Salam u guys..
Rini aku duk termenung kejap, pikir nak wat pe. Tetiba terlintas dalam otak aku pasal kata-kata kat tajuk tu. So, aku menaip untuk mengingatkan diri sendiri.
Now, aku dah tinggal sorang kat rumah. Osmate aku da balik kampung. By the way, aku tak pernah cerita kan pasal osmate aku. Haha.. Takpe.. Sejak aku pindah duk sorang, lepas raya puasa tahun lepas dia duk skali ngan aku. Kerja kat KL. Hari tu dia balik kampung. Myb dia nampak kesusahan mak dia duk sorang kat rumah, adik-adik pergi sekolah. Ayah plak minta dia jaga famili sebab ayah dia kerja atas kapal minyak. Sekali keluar kerja, berminggu la takda kat rumah.
Tu pasal life aku. Pasal kerja, aku kene double work sekarang. Sebelum ni aku ada cerita aku kene jadi presiden kelab kat opis aku ni. Mula bulan 4 tahun lepas rasanya. Aku tak aktif sangat. Malas dan fokus pasal kerja. Lepas tu aku ingatkan dia nak rotate presiden plak. So, aku taknak la orang selepas aku ni fikir aku tak buat apa-apa. Awal tahun ritu aku willing nak buat event aku sendiri. Ahli kelab setuju. Then lepas planning, ada beberapa perubahan. Aku dah siapkan segala kertas kerja. Diorang nak add drop ajk yang tak buat kerja. Aku ingatkan akan berubah semuanya. Aku dah detailkan kerja yang nak dibuat, maybe diorang semua fikir aku memang boleh commit buat kerja kelab. So, aku stay jadi presiden untuk tahun kedua ni.
Tetap bersyukur walaupun aku tak berharap. Kena bersyukur sebab tu tanda orang percayakan pada kebolehan kita. Terima kasih..
Maknanya aku kena uruskan kerja aku sebaik mungkin. Tak boleh campur kelab dan kerja. Tapi perihal kelab kena uruskan waktu kerja juga.
Then, bila aku say aku sibuk, ada yang macam tak puas hati seolah-olah "macam kau je la sorang yang sibuk" sedangkan dia tak tahu apa masing-masing kerjakan. Setiap saat sangat penting bagi aku. Nak berskype pun dah malas. Unless kalau ada yang penting.
Sampai ada yang asik nak perli aku, "kau tu orang penting", "kau tu kan busy..", "kau boleh jadi bos nanti ni sebab ko selalu busy, banyak kerja.."
Ya Allah, aku bersabar, maka kau kuatkanlah aku hadapi orang-orang macam ni. maksud aku busy, yes, aku ada kerja dan tengah buat kerja. Kalau semua aku sahut, aku kejar pasal kerja, pendek kata work-a-holic.. Kerja aku tak akan selesai. Now, bagi aku, aku nak habiskan mana kerja yang perlu aku habiskan dulu.
Kalau ikutkan hati, aku nak hilangkan diri. Tapi at least, aku bukan macam sesetangah orang. Tak dapat handle kerja, hilangkan diri ke surau, midvally.. Kejap kejap hilang.. Tak pun 24 jam berskype je. Kerja ada tak siapkan.
Kat rumah ni tak ada masalah aku duk sorang. Cuma sunyi je la. Kat opis seronok la ada kawan-kawan. Balik rumah senyap je. Macam mana pun, just follow the flow. Jangan lompat-lompat. Kejap buat itu, kejap buat ini.
Masalah kewangan. Ni lagi satu.. Aku rasa macam berhikmah sangat sekarang. Pasal kereta tertanggung sampai 2 biji. Dah selesai dah. Macam mana selesai itu masih rahsia. Haha.. Alhamdulillah.. Aku percaya, Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Yang penting, aku jangan pernah lupakan Dia. Allahu Akbar..
Sekarang apa yang aku nampak, aku perlu hadapi kenyataan, selesaikan sikit-sikit masalah. Aku dah hampir berjaya melaluinya. Jangan ulangi kesilapan.
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
tu namanya dugaan hidup.. kdg2 x payah ambik peduli sgt ape org cakap, dorang ade mulut biarkan jer laa.. teruskan hidup seperti biasa, kita sendiri yg bg diri kita bahagia. bukan dorang pon.. peace kacang pis ^_^
ReplyDeletesebab tu da malas nak masuk campur sangat hal org.. lantak la orang nak cakap pe pon kan..
Delete