Labels

Saturday, May 26, 2012

Pertama Kali Asrol Mania Masuk Wad

Ni aku nak cerita sal pengalaman pertama aku masuk wad. Sebelum ni aku penah teman nenek dan adik aku kat wad, tapi siang jerk la. Aku pon penah teman kawan aku masuk wad selama 5 hari 5 malam kat Hospital Serdang 2011. Teman saja tak sama macam kita yang masuk sendiri.

Sebelum ni aku penah terfikir kalau lah aku yang masuk wad atas alasan operate ke, eksiden ke, demam ke or sebagainya, camne erk keadaan dan perasaan aku. Kalo boleh, aku taknak pon merasa camne jadi pesakit yang kene tahan kat wad.

Kali ni, aku masuk wad, daftar atas nama sendiri. OMG, seyes ke aku ni masuk wad? Huhu.. Sebelum masuk pon aku fikir banyak kali jugak. Sampai nak demam kot.

Bergaduh

Sebelum ni aku ada bergaduh ngan seseorang. Kawan atau lawan terpulang la. Haha.. Main bertepuk tampar la konon. Ngekkkk... Masa bergaduh (perang mulut) aku hilang kawalan sebab dia tak bagi kerjasama. Aku tampar dia. Sebelum aku tampar, aku pikir nak tumbuk. Bila aku da hilang sabar, aku angkat tangan sempat aku terpikir, kalau tumbuk parah plak, aku pon nak tampar, tu pon beragak sebab tak nak kes jadi parah.

Aku perlahankan tamparan supaya dia sedar. Sebab masa aku bercakap, dia seolah-olah taknak dengar tapi hanya pertahankan diri jerk. Dia asik nak salahkan aku. Bila aku bercakap, dia taknak terima. Aku pon tampar la..

Dia sempat tanya kenapa tampar dia, aku jawab sebab bila aku bercakap, dia langsung taknak dengar. Dia cakap aku yang tak dengar dia cakap, then dia tampar aku skali. Kene kat pipi. Ok.. Seri 1 sama. Dia bercakap lagi, pastu dia tampar lagi skali kene kat telinga. Berdesing telinga. Aku tak sedia dia nak tampar sebab aku ingatkan dah seri dia da tak tampar. Masa tu aku tahan kesakitan. Aku betol-betol tak dapat dengar sebelah dia bercakap. Dia nak pukul lagi, sambil aku tutup telinga sebelah sebab takot lebih teruk, aku cuba elak.

Dia tarik tangan aku pastu dia pukul lagi. Aku dalam kesakitan, aku elak lagi, tangan kat telinga aku tak lepas, aku cakap aku sakit.. Pukulan dia kene kat kepala aku. 2 3 kali jugak la kot.

Pastu da bincang leklok, mungkin dia sedar aku sakit. Dia stop.. Aku memang kesal ngan apa yang dia wat. Memang salah aku mulakan angkat tangan dulu. Tapi aku lebih kesal, sebab dia yang mulakan salah faham, carik pasal dengan aku. Dia seolah-olah tak sedar kesilapan dia, tapi dia hukum aku, pukul aku banyak kali.

Gegendang Telinga Bocor

Sakit telinga belum hilang. Aku susah nak dengar. Gema dalam telinga. Aku pon pergi ke klinik, doktor terkejut. Dia cakap memang teruk. Ada pendarahan dalaman. Dia mintak aku ke hospital untuk buat pembedahan kecil. Amik kulit dalam telinga untuk tampal kat gegendang telinga yang bocor. Khamis 24 mei, doktor mintak aku daftar masuk wad.

24 Mei 2012 - Daftar masuk

Pagi aku pergi kerja macam biasa. Aku bawak baju siap-siap.. Lepas maghrib, aku bertolak ke hospital. dekat jerk dengan opis aku. Dalam perjalanan tu, aku rasa macam nak tergelak pon ada. Sebab macam serah diri jerk nak masuk wad. Takda orang hantar. Pergi sendiri jerk. Hahaha..
Tepat pukul 8.30 aku daftar. Ada perbualan lawak aku ngan nurse..
Nurse: Kalau u nak gi makan boleh la sebab waktu makan da abis.
Asrol Mania: Beli kat bawah boleh ke?
Nurse: Boleh.. U boleh turun beli sini. Takpe..
Asrol Mania: Maksud u, lepas i daftar, i boleh kuar wad untuk beli makan?
Nurse: Yups.. U boleh kuar beli makan. U nak order McD pon dia boleh hantar kat u.
Asrol Mania: Kalo macam tu, i nak pegi Midvalley boleh la? Hahaha
Nurse: Boleh.. Tapi i takot u ubah fikiran taknak balik sini lagi da. Haha..

Sementara ada orang bawak aku masuk wad, aku ke kantin dulu makan kek. Hihi..


Pastu aku ke wad. Aku duk sebilik berdua. Cantik wad dia. Selesa...


Kelakar nurse ni... Ada lagi, masa aku masuk wad. Duk kat katil. Ada sebungkus kain dalam plastik. Cantik dia letak. Nurse pon datang nak timbang berat. Dah timbang dia terang la apa yang aku boleh buat. Dia tunjuk remote TV, toilet, loceng dsb..

Asrol Mania: Ni cadar ke selimut?
Nurse: Selimut la..
Asrol Mania: Oh.. Sebab i tengok cadar u tak macam cadar pon.. Hihi..
Nurse: Selimut tu u punya, boleh bawak balik. Masuk skali pakej wad.

Pastu dia bagi aku pen untuk sain.

Asrol Mania: Mak ai... Pen pon bentuk jarum. Scary la u ni.. Menakutkan..
Nurse: Haha... Kreatif maa....
Nurse ada jugak tanya aku..

Nurse: U ada amik ubat tak sebelum ni?
Asrol Mania: Ubat untuk kecantikan ada la.. Hahaha..
Nurse: Owh, tu suplement.. Hihi..

Malam tu, aku memang tak dapat tidur lena.. Biasa la tempat baru. Aku hanya tengok tv jerk.. Aku kenang balik diri aku.. Tak sangka masuk jugak hospital. Hahaha...


First time pakai tag kat tangan. Huhu..

25 Mei 2012 - Operation

Pukul 4 pagi nurse da datang kejutkan aku, nak check darah pastu bagi aku baju suh mandi kol6 pagi, pakai baju operate tu..

Pukul 5.50 pagi dia kejutkan suh aku bangun mandi. Padahal operation kol8.15 pagi.. Gigih aku mandi pastu bersiap. Memang tak selesa pakai baju tu, da la baju atas paras lutut, underwear tak bagi pakai. Baju plak ikat tali jerk kat belakang. Pas subuh dia datang jenguk aku lagi. Aku rileks kejap.

Pukul7 lebih dia datang cucuk kat bontot aku. Sakit wooo... Dia cakap untuk bagi tenang. Aku da mengantuk tunggu. Aku baring jerk.

Pukul 7.40. Datang la 2 orang nurse tolak katil aku ke Operation Theater. Tukar 2 3 katil nak sampai dalam sana. Bila dah sampai dalam bilik OT. Dia suh aku pindah katil pastu bukak sume tali baju aku. Dia cucuk air kat tangan pastu aku nampak doktor masukkan ubat dalam tiub air. Aku da agak ubat nak bagi aku pengsan. Nurse sorang tu tutup mulut aku dengan pam gas tu.

-------

Aku sedar doktor kejutkan aku. Aku memang lalok gile time tu. Tapi aku leh rasa sesuatu kat telinga aku. Tapi aku macam tak sedar pe yang berlaku. Sedar nurse suh aku bukak kaki. Dia selak baju. Aku rasa sejuk jerk kat anu aku. Time tu memang aku separuh sedar. Aku rasa dia jolok sesuatu dalam bontot aku. Aku mimpi ke ape ni? Aku tak leh nak fikir positif lagi. Dia dedahkan anu aku? Hahaha...

Dah tukar katil. Dia pindahkan aku ke bilik lain, bagi aku rileks.. Bila aku da betul-betul sedar, dia bawak aku keluar, pindah ke katil aku.

Pukul9.45 pagi, diorang bawak aku balik wad. Pening kepala aku.. Haha.. Aku rasa tak selesa kat bontot. Aku masih fikir, aku mimpi ke ape tadi..

Ini paling aku tak suke.. Kene cucuk air.. Huhu..
Tengahari, kawan opis aku datang. 5 orang.. Hapie tengok diorang datang. Huhu.. Thanks to Onie yang bawak kawan2 datang melawat. Dia belanja aku makan kat kantin. Kikiki...


Lepas diorg balik, saudara angkat aku plak datang dengan ibu dia. Siap bawak nasi lauk ikan masak merah dan ayam goreng. Selera sikit la aku makan dari makanan hospital. Korang kan tau camne makanan hospital kan.. Hahaha...


Petang nurse datang cakap nak cucuk ubat tahan sakit. Kat bontot katanya. Aku pikir pagi tadi kene cucuk punya la sakit. Pastu dia suh aku mengiring. Dia selak suar aku, dia masukkan ubat dalam bontot aku. Aku pon terpikir balik.. Owh.. Tadi aku bukan mimpi.. Hahaha.. Mak air, segan giler nurse pompuan yang cantik main bontot aku.. Kahkahkah... Malam pon dia masukkan jugak ubat tu. Aku da segan da bila dia datang bawak ubat tu..

26 Mei 2012 - Keluar wad

Hari yang aku tunggu. Hahaha... Pagi ni aku pegi ke bilik doktor. Dia cakap aku dah boleh balik. MC sampai hari khamis. Tapi khamis dia suh aku jumpa dia bukak jahitan. Hurlm... Ada jahitan rupanya.

Aku balik ke bilik, tunggu kot-kot nurse bagi surat aku leh balik. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Aku pon pegi tanya, dia cakap dia tak tau pon doktor bagi keluar. Takda orang bagitau. Sib bek aku bagitau, lau tak, tambah lagi 1 malam aku kat sana. Hahaha...

Makanan tengahari da sampai da. Surat balik tak sampai-sampai lagi. Aku makan, nurse pon datang bagi aku surat suh refer kat bawah. Cepat-cepat aku habiskan. Aku pon terus ke bawah.. Tengok bil... Pergh...


Nasib baik ada panel. Lau tak, menggagau aku carik duit.. Huhu... Thanks a lot to my company sebab bagi kemudahan camni.. Aku janji akan kerja lebih baik nanti.. Amin...

Yay.... Aku da merdeka... Pukul 1.30 aku kuar dari hospital dengan parking hanya RM12 sahaja... Sib bek murah.. huhuhu...

Makanan hospital yang sempat aku snap...

Makanan tengahari kat hospital lebih kurang macam ni.  Tapi ni dak opis aku belanja. Hihi...

Hi-tea petang Jumaat.. Urghhh.... Simple..
Dinner dalam pukul 6 petang.. Hahaha..
Sib baik ibu bawak bekal ni, leh aku makan petang tu..
Pagi sabtu(tadi) punya... Nasi lemak Ngan hot Chocolate
Tengahari sebelum kuar wad, sempat aku jamah nasi ni.. Ikan 3 rasa. Tapi rasanya hanya 1.. Hahaha...

Kesimpulannya

Betullah ada pepatah

"Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari... kemudian Allah datangkan pula guruh & kilat .. puas kita menangis , mencari di manakah matahari?? rupanyer Allah nak hadiahkan kita pelangi..."

Aku fikir-fikir balik, ada hikmat sebalik kejadian ni... Aku taknak buruk sangka, sebba aku tahu, Allah dah aturkan yang terbaik buat kita..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

9 comments:

  1. saya pun bakal masuk wad esok kat PPUM untuk operate my breast cancer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ke.. Nanti bertenang tau. Moga Allah memberi kak ketenangan dan kesihatan yang lebih baik. Banyak2 berzikir dan berselawat.

      Delete
  2. ok x slps ot tue..sy plak pas ni..takut jgk ada kesan2 pe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dah spi skg.. tp awal2 kene jg leklok la telinga.. sbln jgn bg masuk air.. bg betul2 pulih dulu..

      Delete
  3. ok dh ke telinga awk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah ok.. cume macam fobia.. hahahahaha..

      Delete
  4. awk kena tampal gegendang kan..sy dr ckp gegendang berlubang...diorg tampal ambil isi kt mn ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. tampal gegendang.. dia amik tisu kat cuping kecil kat telinga. pastu dia jahit smula kat cuping tu.. dia tampal ke kat dlm. x jahit pape pon. lepas procedure tu, xleh aktif sgt la.. sb dia tampal je. telinga pon xleh masuk air. kene bg kering utk 2 3 mgu.. tp lepas sbln pon mcm ati2 jgk.. tkot bnda tu tcabut. haha.. skg Alhamdulillah.. smua ok dh.. tapi da takot nak korek telinga dalam2.. wakaka

      Delete