Labels

Sunday, January 18, 2015

Berdiam Itu Takda La Baik Sangat

Salam,

Ada kesempatan ni aku nak luah la sikit. Kali ni bab DIAM ITU LEBIH BAIK.. Memang baik daripada duk mengata orang entah pape. Tapi aku nak cerita, kalau aku diam je, makan hati sendiri, tak baik untuk aku.

Nak cerita sikit, minggu lepas aku ada sentap dengan sorang kawan ni..

Dulu
Aku pernah la terkutuk dia, bukan niat nak kutuk direct, aku cuma cerita pasal orang lain supaya dia ambil IKTIBAR dari cerita aku. Secara tak sengaja, dia pandang aku terlalu puji orang lain dan membezakan kekurangan dia dan orang lain. Dia pula asyik merendah diri, kekurangan diri. Silap cara aku lah tegur dia.

Kini
Kami dah gaduh baik, gaduh baik.. Gaduh tu sebab teguran aku tu lah. Kemudian masing-masing berdiam diri. Amik masa dan buat hal masing-masing. Dah berbulan senyap, dia contact aku. Kami berbaiklah, lupa hal lama. Biasalah laki kan, kalo gaduh macam mana pun, bila berbaik, takda nak ungkit-ungkit dah.

Kalau dulu kitorang kerap lepak sama, kini tak dah. Lepas tu aku nampak gambar-gambar FB dia lepak dengan kawan-kawan opis dia kat Morib ke mana entah. Enjoy hapie-hapie kat pantai, main game. Aku tumpang gembiralah sebab sebelum ni dia macam susah nak enjoy sebab selalu keluar dengan aku. Tak pergi mana, tak enjoy macam tu.

Tengahari
Aku LIKE picture dia bebanyak.. Tanda aku suka tengok dia enjoy macam tu. Dalam hati aku, bagus lah, untung dia ada ramai kawan. Dia patut bersyukur. Dalam hati lah cakap.

Malam
Aku bukak FB, aku tengok status dia update pada petang, lepas aku duk like-like picture dia.


Walaupun dia tak tuju kat aku tapi key point dia

...its general status
Kau rasa? Sape yang terkena? Dah nama pon general status, sah-sah semua orang terkena/terasa. Tapi katanya dia tak tuju kat aku.

Kalau dia tuju kat seseorang, dia tak sepatutnya cakap GENERAL.. Dia patut guna perkataan/ayat yang menjurus maksud SPECIFIC PERSON. Contohnya:

  • Status untuk perempuan suka pakai tudung merah
  • Budak kampung aku, mohon terasa
  • Dituju khas kat budak ex5
  • #BudakShahAlam
Dah elok baik-baik, nak ungkit benda lama plak pe hal? Tu lah.. Berkawan nak beribu, nak jaga hati ramai kawan ingat mudah? Kata-kata tu penting, jangan asyik nak tembak orang. Last-last, cakap tuju kat orang lain, orang lain yang terasa.



Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment