Apa yang terbuku dalam hati aku sekarang adalah kewangan aku
Semua ni lepas kes aku kenal sorang kawan yang asyik menipu aku
Disebabkan dia, aku dah rugi berpuluh ribu kot
Dia buatkan aku berhutang kad kredit berbelas ribu
Pinjaman peribadi dia yang hampir berpuluh ribu
Pinjaman kereta
Nak cerita lebih-lebih
Tapi macam tak elok plak
Cukup la sebagai pembuka cerita kewangan aku
Alhamdulillah
Walaupun aku memang berdepan masalah kewangan
Aku masih cukup untuk berbelanja, makan, minum
Aku masih kawal kewangan aku
Hari ni aku terbaca kat paper
KUALA LUMPUR: Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.
"Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ya Allah
Pinjaman kereta
Sekarang pun aku berdepan dengan pinjaman kereta juga
Kerana kawan
Aku telah keluarkan kereta kedua atas nama aku
Tapi disebabkan masalah peribadi
Aku ambil semula kereta tu
Ada yang tawarkan diri nak beli kereta tu
Aku dah serahkan pada dia
Tapi entah macam mana
Dia pula berdepan masalah kewangan
Tak mampu bayar ikut tarikh yang ditetapkan
Macam-macam masalah yang dia hadapi
Tak dapat gaji la, kene rompak la, hilang la
So, aku plan akan ambil semula kereta tu
Takpe la, dari orang lain susahkan aku
Baik kesusahan tu datang dari aku
Biarlah aku susah sendiri
Berbaloi
Tapi aku mohon pada Allah
Cukuplah orang menyusahkan aku
Aku taknak dah kesusahan lagi
Aku kena lebih berhati-hati
Bila baca paper tadi
Aku cuba faham tentang "Bankrap"
Aku rujuk laman web MyGovernment
Katanya tentang bankrap
Bankrap atau muflis bermaksud individu yang secara rasmi mengaku bahawa beliau tidak mampu untuk membayar segala hutang yang ditanggunginya. Di Malaysia jumlah minimum hutang tertangguh untuk seseorang individu itu boleh diisytiharkan sebagai muflis adalah RM30,000.
Habislah
Aku berhutang pon dah lebih dari tu
PTPTN dah lebih RM50000
Kereta Persona RM56000 (Manual Baseline)
Kereta MyVi RM57000 (Auto Baseline)
Pinjaman peribadi RM---
Boleh bayangkan tak macam mana komitmen bulanan aku?
Huhu
Tapi InsyaAllah
Aku percaya
Kalau aku maintain macam sekarang ni
4 tahun lagi aku dah boleh settlekan hampir separuh dari ni
Lepas tu
Aku nak beli rumah pulak
Baru kawen
4 tahun lagi baru kawen?
Hahaha
Rileks la..
Baru awal 30-an kot
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
rileks k
ReplyDelete