Labels

Tuesday, January 08, 2013

Macam Mana Aku Nak Uruskan Pasal Kereta Aku Ni


Hari ni aku ada usha kat internet pasal nak jual kereta. Ternyata tak semudah apa yang aku plan.


Mana-mana pon akan merugikan aku. Ada 2 pendekatan kat sini.

Jual selepas habis tempoh kontrak (Settle interest)
Untuk pendekatan pertama ni, aku plan macam sebelum ni. Bagi seseorg pakai kereta aku, lepas tu buat agreement, lepas tempoh tertentu setelah interest bank dah settle, tukar nama. Tetapi, bila nak tukar nama, mest buat loan baru, loan baru plak, akan mengikut harga semasa. Katanya selepas tempoh tersebut, kereta aku jauh lebih murah berbanding settlement hutang sedia ada. Siapa nak tambah hutang tersebut?

Jual / tolak pada bank
Semak berapa aku punya settlement, jika dah settle interest pada bank, aku tolak pada bank. Tapi bank masih kira harga kereta semasa kan? Mesti aku yang kena tanggung lebihan harga semasa kereta tu kan?

Arghh.. Sangat susah nak settlekan. Takkan aku nak pakai 2 kereta? Better than aku bagi entah sape-sape pakai tapi dia guna nama aku. Risiko tu. Apa-apa hal, orang lain buat hal, nama aku jugak yang kene tanggung. Enuff.. Aku dah taknak susah disebabkan nak tolong orang lain.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

4 comments:

  1. erm...kalau jual kat bank mmg kebarangkalian nye tinggi untuk kite tambah duit...sbnarnye kite hadapi masalah yg sama...tgh pening nk jual kete jgak nie..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah... Ramai cakap jual kat bank (surrender) lagi rugi kita. Ni tengah atur plan dengan penjual kereta.. Kot2 boleh adjust.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Apakah Anda ingin pinjaman untuk memulai atau tumbuh bisnis yang ada? Ibu Bernice Louis Pinjaman Perusahaan (BLC) telah datang untuk membuat impian Anda menjadi kenyataan. Kami memberikan pinjaman kepada individu swasta atau pemerintah dan Perusahaan dengan tingkat bunga 2% pada setiap jumlah yang dibutuhkan dan dengan jadwal pembayaran yang fleksibel. Hubungi Mrs. Bernice Louis untuk Anda PINJAMAN hari ini melalui email: bernicelouisloancompany@gmail.com atau tel: +15022653621

    ReplyDelete