Labels

Sunday, September 09, 2012

Oh! Sate Goreng

Minggu lepas da buat sate goreng
Tapi tak berapa nak jadi
Kering sangat
Rasa pon tak kaw

Semalam
Pegi beraya umah ex-bos
Dia buat sate goreng
Punya la sedap
Tengok resepi kurang sikit bahan dari aku buat ritu
Lepas tu, malam semalam aku tak puas hati
Jam 1 pagi aku sediakan bahan
Daging ada setengah kilo lagi
Aku buat la
Nak perap lama konon

Resepi Sate Goreng


1 kilo Ayam atau Daging
Lada sulah
4 sudu besar Gula
4 sudu besar Madu
5 sudu besar Minyak

Kisar
4 batang Serai
4 biji Bawang putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
1 inci Kunyit hidup
Sedikit air

Tumbuk Kasar
1 sudu kecil Ketumbar
1 sudu kecil Jintan Manis


Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam ayam atau daging yang telah dibasuh.
Perah selama 2 @ 3 jam, lagi elok semalaman.


 Goreng ngan minyak dan api sederhana supaya daging empuk.


Dah... Tu jerk..
Tapi tadi aku baru beli ayam
Macam tak sempat nak perap
Aku panas kan dalam oven sementara daging masak

250 celcius

Bila daging da masak
Aku goreng ayam ni atas dapur plak


Goreng sampai kering
Buat hangus sikit best jugak
Nampak sikit macam bakar

Dah siap pon


Nasi himpit aku beli yang Nona punya
Pastu kuah plak yang Brahim's
Sedap

Aku beli 2 jenama
Yang Brahim's ni lagi sedap

Gud laks...
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment