Labels

Tuesday, May 08, 2012

Aku Kemurungan


Ya Allah... Apa jadi la dengan diri aku ni.. Aku rasa aku dah kemurungan kot. Tak tau apa yang aku fikirkan dalam kepala. Bab kerja hanya kat opis jerk, kat umah aku aku cume wat mana yang perlu jerk, kat luar aku bukan jenis suke kuar lepak2.. Yang ada dalam kepala, mungkin fikirkan bab hubungan dalam hidup. Memang sebelum ni aku ada hubungan dengan seseorang. Ada masalah sikit. Untuk selesaikan masalah tu, aku cuba bawak diri sendiri. Kot-kot la aku dan dia boleh tenang. Dia bawak hal dia, aku bawak hal aku. Tapi tak menjadi. Macam makin teruk jerk.

Aku ada usha kat internet. Antara beberapa simptom, aku dah kenal pasti.. Memang ada dengan diri aku sekarang.. Antaranya:-
  • Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan - Aku rasa sunyi, tak tau nak fikir apa, asyik terfikir kisah lalu, insan-insan yang rapat dengan aku dulu..
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan - Aku baru jerk minat XBox, aku pon minat on9 FB, Blogging. Tapi semua tu aku da tak minat. Aku paksa diri jerk. Sebab taknak fikir perkara kat atas ni.
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga - Aku jadi malas nak wat sesuatu. Aku rasa penat jerk badan..
  • Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa - Cepat mengalah tapi belum lakukan lagi sesuatu perkara.
  • Perasaan bersalah dan tidak berguna - Aku rasa apa yang berlaku adalah salah aku. Kadang2 walaupon salah orang, bila difikir semula, rasa macam salah kita jugak..
  • Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur - Akhir-akhir ni, walaupon mengantuk, aku tetap susah nak tido. Asyik terjaga malam. Nak tido pon amik masa lama untuk lena.
  • Hilang selera makan - Jadi malas nak makan pape jerk. Bila tak makan, badan aku menggigil, barulah aku makan.
  • "Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri - Terfikir jugak. Tapi iman masih kuat kot..
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah - Masa drive, aku slalu carutkan orang. Salah sikit pon, aku hon. Pecut kereta laju2..
  • Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan - Malas nak fikir nak buat sesuatu. Janji / harap aku puas dengan apa yang berlaku, aku cume turutkan hati. Tak fikir panjang, cume buat keputusan tanpa fikir panjang.
  • Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman - Kerap buang air besar, sakit kepala sampai susah nak tido dan susah nak buat kerja.
Tolonglah aku... Aku seksa hidup macam ni. Aku cuba gembirakan hidup aku tapi tak dapat. Aku duk seorang diri pon, aku tak dapat senyum. Semua macam terpaksa..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments:

  1. Salam Adam, ada baiknya pergi berjumpa dengan pakar psikologi, mereka lebih mahir dalam memberikan nasihat bagaimana untuk mengatasi masalah kemurungan ini. Daripada apa yang Adam nyatakan di sini, auntie rasa adam sedang mengalamai ganggunan emosi. Pergilah dapatkan pertolongan daripada yang pakar dengan segera kerana lama-kelamaan jika dibiarkan auntie khuatir adam akan kehilangan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam auntie.. Sekarang adam cam dah ok sikit.. busykan diri dengan kerja lain.. lagi2 sekarang ni, adam start bela pets.. so, susah senang adam, luah je kat pets tu.. kan? kalo adam duk sendiri, adam mula rasa sunyi, adam mngadap pets adam.. sugar glider & guinea pig.. tgk diorg makan, bermain.. adam pon hapie.. Terima kasih byk Auntie Linda.. Muacks...

      Delete