Labels

Friday, January 30, 2015

Grab Xiaomi Redmi Note 4G LTE

Salam,

Sejak beberapa bulan ni phone (Padfone 2) aku makin menjadi-jadi rosaknya. Kalau sebelum ni line phone kadang-kadang slow dan terputus tiba-tiba, masuk lift tiada line (sepatutnya ada line guna phone lain), bateri drain boleh sabar lagi lah.

Kat office bukan selalu aku cakap phone dalam lift. Lepas tu kat workstation aku ada pengecas, so, aku cas je selama aku duk kat office.

Tapi paling sakit hati bila orang call, diorang dan aku tak dapat dengar apa-apa pun. Lepas restart baru lah ok. Larat ke asik nak restart?

Baru-baru ni Lazada ada buat promosi Red ape entah. Tambah plak Lazada bagi diskaun RM25 kat staf TM. Lepas aku usha and review, malas nak amik tepon mahal-mahal yang boleh pakai setahun je. Aku nak try tepon murah-murah plak tapi spec yang mantap. Aku grab la satu Xiaomi Redmi Note 4G LTE.

Dari segi perisian tu tak la sehebat kebanyakkan android iaitu boleh pergi ke menu storage (Xiaomi hanya ada desktop) so, apa-apa klik kat shortcut desktop tu je. Tapi apa yang aku berminat dia punya processor dan ram. Janji dapat main game dan mesej tanpa lag atau sangkut-sangkut.


Sebelum beli aku check bila boleh dapat, katanya Rabu depan, means seminggu lebih jugak sebab KL kan cuti 2hb Feb. Aku beli Selasa lepas. Then aku beli, petang tu dapat mesej cakap dah fully shipped. Pantas jugak. Then, lepas 2 hari terus dapat semalam. Bagus juga service macam tu.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment