Labels

Friday, June 25, 2010

Khusyukkan Solat Berjemaah Dengan Surah Pendek

Meraikan post yang ke-100 aku ni, aku nak berdakwah sikit la.. Alhamdulillah, Sejak 2008 aku bukak blog, dapat jugak aku buat sendiri posting keagamaan. Maaf la saudara² sekalian jika aku silap tafsir, harap ada yang sudi perbetulkannya. Namun, aku cuba rujuk pada yang pakar juga.

Apa yang aku nak tegaskan di sini, adalah bab sembahyang berjemaah. Ape la salahnya kalo Imam baca surah pendek² jerk masa sembahyang berjemaah. Lagi afdal solat dan lagi khusyuk para jemaah. (Tetiba macam emo). Lepas baca surah Al-Fatihah, baca la surah² pendek bagi solat berjemaah tapi kalo solat sendirian seelok²nya baca baca la surah² panjang. Aku pon tak tahu macam mana Imam tak tahu bahawa surah yang aku rasa terbaik untuk di baca dalam solat adalah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Kenapa?

Al-Kafirun
  • Surah ini ibarat 1/4 Al-Quran
  • Surah penolakan (baraa’) terhadap seluruh amal ibadah yang dilakukan oleh orang-orang musyrik, dan yang memerintahkan agar kita ikhlas dalam setiap amal ibadah kita kepada Allah, tanpa ada sedikitpun campuran, baik dalam niat, tujuan mahupun bentuk dan tingkah lakunya.
"
سُوۡرَةُ الکافِرون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦ 
Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6) "

Al-Ikhlas
  • Surah ini ibarat 1/3 Al-Quran 
  • Surah ini berisi perbahasan mengenai sifat² Allah Yang Maha Terpuji.
"
سُوۡرَةُ الإخلاص
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤
Al-Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4) "

Riwayat dari Ibnu Umar pernah berkata,
       Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam  bersabda, ”Qul huwaLlahu ahad setara dengan sepertiga Al-Qur’an, dan Qul yaa ayyuhal kaafiruun setara dengan seperempat Al-Qur’an” (HR Ath-Thabrani)

Kesimpulannya
Ini bukan bermakna surah² ini boleh menggantikan khasiat Al-Quran. Jadi saudara² muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian (macam khutbah lak..), sama² la kita renungkan apa yang aku cuba sampaikan. Dari kita duk kejar pahala baca surah panjang² dalam solat sampaikan kita tidak khusyuk dalam solat, baik kita jaga solat kita. Mesti korang pon penah terfikir (samada berangan, terigat sesuatu, niat melakukan sesuatu) benda lain waktu baca Al-Fatihah kan? Ni kan pulak nak baca surah panjang². Korang boleh la baca surah² lain selepas solat tika kita masih berwudu'. Selepas itu baru kita berdoa kepada Allah. Solat kita sudah terjaga (khusyuk), di tambah pulak baca surah lain selepas solat sebelum berdoa, mesti doa kita mudah di makbulkan. Amin Ya Rabbal Al Amin.


Wallahualam..


Posting ini sikit sebanyak di rujuk kat laman web ini. Terima kasih..
Tafsir Ringkas QS Al-Kafirun
Fadhilah Surat Al Ikhlas
Membaca Surah-surah Yang Pendek
Surah dan Maksud
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments:

  1. Agreed, terutamnya di tempat yang makmum memang hanya ada masa yg singkat, cth: tempat kerja, sebab kita tahu org bekerja ni waktu rehat pendek utk makan & solat.

    tapi kan, ayat kat atas tu,

    "Dari kita duk kejar pahala baca hadis panjang² dalam solat sampaikan kita tidak khusyuk dalam solat"

    macam tak betul ni, baca surah panjang, bukan hadis panjang..kan..

    ReplyDelete
  2. Eh eh.. ha'ah.. Trima kaseh.. Noted.. da ubah da.. huhu..

    ReplyDelete