Labels

Wednesday, May 09, 2012

Untuk Puaskan Hati, Tenangkan Diri, Apa Salahnya

Aku ada cerita kat korang pasal Aku Kemurungan kan? Semalam aku selesaikan hal-hal yang sepatutnya untuk aku berjalan jauh nanti.. Buat passport dan cucuk apa entah. Pastu aku pegi buat bayaran kat travel agensi. Balik dari buat bayaran, aku usha tempat accessory kereta area Kampung Pandan.Ingat lagi tak aku cakap aku beli LCD dalam kereta tu? Ala masa Hari Untuk Manjakan Kereta tu..

Cantikkan? Tapi aku tak puas hati ngan player ni. Banyak function yang aku tak suka. Contohnya:
  • Bila random boleh random, tapi tekan next, dia tak pergi random, dia pegi next lagu.
  • Nak repeat folder lagu pon susah. Takleh kot, dia akan repeat all folder.
  • Signal radio tak bape kuat.
  • Bila start enjin semula, lagu akan patah balik ke no 1. Tak save last play. So, kene dengar lagu sama. Urghhhhhhhh...

So, aku agak tertekan kadang-kadang. Dalam kepala boleh nak pasrah jerk. So, aku dah pon pasrah. Disebabkan kemurungan aku 2 3 hari ni, aku jadi tak menentu. Aku fikir nak cari something yang boleh wat aku hapie dan lupakan masalah lain. Balik semalam, aku sempat usha kedai tu, dah jumpa player baru. Kali ni, yang besar punya. So, tak ganggu air-cond.


Kan kemas tu.. Walaupon agak ke bawah sket screen. Kang lau duk atas, air-cond duk bawah, korang cakap air-cond plak ke bawah.. Hahaha.. Ni pon takda la bawah sangat. Selesa jerk aku tengok video masa drive.


Nah kau.. Siap leh connect ke telefon lagi.. Sync no telefon. Boleh wat call dari sini dan terima panggilan dari sini pon..


See, tengah wat call ke umah sape ntah.. Hahaha... Korang perasan tak lampu button tu berubah-ubah... Cantikkan? Huhu...


Nampak mic dia sebelah kiri atas tu? Mula-mula aku nampak dia pasang, aku fikir jugak apa tu. Pas siap pasang sume, baru dia cakap leh connect ke telefon. Paling best, LCD dia ni leh cabut untuk keselamatan dari kecurian. Haha.. Parking pastu, cabut LCD dia..


Bila orang intai dari luar, tak nampak la ada player. Hehe.. Aku da bawak masuk umah okeh.. USB plak tak da port kat depan, dia sediakan cable dari belakang. Nak bag nampak kemas, dia masukkan dalam laci dashboard.


Tada.. Takpe la duk dalam ni pon. Janji, xda la pendrive tetiba tersembul keluar. Wakakaka.. Cable ni pon berguna untuk cucuk Iphone or Ipad.

Adakah aku puas? Untuk player ni memang la walaupon ada sikit bunyi runut bila pasang radio. Takpe la.. Aku pasang USB jerk kalo susah-susah sangat. Sound pon da ok sebab aku tukar speaker belakang skali. Bunyi sangat puas hati. Bergegar kereta aku. Hahaha... Bunyi depan & belakang boleh beza. Player sebelum ni susah nak beza bunyi.. Kadang-kadang yang depan macam tak bunyi.. Huhu..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment