Labels

Sunday, June 20, 2010

Tahniah Terengganu..

Semalam, tika Piala Dunia FIFA 2010 masih lagi berlangsung, negara telah pon selamat menutup tirai Sukma ke-13 di Melaka. Namun sukma kali ini seolah² sepi kerana ramai yang terkena demam FIFA berbanding Sukan Malaysia (SUKMA).

Ape² pon aku mengucapkan syabas kepada negeri Melaka yang berjaya menganjurkan majlis sukan berprestij negara. Segala kekurangan adalah perkara biasa dan sukar di bendung. Segala komen diharapkan menjadi rujukan dan iktibar kepada Pahang selaku tuan rumah untuk Sukma ke-14 pada 2012 nanti.



Aku jugak ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada kontinjen Terengganu yang menjadi juara keseluruhan Sukma 13 kali ni. Di harapkan, Terengganu terus maju dengan sukan.

Terengganu tanah tumpah darahku.
Sebagai rakyat Terengganu, aku perlu meluahkan rasa bangga dengan pencapaian sukan negeri. Tahniah kepada semua atlit dan mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung kerana telah membanggakan negeri Terengganu.

Berikut merupakan keputusan penuh Sukma ke-13 ini..



Tahniah kepada semua atlit. Majulah sukan untuk Malaysia..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment