Labels

Tuesday, December 04, 2012

Peringatan Kepada Kaum Wanita, Persoalan Kepada PDRM


Salam Muhibbah
Hari ni aku nak cerita sikit
Kisah pagi tadi
Aku dah nak pos entri pagi tadi tapi hati tengah bengang
Kang ada yang aku maki kaw-kaw

Kemalangan kereta rempuh penunggang motorsikal
Pagi tadi aku ke tempat kerja macam biasa, tunggang motorsikal. Lalu lebuhraya hubungan timur-barat dari kajang-cheras, lepas Taman Connought, aku nampak satu insiden kat depan. Kesnya, kereta tukar line paling kanan masuk ke line tengah lalu merempuh motor bersebelahan line tengah. Aku yakin sebab kedudukan kereta dan motorsikal semasa kemalangan. Baru beberapa saat berlaku depan aku. Aku syak, suspek ni tergesa-gesa atau suka hati tukar line tersebut tanpa pastikan jalan tu betul-betul clear. Suspek seorang wanita.

Aku dah banyak kali kut sebut dalam blog aku ni. Kaum wanita ni paling ramai yang suka hati belok kiri kanan, tanpa bagi signal dan pastikan jalan tu clear. Kenapa erk? Susah sangat ke nak bersabar dulu, bagi signal nak membelok lepas tu tengok jalan clear ke tak, kemudian belok la kalau dah clear. 

Tak pasal-pasal, yang jadi mangsa keadaan adalah orang lain. Bila dah eksiden, dia cakap tak nampak. Tak nampak atau tak peka? 

Sepatutnya, bila atas jalan raya, tengah drive. Setiap beberapa saat, sila pandang side mirror. Barulah kita dapat tahu jarak depan dan belakang berapa laju dan berapa rapat. Bagi signal sebelum nak membelok terlebih awal sebelum membelok. Bukan dah belok baru bagi signal. Tu dah tak berguna.

Ingatlah wahai kaum hawa. Aku bukan nak tuduh melulu. Tapi aku da lama berpengalaman tunggang motor ke tempat kerja, dalam keadaan panas ke, hujan ke, jem ke.. Aku pun pernah bawa kereta, so, aku boleh je bagi perhatian pada orang lain.

Hari ni, kesian pasangan ni kena langgar. Jatuh, motor hempap diorang. Perempuan dalam kereta ni rileks je. Apa dia nak jawab? Buat laporan polis, lepas tu mangsa tu macam mana? Tak pernah aku dengar kemalangan, lepas tu claim perubatan atas insuran kereta yang langgar. Kalau kereta kemek, boleh la claim insuran kereta yang melanggar. 

Persoalan kepada pasukan PDRM
Apa tindakan kepada pesalah? Yes, saman RM300 kerana mewujudkan kemalangan. Mangsa tu macam mana? Kemana saman RM300 tu? Kenapa polis pula yang saman RM300? Bukan ke sepatutnya mangsa yang patut saman mengikut kerugian?

Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.


Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment