Well..
Sebelum masuk 2016, nak imbau sikit 2015 tu macam mana yer..
Apa aku capai 2015 walaupun bukan azam sebenarnya
Telefon Xaomi Redmi Note 1. Padfone Asus aku tu dah problem sangat dah, network low, bateri kong, tab rosak takleh connect ket telefon (sebelum tu baru je baiki port kat telefon). Dari menyakitkan hati, susah nak reach network, aku beli lah satu.
Bulan 4, Alhamdulillah, dapat merasa KPI band 3. Kata bos nak bagi merasa je, walaupun keje tak berapa nak bagus. Wakaka.. Kira bagus la bos tu, dapat la aku kenaikan gaji lebih dari biasa. Tapi aku tetap cuba yang terbaik untuk capai KPI.
Bulan berapa entah, aku beli Yi Camera. Camera ala-ala goPro. Terbaiklah, camera Yi Cam 16MP, tapi goPro baru 13MP. Gambar static ok lah, aku kan kuat selfie. Video org cakap elok goPro sikit lah dari segi pencahayaan. Tapi Yi Cam terbaik dr segi frame per second dia. Dah banyak kali pakai jugak lah. Means, benda tu masih berguna lah. Takda lah nampak membazir.
Banyak aku shopping online sebenarnya tahun lepas berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ko nampak tak hasil dapat band 3 tu.. Macam kaya sikit lah kan leh shopping online.. Ye ke.. hahaha.. Padahal dah ketagih. Harap tahun 2016 kurang la shopping nyer..
List 2016
Aku taknak cakap pasal azam, sebab cliche sangat lah azam-azam yang tak berapa nak jadi ni. Wakaka.. Pape pun aku listkan sikit lah apa target aku tahun ni.
TV 32 inch. TV ni bukan nak tengok tv pun, aku plan nak letak kat dinding kat meja makan, so, aku boleh wat keje dari rumah pakai 2 skrin. Kat opis memang pakai 2 skrin, senang sikit. Lepas tu kalau masak-masak, aku boleh buka resepi dari tv tu je, tak payah aku nak tulis atau bukak kat tab. Dan juga, kalau ramai-rmai orang, boleh bukak 2 tv serentak. Nanti aku kena cari cara la macam mana nak keluarkan 2 output dari Astro ke 2 skrin tv. Amcam, cun tak idea aku. Hahaha..
Kumpul duit lebih banyak. Wahh.. Sebelum ni masuk tabung korek, masuk tabung korek.. Hahaha.. Tapi ada kata pujangga, "orang yang sebenarnya miskin adalah orang yang bekerja untuk menabung masa depannya".. Kau rasa? Tapi jangan la sampai berhutang. Itu memang miskin lagi papa kedana tu.
Lain-lain takda dah. Nak beli rumah pun macam tak kesampaian lagi. Tunggu lah sikit masa lagi. Masing-masing ada bahagian masing-masing.
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment