim. Wakaka.. Jahat betol aku, maaf Halim dan trima kasih sebab jadi hero aku rini. Halim memang besttttt… Kahkahkah… Punya la lawak, sampai malam pon kami masih lagi tergelak sal hal tu.

          Lepas zoo, kami wat keputusan balik hostel jerk sebab da penat berjalan rini. Kami sampai hostel dalam kol6 lebih. Pas dinner kat cafe, da tak tau nak wat pe da kat bilik. Haha.. Tapi rileks la, sebab esok nak kene panjat bukit. Simpan tenaga untuk esok. Aiyo.. Macam mana la ni. Kaki da lenguh berjalan rini, esok nak tawan Bukit Larut plak. Arghh.. Enjoy…

06 Jun 2010 - Tawan Bukit Larut, Taiping

          Hari ni bangun tido awal sket sebab kol7.15 nak gerak ke Bukit Larut. Dekat jer tempat tu. Jalan kaki jerk. Kami bertolak lebih kurang kol7.40 pg. Sampai sana dalam kat² kol8 jugak la.

Halim da jauh ke depan

          Dari bawah, kami jalan ramai². Baru kilometer 2, aku da semput da. Wakaka.. Takpe, yang penting, Challenge…. Aku teruskan perjalanan. Halim da ke depan da. Aku masih slow di belakang. Sampai kilometer ke 3, aku terjumpa Halim tengah berehat kejap kat pondok 3. Aku pon amik air dari beg Halim. Lepas 2 minit berehat, aku dan Halim teruskan perjalanan. Letihnya… Baru kilometer 3.4 aku da tak larat. Aku cakap kat Halim suh dia naik dulu. Aku nak naik slow² ataupon nak turun amik jip. Aku berehat jap termenung cari konklusi. Aku tengok 1 group ni slow jerk, aku pon tumpang skali la ngan diorang.

          Aku kadang² macam putus asa nak teruskan perjalanan. Aku fikir satu jerk “Baik aku menyesal buat dari aku menyesal tak buat.” Sekurang²nya, kalau aku menyesal buat, at least aku dapat merasa. So, aku cekal je la teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan tu, hampir 5 kilometer aku berseorangan sepanjang jalan. Tak larat sangat, aku jalan kejap, benti kejap. Pantang jumpa air terjun mengalir, aku benti untuk minum dan sejukkan diri kejap.

 Baru lepas minum air terjun dan basahkan diri jap..

          Jalan plak tak yah cakap la, bukan jalan biasa, banyak jalan curam. Semuanya jalan tar. Seram jugak kadang² jalan sorang². Mana la tau da pape lam hutan tu. Sib bek tak da pape. Teringat jugak beruk dekat zoo semalam. Haha.. Sambil berjalan tu aku menghayati la panorama keindahan alam. Bukan selalu aku masuk hutan dan nek bukit. Ketabahan aku terhasil bila aku da sampai ke puncak. Wah, puas hati aku. Menyesal? Takda lah. Penat pon, berbaloi. Lepas ni fikir nak turun ke kaki bukit plak.

Sempat jerk bergambar walaupon sorang² ni..

          Sampai ke puncak, aku makan dulu kat cafe. Urusetia da sediakan makanan tapi belum sampai lagi. Makanan agak mahal la kat atas sini. Kalu badan da penat, berapa harga pon aku bukan kesah, janji dapatkan balik tenaga. Milo ais RM3.80 + burger daging dan French Fries RM6.00. Ok la tuh.. Lepas makan tu, aku turun bawah sket kat platform pertama kat puncak untuk makan nasi. Lepas makan jerk, sempat la bergambar kejap.



Bukan nak sangat bergambar berdua, tapi nampak la sket kami berdua kat atas ni.. Haha..

          Kol1.15 aku berdua ngan Halim teruskan perjalanan turun ke kaki bukit. Tak da la penat sangat pon. Dalam perjalanan tu, kami terserempak ngan 2 orang budak skolah ngah berehat. Diorang nak turun jugak. Kami senyum biasa je la. Sepanjang perjalanan tu, asik terserampak ngan budak 2 orang ni jerk. Diorang guna jalan singkat, terjun dari semak. Kemudian aku sapa la sorang budak tu, aku bagi dia air. Kemudian kami jalan sama². Tinggal lagi 4 kilometer cam tu, yang sorang lagi da lesap da. Da sampai bawah kot. Sekarang tinggal kami bertiga. Aku, Halim  dan budak tu. Lebih kurang 2 km lagi, kami baru je lepas lalu kat pekerja kontrak. Halim wat keputusan tahan traktor nak turun. Yes, berjaya.. Kami pon nek la traktor tu. Lega hati aku. Terima kasih pak cik traktor.

 Kikiki.. Tak da upaya sangat da..

          Sampai bawah jerk, aku benti minum jap sebelum teruskan perjalanan balik ke hostel. Aku, Halim lepak sekali ngan budak 2 orang tadi. Tengah makan, Halim mintak no telefon budak tu, mana la tau, kot² ada masa, datang lagi, leh jumpe diorang. Selesai minum, kami berdua pon balik ke hostel. Panas beb berjalan ke hostel dari Bukit Larut.

          Malam ni kami hanya berehat jerk kat bilik. Sapu balm kat kaki untuk reda kan sakit. Esok masih ada kelas. Ok la.. Penat, nak tido.. Sebelum tu, korang tengok la serba sedikit panorama di Bukit Larut, Taiping..

Pemandangan Bukit Larut dari Taman Tasik

Pemandangan bawah dari lebih kurang Kilometer 7

Taiping

Hampir ke puncak (puncak sebenar masih jauh.. hehe..)

Da sampai tapi lagi sikit sampai atas

Pokok kawasan sejuk







07 Jun 2010 - Jalan-jalan Cari Makan – Bandar Taiping

          Pagi ni still ada kelas walaupon kaki tengah sakit panjat bukit semalam. Ramai yang sakit kaki. Macam² ragam orang berjalan aku tengok rini. Macam dalam pantang pon ada. Hahaha.. Aku? Apa kurangnya. Sakit kat pergelangan kaki. Tempat paling sakit kat celah kangkang. Pergh.. Sakit giler nak angkat kaki langkah naik tangga.

          Tengahari da kurang sket da sakit kaki. Kelas tetap macam biasa. Masih lagi ”Happy Go Lucky”. Kelas habis awal la rini sebab slide laptop jem. Hang tetiba. Lam kepala macam nak jerk aku balik dan tido. Mesti best. Lepas makan tengahari, aku balik bilik, aku plan nak g mandi sungai ngan Halim. Skali, aku tertido la.. Kol6.30pm, syok² aku mimpi, dia tepuk bahu aku, terkejut aku. Dia cakap budak 2 orang yang kami jumpa tu ajak kuar jalan² kat bandar Taiping. Aku pon on jerk la..

          Lepak jap kat luar gate TMTC Northern ni minum sebelum gerak. Kami berempat, aku, Halim, Syukri dan Azwan pon berjalan sama² tanpa tahu hala tuju sebenar. 1st destinasi dari TMTC, kami ke Taman Tasik. Lepak jap hilangkan penat, dan fikir nak ke mana. Aku tanya la diorang tempat² best untuk melawat. Diorang pon bagi cadangan ke plaza. Jarak pon xda la jauh sangat kata diorang. Kami pon stuju jer la. Pergh, agak jauh jugak la tapi xda la rasa sangat penat berjalan. Sebab tempat x pernah pergi kan.

          Sampai jer kat plaza Taiping, hancus….. Xda pape jerk lam tu. Haha.. Kami pon menapak jap lam tempat bowling.

Budak 2 orang kat belakang ni la yang bawak kitorang jalan² malam ni.


Pastu jalan lagi sampai la area The Store, Stesen Bas dan kaki lima.

 Syukri, Azwan dan aku..

Pergh.. Btol² melepak ni..

Da lapar da ni. Kami pon fikir la nak makan kat tempat best. Halim tanya sal Doli kat budak 2 org ni. Memandangkan diorag tau tempat tu, kami pon terus la bergerak. Sampai sana, ramai jugak orang. Aku order Kuew Tiaw Special RM9 + Fresh Orange RM3.





          Ngam² lepas makan, abang si Azwan call Syukri. Perbualan diorang lebih kurang macam ni.

Abg Azwan: Korang ada kat mana?
Syukri: Kitorang ada kat Doli.
Abg Azwan: Buat ape sana?
Syukri: Makan.
Abg Azwan: Korang makan kat Doli? Dengan sapa?
Syukri: Abg Universiti

          Dengar jerk si Syukri cakap “Abg Universiti”, tergelak aku. macam kelakar plak dia panggil kitorang abg universiti. Hahaha.. Abg si Azwan tu pon suh la diorang balik sebab da lewat malam. Lagipon maybe diorang risau budak² tu kuar ngan entah sapa² jerk. Lepas diorang balik, Halim pon contact la member baik dia jemput amik kat Doli. Nak balik pon xtau jalan da. Aku pon malas gak nak berjalan. Sib bek la si Azree datang amik. Hehe.. Sampai hostel pon dalam kol10.40pm. Penat seh. Esok ada kelas lagi + Treasure Hunt. Ok, aku tido dulu ya..

08 Jun 2010 - Rileks Working Day

          Breakfast pagi ni agak hampa sikit la. Tawar semacam jerk. Tak lalu aku nak makan. Haha.. Akak aku ada sms tanya aku makanan tak pagi ni. Aku jawab la tak makan sebab makan tak sedap pagi ni. Boleh pulak kawan aku ni baca sms aku pada akak aku ni. Pastu kawan aku ni cakap la kat aku..

Kawan: Makanan tak sedap pon bagitahu akak.
Aku: Bagitahu akak kot.
Kawan: Gedik sial
Aku: Fine (Malas aku nak layan sebab aku tak nak dia terover cakap, lagi keruh keadaan)

          Salah kew aku mengadu kat akak aku? Aku sms ngan akak aku la, famili aku. Dia(kawan) duk mengadu kat aku cakap sakit tekak la, nak demam la, tak gedik ke? Laki kot ngadu kat laki. Aku tau dia gurau, tapi jangan la melibatkan sensitiviti orang lain. Aku malas la nak cakap lebih. Cukup la aku diamkan diri kejap tadi tanda protes dan harap dia lebih menghormati privasi orang lain.

          Petang ni kalau ikot perancangan ada Treasure Hunt, tapi tak jadi plak sebab hujan. Pergelangan kaki aku sakit tapi aku tetap semangat nak lakukan aktiviti ekstrem. Bukan selalu nak merasa saat² atau aktiviti macam ni. So, apa boleh buat, Allah lebih mengetahui, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.

          Malam plak ada special dinner. Terbayang jugak aku dinner yang special macam mana kan.. Rupa² nya hanya makan malam macam biasa tapi masakan lebih sedap dan istimewa iaitu ikan 3 rasa.

 Nasi hujan panas..

Siakap 3 rasa

Kenyang dan sedap. Alhamdulillah.. Teringat plak video klip tentang ada sorang bapa ni pergi cari sisa makanan fast food untuk keluarganya. Kesian plak. Moga tiada antara kita yang menerima nasib yang sama kelak.

Aktiviti malam ngan Halim.. Senonoh plak pakai suar kali ni, biasa berboxer jerk 2 org ni..

          Sunyi jerk bilik malam ni, Halim tengah main game, aku lak menulis blog ni. Esok besday Halim. Aku da plan nak wat surprise kat dia malam ni. Ingat nak bukak lagu besday dan nyanyi lagu besday untuk dia pastu nak rakam video reaksi dia. Tapi macam romantik la plak. Haha.. Dia pon kol11.15 da baring kat tilam. 2 3 kali aku tanya dia da nak tido kew. Dia cakap tak lagi, tunggu kol12 lebih katanya. Sampai kol11.40, aku tengok dia cam da nak tido jerk, aku pon terus terang je la kat dia yang aku nak dia dengar lagu ni.

Lagu Happy Birthday. Aku just pasang jerk. Tak nyanyi pon. Punya la dia tersipu² malu + terharu kot. Tak da kot laki yang sambut besday member laki dia macam aku wat ni. Wakaka.. Nama pon duk asrama, sambut simple macam ni sudah la. Yang penting aku ikhlas dan menghargai dia sebagai kawan. So, aku cuba la buat yang terbaik untuk dia, moga dia ingat aku sampai bila². Aku kan suke manja². Hakhakhak.. Selamat Hari Jadi Halim yang ke 25. Dia abg aku la ni. Haha.. Lam kol12 lebih, aku pon tertido, tak tau la plak Halim tido kol bape, maybe dia sibuk duk layan sms kawan² yang bagi ucapan. See u esok ye besday boy.

09 Jun 2010 - Grooming vs Closing Ceremony

          Pagi ni janji ada kelas Grooming kol8.30. "Mintak kerjasama yer datang awal ke kelas". Kami macam biasa tiba on-time. Skali lecturer datang kol10 pg. Apekah? Cakap grooming. Grooming sepatutnya bukan hanya pada penampilan tapi tingkah laku juga. Kalau kita pakai segak or cantik sekali pon, tapi tak tepati masa, tak guna jugak. Masa lebih penting. Kelas ni abes kol11 lebih bagi lelaki, sebab lepas tu masa untuk pompuan berlatih mekap plak.

          Acara penutup berlangsung kol3 petang. Ada sikit ucapan dari Timbalan Pengurus TMTC Utara, lepas tu jeritan semangat TM, pembahagian sijil dan surat penempatan.

 

Untuk majlis ni, kami terpaksa duduk mengikut senarai nama. Nama aku plak di antara 2 gadis. Aku rasa macam kurang selesa sikit la, so aku tukar tempat dengan dak sebelah kanan aku. Aku pon borak² la ngan dak pompuan sebelah ni. Gurau sikit². Pastu dia suh aku pakai tie, dia nak sangat tengok aku pakai tie. So sweet. Aku pon pakai la depan dia. Hehe.. Bila da abes Closing Ceremony, kami pon siap bertukar no phone ag tau.. Hakhakhak..

          Malam ni aku ngan Halim buntu la, tak tau nak wat pe. Halim plak dan dan jerk nak demam. Lepak bawah jap pas makan malam, dia ajak naik. Ni aku duk menaip, dia baring² atas tilam. Sejuk katanya, aku lak selalu kepanasan. Banyak lemak la.. Huhu.. Tak sabar tunggu nak balik esok. Tapi duk sini pon macam best jugak. Aku suke keadaan macam ni. Huhu.. Ok la.. Aku nak benti sampai sini untuk malam ni. Esok, kol9 pagi bertolak balik ke Kuala Lumpur. Baju banyak tak basuh ni. Hehehe.. Salam..

10 Jun 2010 - Balik KL

Sedihnya da nak balik. Aku mesti rindu saat berada sini. Huhu.. Plan balik kol9 pagi. Pagi ni aku ngan Halim bersiap kol8 pagi pastu turun bawah untuk sarapan dan terus bawak beg skali. 


Da siap packing barang..


Posing terakhir Halim..


Dalam bas, aku masih teringat Taiping.. Ingat lagi suasana TMTC tu.. Huhu.. Ni la sisipan penjalanan aku ke KL..


Selamat tinggal Taiping, ni da nak masuk Ipoh

 Suka² amik gambar


Huhu.. Giler sorang²

Wah.. Da nampak KL..

Tada.. Da sampai TMTC KL

Apa kene la ngan bas no 3 ni..

Lepas tu kami nek teksi ke LRT Damai. Dari LRT Damai, kami ke Kerinchi untuk ke Annex, amik motor. Skali sampai kat motor, luluh ati aku, cermin sisi kiri motor aku patah. Jahat betol la.. 

Tak tau angkara sapa...


Sorry la, tak da cenderamata. Tapi aku sempat beli buah jambu kat Hentian Rehat & Rawat (R&R) Tapah untuk dak opis dan dak umah.



Sampai umah dalam kol4 petang. Banyak nak kena basuh baju. Bilik plak nak kene kemas sket sebab masih ada rumate. Tapi tunggu dia pindah dulu la baru aku kemas betol² bilik ni. Wat masa ni lepak je la ala kadar pon.. Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih dahulu..

Terima kasih kepada Telekom Malaysia Berhad kerana memberi kami peluang kecapi pengalaman penuh bermakna di Taiping. Kalau tak kerana induksi batch 14 2010 ni, ntah bila la kami dapat ke Taiping, tawan Bukit Larut, zoom Bandar Taiping, Zoo Taiping, Muzium Taiping, Taman Tasik Taiping, Taiping Sentral dan banyak lagi.


Terima kasih jugak pada kawan² terutamanya Azree (dapat posting kat Kelana Jaya), adik Syukri dan adik Azwan. Juga kepada Maisarah yang suruh pakai tie. Kepada Syamsul jugak yang sudi berkawan. Juga kawan² lain yang baik hati. Haha.. Tak lupa jugak kepada en Joe yang sporting dan lain2 instruktor yang terlibat.


Lagi best aku nak ucapkan terima kasih kepada Abdul Halim sebab menjaga aku sepanjang 10 hari induksi di Taiping. Wakaka.. Memang best hidup ngan Halim di Taiping.



Sekian sahaja.. Terima Kasih kerana membaca.


Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

8 comments:

  1. ala mencik!!!! aku tak sampai atas bukit larut!!! diaorang tak kasi. separuh jalan je..menciiiik!

    ReplyDelete
  2. haha.. xpe bai.. t kite plan.. kite g rmai2.. ok gak.. jln kaki tau nek ats.. xmo nek jip..

    ReplyDelete
  3. wah wah wah!! hehe terasa mcm nk ajak ramai2 lak pasni kita2 lak gi sana..jom nak? hehe ;)

    ReplyDelete
  4. cantik blik korang..blik ktorg ari tu horror kot..

    ReplyDelete
  5. perghhhh...aku terharu dengan kesungguhan asrol....best kawen ngan asrol ni...byk hal leh belajar ngan dia...

    eh ..kawen ke kawan??? typo~~!!

    ReplyDelete
  6. Mubin: Jom r pakat g..

    Linda: memula x cantik, tp kitorg masuk trus cantik.. wakaka..

    Halim: Jom la kawen.. kahkahkah.. ko nk blaja pe?

    ReplyDelete
  7. hehehehe....kelakar aku tgk muka si halim pakai cekak.....pelik haku gn dye nie......tp mcm best je korang kat taiping...

    ReplyDelete
  8. biar dia pakai cekak puas2.. nnti da botak xleh pakai.. wakaka..

    ReplyDelete