Gambar yang aku add pada 19 Dec 2009 tetiba bikin hot dalam masa 1 hari semalam.. News feed terbaru Facebook kini lebih cepat menyebarkan aktiviti kawan kepada seorang kawan kita.
Ni la gambar yang bikin hot tu..
Hehe.. Memang hot kan? Ada yang tanya Gay k? Dengan sapa? Banyak lagi soalan.. Ada yang terkejut tapi ada juga yang dah terbiasa dengan dunia teknologi sekarang.
Lebih mengejutkan aku, dalam masa 1 hari, aku terima lebih 300 komen, lebih 100 like dan 150 friend request pada 12 Feb 2010. Tengok.. Makin bertambah komen, like, dan friend request.. Hurm.. Gambar ni jadi kontroversi. Ada yang
matanya 'buta' sebab terpedaya dengan helah superimpose yang aku buat. Ada juga
hatinya 'buta' sebab tak pandai menilai hasil seni. Tapi ada yang bagi gambaran positif.
Camni lah, ada yang pikir elok, ada yang tak..
Yang pikir tak elok tuh, jangan la main 'sembur' je kat orang. Cakap guna otak la. Tak tau hujung pangkal da nak 'sembur²' orang.
Yang komen bukan² tuh, aku cakap kat korang, kalau da dasar otak kotor tuh, memang takkan nampak yang elok, dia akan nampak yang kotor je la.. Sdiri otak kotor, nak cakap orang otak kotor. Lu pikir la sdiri.
Nak tunjuk baik tuh, pikir la yang baik² ajer.. Nasihat cara profesional la sket..
Moral:Apa motif aku letak gambar macam ni?
Bagi aku ia adalah seni. Geli jerk seni.. Hehe.. Kalau orang yang pandang benda ni seni, orang tu akan fikir benda tu positif, yer la, unik kan? Orang takkan berani kalau letak gambar betul, tapi aku berani letak sebab aku pandang ini kerja seni dan gambar superimpose.
Ada yang cakap, cuba edit benda yang positif sket. Masalahnya kalau da pandangan tu negatif, aku edit la benda yang positif macam mana pon, dia tetap fikir negatif.
Gambar ni memang nampak negatif, tapi cuba fikir positif, adakah semua orang boleh buat? Ada tak korang fikir, aku bagi idea positif pada korang untuk buat lebih baik? Berapa ramai yang terfikir untuk buat gambar macam ni?
Ada tak korang rasa tercabar untuk belajar buat editing @ super impose macam ni? Ada tak korang cube untuk fikir idea yang lebih kreatif untuk buat yang lebih baik dari ni? Semua tu positif kan? Masalahnya pada orang yang otak negatif akan selalu fikir semua perkara adalah negatif.
Jangan suka menjatuhkan moral orang lain, tapi sebaliknya cuba la
bangunkan minda orang lain. Jadilah
1 Malaysia, sama jatuh, sama bangun.. Open la minda tu luas²..
P/s:Kepada semua yang bagi komen positif atau negatif sekalipon, yang add aku jadi kawan dan like gambar tu,
aku ucapkan ribuan terima kasih.. Aku amat hargainya.. Yang negatif, kita jadikan positif.
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.. Ada yang ingin belajar cara nak buat tu, tunggu la aku post kat sini, aku ajarkan korang camne nak buat. Pape pon.. Stay keep in touch dalam fesbuk dan blog aku.. Be my follower at blog.. Trima Kasih...