Labels

Monday, December 31, 2012

Pengalaman Bersama Marmut dan Suggies


Nak tau? Beberapa minggu lepas aku dengan kawan-kawan study aku ada borak pasal marmut. Ada la sorang kawan ni bela marmut dari zaman study lagi. Dulu hamster, sekarang Guinea Pig. Cantik-cantik. Tapi aku tak minat sangat. Yang aku minat sangat nak bela adalah Suggies. Suggies ni nama manja untuk Sugar Glider sebenarnya. Marmut plak nama manja untuk famili Guinea Pig dan Hamster. Kot la.. Hahaha..

Lepas tu, kawan aku tetiba roger aku pasal ada orang jual murah Suggies. Biasanya sekor maunya RM300-RM350. Tapi dia cakap, kawan dia jual sepasang RM380. Deal.. Aku nak.. Tapi si Guinea Pig ni macam best jugak. Sekor dia jual murah je, kawan-kawan kan.. Sekor dalam RM80. Kalo kat kedai maunya RM200 lebih sekor. Aku nak 2 ekor, dia kasi RM120. Fuhh, giler murah rege.

Oneday, hari Isnin ke ape ritu aku pegi amik. Sugar Glider (SG) dan Guinea Pig (GP) kat rumah kawan aku ni. Malam sebelum tu aku dah shopping siap-siap cage. Dah ready untuk ahli keluarga baru aku ni.

Suggies a.k.a Sugar Glider


Ai.. Pening aku dengan 2 ekor ni. Aku tak biasa dengan pets sebenarnya. Lagi-lagi yang garang dan kuat bermain dengan perasaan. Biasanya aku bela kura-kura kecil, ikan dan pernah sekali bela kucing. Kali ni aku nak cuba bela SG. Aku memang teringin sangat sebenarnya nak bela SG ni. Minat sangat. Aku ingatkan, kalo beli baru ni, tak la garang sampai nak gigit. Masa aku amik dari rumah kawan aku ni pon, dia macam hangin dengan aku. Asik crabbing.


Macam takot dengan aku pon ada. Masa ni aku letak rumah dia kat atas, lepas tu aku tukar ke bawah sebab dia ni macam tak pandai nak masuk dalam rumah tu. Bila letak bawah, asal tengok muke aku je, dia masuk dalam rumah. Kadang-kadang sampai tak keluar.


Aku bagi makan, tak keluar. Bila aku lari jerk, tengok tv or mandi, barulah dia keluar makan. Tak lama lepas tu masuk dalam balik. Aku takda masa nak bersembang ngan dia.


Suka tengok kalau dia aktif. Yang ni nama dia Mika. Tak banyak melawan. Agak nampak macam lonely dan takut-takut. Tak terlalu crabbing.


Yang lagi sekor tu yang duduk atas bumbung nama dia Reko. Aktif. Badan dia besar sikit dari Mika. Suspek dia tu jantan. Tu dah nak masuk rumah dah lepas dia tengok aku.


Special makanan dia aku beli. Tak makan pon. Buah jugak yang dia nak. Aku tukar-tukar buah. Aku baca dalam blog, ada yang bagi yogurt. Aku try la.


Aku nak test, apa je dia makan sebenarnya. Aku cuba la campurkan semua bahan ni.


Dah macam Pavlova dah aku buat. At last, semua licin kecuali kiwi. Nak cakap masam, tak masam tapi ada la sikit masam tu. Tapi still manis. Kenapa dia tak makan? Huhu..


Akhir-akhir ni dia dah kurang makan buah. Bagi epal pon macam tak abes. Bagi buah lain pon sama. Carot lagi la. Bagi yogurt pon tak abes. Aku cuba kasi protien plak, ulat ape entah ni. Aku bagi sikit je. Ada yang cakap tak elok bagi banyak-banyak. Tapi aku dah terbeli banyak. Secawan apam polkadot tu RM1. So, aku amik la RM3. Mak ai.. Banyak sangat plak.


3 cawan ulat, banyak plak. So, aku bela la ulat-ulat ni jugak. Kawan aku cakap kasi makan roti. Nasib baik dia makan roti ni. Senang tugas aku bela ulat-ulat ni.

Untuk Reko dan Mika ni jadi jinak sikit, semalam aku keluarkan rumah dia. Aku kosongkan cage. Sebab nak kasi dia biasa tgk aku dan keadaan sekeliling. Takda kesudahan jugak dia duk dalam rumah je. Aku nak pegang pon, aihhh... Dia macam garang la. Selalu sergah aku. Macam nak terkam aku. Mana tak takotnya.

So, aku harap, sape-sape yang sudi tolong aku jinakkan 2 ekor ni, tolong la aku. Huhu..

Marmut a.k.a Guinea Pig


Yang ni 2 ekor paling mudah aku jaga. Tak mengganas pon. Aku pon tak takot. Yang sekor warna perang dan hitam tu nama dia Kum Kum. Yang hitam putih tu plak nama dia Momok.


Mula-mula aku letak camni. Baru beli biasa la. Macam kesian jugak. Lepas tu, 2 hari lepas, aku beli jaring dan batu-bata. Aku nak buat partition. Aku nak sekat pasu tu. Tapi oleh kerana batu tu sikit, dinding tu jadi rendah. Bila aku lepaskan mereka, boleh pulak si Kum Kum ni melompat bata tu. Terus sampai ke pasu rendah aku.


Tak pe, aku tinggalkan sementara aku siapkan dia punya tangga nak masuk ke sarang dia. Sebab si Momok pandai masuk sarang sendiri. Si Kum Kum ni tak pandai. Sementara aku tinggalkan dia ni, aku ingatkan dia lompat turun semula.


Di makannya anak pokok cili aku ni. Arghhh... Tension. Tak boleh jadi ni. Aku pon susun bata tu semula.


Ha.. Kan senang camtu. Luas sikit kawasan dia. Aku dah lapik paper kat bawah tu. Senang nak bersihkan nanti.

Makanan plak aku tak tau lagi masa tu. Aku beli je. Orang yang kat kedai pet tu plak tak terangkan betul-betul.


Aku beli Alfalfa Hay. Lepas baca kat tenet, tak leh bagi sangat rupanya Alfalfa ni. Tapi sesuai untuk yang below 6 month. Takpe, Momok ngan Kum Kum baru je 2 bulan lebih. Abeskan seguni ni, aku beli la plak Timothy Hay.


Pallet ni plak dia kurang makan la. Makan tapi tak banyak. Benda sedap kot taknak makan kenyang-kenyang. Hahaha..

Next time aku dah tau apa yang perlu untuk mereka ni. Sayang marmut sebab senang bela. Marmut ni jinak ke tak erk? hahaha..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments:

  1. having a pets is awesome.. tp ulat tu better feed dgn buah.. sbb roti ade yeast... x bgus utk suggie... n anggur lbh baik jgn bagi... tak bagus utk penghadaman... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups... mmg seronok.. lepas ni nak kasi buah je la kat ulat2 tu.. thnx erk bg tips..

      Delete