Labels

Thursday, September 23, 2010

Baca Kisah Ni, Korang Nilai, Kejam Kew Aku?

DAMN.. Sape yang kejam? Aku atau dak tu? 2 3 hari ni aku rasa macam sucks sangat. Ada la mamat ni a.k.a ex-housemate aku kat Shah Alam ni. Dia seolah2 berdendam ngan aku satu umah ni. Tau la duk sini da 5 tahun, aku baru setahun. Jangan ingat kami kene tunduk pada dia walaupon prangai macam haram. Aku tak cakap dia jahat. Memang sebelum ni dia baik. Lepas tu masalah timbul bila aku da dapat orang sebab dia nak pindah. Sebelum ni ada ex-housemate aku wat hal jugak time nak pindah macam aku citer kat post Rona Asrol: Terima Kasih Kerana Menyusahkan Aku. Yang terbaru sorang ni wat hal jugak. Lebih kurang sama jerk diorg ni.. Kesah yang terbaru ni macam ni mula2.

Pertengahan bulan Julai ritu, dia cakap nak pindah. Lepas tu dia cakap, aku da mula carik orang ganti dia. Memandangkan tinggal seminggu lebih lagi, aku pon mula la carik orang sebab nak masukkan awal bulan Ogos, senang terus bayar dwet umah bulan Ogos. Lepas 5 ari aku jumpa la budak sorang. Budak baru ni nak kuar umah sebab umah dia da padat bagi dia. Aku bagitahu la si yang nak pindah keluar ni budak ni nak masuk awal bulan.
Konflik bermula kira-kira 5 Ogos(Khamis). Aku bagitahu ex-housemate aku masa tu budak ni nak masuk. Perbualannya lebih kurang macam ni..


05/09/2010
Asrol Mania: Beb, budak baru ni nak pindah masuk. Camne erk?

Ex-Housemate: Sabtu ni aku kemas.

Asrol Mania: Ok, aku bagitahu budak ni leh masuk hari Sabtu.

Ex-Housemate: Ko suh dia masuk Isnin la. Ahad tu pon aku rasa tak habis kemas lagi.

Asrol Mania: Mana boleh, dak ni ada kelas Isnin, lagi pon umah lama dia ada budak baru masuk da ganti dia. Mana dia nak letak barang dia.

Ex-Housemate: Oo.. Lau macam tu, aku kemas barang esok tapi ko cakap dak tu aku nak deposit hari tu jugak. Dia nak masuk cepat sangat kan..

Asrol Mania: Ok.. Nanti aku bagitahu dak tu. Jangan fikir kolot sangat, dak tu bayar full dwet umah bulan ni. Lagi pon, ni da 5hb da.

Subuh hari Sabtu, ex-housemate aku ni pindah barang letak kat ruang tamu. Budak baru ni terpaksa menumpang kat umah member lain kejap. Then hari Ahad baru pindah masuk.
Lepas sebulan lebih sudah. Ex-housemate aku ni datang amik barang. Perbualan kami guna sms. Perbualan bawah ni perbualan asal tanpa edit dari enset aku sebab aku guna software Nokia PC Suite untuk copy sms tu.


21/09/2010
Ex-Housemate: Asrul. Jap lg dgn esok mgkn aku dtg ambil brg.

Asrol Mania: Ko nk amik apa ek? Dtg j la.

Ex-Housemate: Kan ada yg tinggal lg tu.

Asrol Mania: Owh.. Igtkn yg 2 brg sape. Tv n peti ais amik skali ke? Xpe la. Ko ada knci kn.. Dak umah cm xda jek.

Ex-Housemate: Ada. Yup. Tv semua aku ambil.

Asrol Mania: Ok.. No prob. Brg lam peti ais ko kuar kn jek.

Aku tak syak pape lagi. Ingatkan dia amik barang letak umah famili dia or bawak balik umah sewa dia yang baru. Tapi dia cakap, dia letak kat umah member dia kat area sini jugak. So, aku mula la syak yang dia marah or dendam ngan aku sebab kes kuar umah ritu. Aku pon, alang2 orang nak berkira dan kenekan aku, aku takkan nak berdiam diri.. Aku memang respek dia, tapi masa kes budak baru nak masuk umah ritu, dia takleh nak salahkan orang lain jugak.. Sebelum ni aku tak banyak cakap ngan dia sebab aku takot hilang respek pada dia. Tapi sekarang dia plak over. Apa lagi, bak kata pepatah “Mentang2 kucing tak bergigi, jangan ingat si tikus boleh menari”


22/09/2010
Asrol Mania: Rini ko dtg amik brg lg ek? Lau nk amik, amik sume la. Sb pas rini, ktorg nk kemas umah, nk buang sume sampah or brg yg xleh pakai.

Ex-Housemate: Yelah. Aku try abiskn. Kadang2 xmampu nk angkat sbb byk.

Asrol Mania: Ok. Igtkn ko nk letak sume tu kt umah mmber ko tu. N aku xnak la sampah bsepah lam umah. Sampah tu aku leh bersihkn cuma barang len tu xtau leh pakai x or smpah smata2. Aku tkot dak umah aku kemas t dia tbuang brg ko.

Ex-Housemate: Brg aku sama mcm rupa sampah ke? Semua aku dh letak tepi. Tp jap lg balik kerja aku kemas lg Insyallah. Ko dh byr bil astro? Dh 2 kali aku kena call.

Asrol Mania: Brg tu x mcm sampah, tp bkan brg ktorg py. So, xtau nk pakai k x, xkan nk tgl mcm tu j kt umah. Ko ske k lau aku lambakkan brang aku kat ruang tamu umah ko, yg ko sdiri xleh pakai? ckup la dlm stor tu ntah pape j ada. Sal astro, ko suh j la dia call aku plak.

Ex-Housemate: Semua brg aku ada kt ruang tamu tu. Aku dh sekali kan dia. Klu ko nk sapu sampah dl, silakan. Brg aku cuma yg kt dpn tu plus kt rak. Jap lg aku kutip sbb aku kerja. Harap bersabar. Aku tau tu rmh ko skg. Ko ingat astro tu tau ke sapa dia nk call? Bln ni korg byr, lepas tu aku nk angkat decoder tu gak. So bln dpn korg xyah byr lg. Minta maaf la asrul. Aku tinggal rmh tu 5tahun. Jd aku sensitif skit klu ada org push2 aku.

Asrol Mania: Decoder tu aku da cabut pos k kg. Aku igt xda org nk da astro. Tv pn xda.. Aku da agk ko dendam sal dak bru msuk ritu kn. Aku mls la nk bkak cter lma, yg pntg aku bkn desak ko kuar dr umah time tu. Sb dak 2 pn tdesak kne msuk umah kte msa tu. Skg, bkan aku push ko, tp ko yg sgaja cri mslh ngan aku. Then ko x sdar, ko yg push dri ko utk sakitkn hati ktorg sume. Pas2 ko yg nk trasa kn.

Ex-Housemate: Aku bkn dendam. Aku terasa. Aku minta sehari je lg sbb aku btul2 xda masa sbb kena berulang ke airport. Tp cerita lama kan, xpela. Sbb cerita lama la ko dok situ kay. Skg cerita baru, jap lg aku kemas. Aku kerja, so lbt skit.

Asrol Mania: Lau ko nk kira cter lama, aku da dpt umah sblm aku decide nk duk situ. Tp aku stay situ sb kwn ko tu ajk dduk. Xpe la, aku mls nk btekak. Trima kasih ats jasa baik ko sblm ni. Aku mntak maaf sume silap aku. Tp sal blk tu, mmg aku x paksa ko kuar. Cme kdaan dak bru tu pn tdsak jgk.

Malam 23hb Ogos, dia datang lagi untuk clean up barang dia. Aku duk senyap lam bilik. Malas nak layan dia.


23/09/2010
Ex-Housemate: Brg semua aku dh kemas. Yg tinggal tu bkn aku punya. Cuma aku harap ko byr astro tu dgn pulangkn decoder. Dh selesai tu br aku pulangkn or ko bole tukar kunci. Kay.

Asrol Mania: Ok.. Thanks.. Nnt aku pos decoder pd ko mgu dpn. Brg lain cm katil, almari, pgn mgkuk aku da ty owner, dia suh ktorg amik j. Aku harap ko x dndam lama2. Skali lg aku nk ucap trima kasih ats sgala jasa baik ko pd aku. Kalo x kerana kisah lama dan ko, aku xtau mn aku merempat kt sini. Slama kte knl dan bulan raya ni, aku mntak maaf smua salah silap aku pada ko. Assalamualaikum..

Citernya sampai di sini. Aku tak kesah dia nak amik barang dia seperti TV, Peti ais dan sofa. Tapi dia amik sume tu, dia letak umah member dia area umah aku jugak. Tambah plak, setahu aku, pemanas air tu member aku punya, dia pon amik jugak, saja kot nak seksa kami ni.

So, apa pendapat korang? Kejam sangat ke aku ni? Or, betul ke dalam hal ni aku yang salah? Aku memang rasa bersalah jugak ngan dia, tapi kalau dia tak mulakan, xkan la aku nak buat jahat pada dia. Kalo aku wat jahat pon, myb tu aku tak sengaja. Macam dia cakap seolah2 aku desak dia suh kuar, bukan aku nak desak or halau dia, tapi keadaan terpaksa masa tu. Budak baru tu kene kuar dari umah lama dia sebab dak umah dia tanya sal dwet umah.

Sunday, September 19, 2010

Diaspora vs Facebook | Umat Islam Perlu Elak

Sekarang facebook da menguasai ranking laman sosial yang ada mengatasi My Space, Twitter, Hi5 dan sebagainya. Kalo dulu Malaysia ada buat laman sosial sendiri Laman Sosial MyFriends2U.com .


Namun baru² ni, muncul pulak Diaspora yang di jangka mengatasi Facebook. Bila aku dengar jerk dari corong radio tentang Diaspora yang bakal menyaingi Facebook. Aku cuba la bukak dengan tujuan mengkaji laman sosial yang baru tu.

Screen Shot Diaspora
Nama dia macam menarik, DIASPORA. Tergerak di hati aku nak tau lebih dalam apa makna sebenar Diaspora ni. Alangkah terkejutnya aku bila maksud yang aku jumpa berkata macam ni..

  1. The dispersion of Jews outside of Israel from the sixth century B.C., when they were exiled to Babylonia, until the present time.
  2. often diaspora The body of Jews or Jewish communities outside Palestine or modern Israel.
  3. diaspora
    • A dispersion of a people from their original homeland.
    • The community formed by such a people: "the glutinous dish known throughout the [West African] diaspora as ... fufu" (Jonell Nash).
  4. diaspora A dispersion of an originally homogeneous entity, such as a language or culture: "the diaspora of English into several mutually incomprehensible languages" (Randolph Quirk).
http://www.answers.com/topic/diaspora
Maksudnya..

  1. Penyerakan orang Yahudi di luar Israel dari abad keenam BC, apabila mereka dibuang negeri ke Babylonia, sampai sekarang.
  2. biasanya diaspora adalah Badan Orang Yahudi atau komuniti Yahudi di luar Palestin atau Israel moden.
  3. diaspora
    • Penyebaran satu bangsa dari tanah air asal mereka.
    • Komuniti dibentuk oleh rakyat: "hidangan berkanji diketahui sepanjang [Orang Afrika Barat] diaspora sebagai ... fufu" (Jonell Nash).
  4. diaspora adalah penyerakan entiti yang pada asalnya homogen, seperti satu bahasa atau budaya: "diaspora(penyebaran) Inggeris ke dalam beberapa bahasa-bahasa yang saling tidak dapat difahami" (Randolph Quirk).
http://www.answers.com/topic/diaspora
Menyedari maksud tersebut, apa tindakan kita? Aku tak mintak korang buat demonstrasi atau rusuhan, aku nak korang berfikir samada perlu ke tak korang bukak akaun yang terang² namanya bermaksud "Penyerakan Yahudi".

Impak Facebook
Facebook saja sudah cukup menyesatkan kita. Tapi sedarkah kita? Buktinya..
  1. Kita amik gambar dengan bukan muhrim lepas tu publish kat Facebook (berbangga ke kita bermaksiat dan melanggar hukum Allah?) 
  2. Letak gambar tak tutup aurat, berlipat ganda dosa kita tanggung, daripada hanya orang sekeliling saja yang lihat (aurat seperti dedah rambut bagi perempuan) sehingga satu dunia boleh lihat.
  3. Kita lebih lantang bersuara, fitnah-menfitnah, kutuk-mengutuk.. baik kepada ustaz atau pemimpin kita sendiri.
  4. Tak baik membuka pekung di dada, tapi kita lebih mudah menceritakan aib kita dalam Wall Facebook.

    Thursday, September 16, 2010

    Syoknya Raya Seminggu Di Kampung

    Salam Syawal semua. Post kali ni, Asrol Mania nak share cerita sikit ngan korang semua pasal raya aku di kampung. Seminggu jerk balik kampung kali ni. Hari ni da balik Shah Alam smula da, trus leh post my blog. Kat kampung takda tenet la. So, aku guna la Windows Live Writer untuk buat draft blog. Biasa la, blogger kot, suka menaip. Ekeke.. Masa lapang ni, aku mula la berblogging. Tiap² hari aku menaip, pastu gabungkan semua. Kesahnya bermula bawah ni.

    7 September 2010

    Hari ni aku masih kerja. Tapi dengan mood nak balik kampung. Well, sib bek tiket da beli ritu. Ingat lagi tak Beratur Panjang Beli Tiket Balik Raya. Fuhh.. Panjang giler beratur yerk.. Kerja hari ni berjalan macam biasa. Masih busy. Petang tadi, banyak jugak kes kene settle. Harapnya esok takda orang kaco la aku. Semua nak balik kampung kot. Ekeke.. Tapi aku malam ni da balik kampung. Alamak.. Teksi.. Kat opis tadi da call, tapi teksi penuh malam t, wait ya, aku call pak cik teksi jap. Tettttt.. Aiyo.. Pak cik teksi melayu pon cakap penuh, takpe la, aku deal ngan pakcik india. Ritu da naik skali ngan pakcik ni, dia ok. RM15 katanya. Ok je la. Aku pon nak g ngan sape jerk.. Lagi pon, lam phone aku ada 3 jerk no teksi area Shah Alam. Tringgg.. SMS masuk dari abang angkat aku. Nak datang katanya, da OTW pon. Dia nak anta aku g stesen bas malam ni. Esok baru balik perlis. Ok, pakcik, saya cancel teksi malam ni, abang nak anta malam nanti. Thanks.. Rini bukak pose nasi kerabu. SMS “Bukak pintu, da sampai..” Abg aku anta. K la.. Esok sambung..

    8 September 2010

    15092010683 Ni jerk yang sempat aku amik.. Ekeke…

    Kol6 subuh tadi aku sampai kat Stesen Bas Bandaraya Kuala Terengganu. Ramai giler orang. “Jap, akak nak gi amik mak dulu, dia nak datang jemput jugak..”-Akak aku jawab call. Aku suh akak aku datang amik kat bastand. Malam tadi sebelum gi Stesen Bas Shah Alam Seksyen 17, aku, abg angkat & kawan dia pegi ke SACC mall. Kawan dia nak makan rotiBoy, tapi da pindah tempat da. Ha.. Akak aku cepat plak sampai rini, Lam kol6.30 da sampai umah. Keluarkan semua souvenirs untuk famili. Kuih raya, surah Yassin, dwet raya, ubat.. Hari ni, aku tak buat ape pon, tengok mak aku wat Pulut Kuning. Lau orang Terengganu, kitorang panggil Nasi Kunyit, sebab masukkan serbuk kunyit lam beras.

    09092010627 Bila da bosan,pastu da lama tak jumpe, macam ni la jadinya… wakaka…

    Hari ni hari pertama bukak pose ngan famili setelah 2 tahun tak bukak pose skali. Da lama tak bukak pose dengar bunga api. Kat Kuala Terengganu ni, selain azan, bunyi bunga api area Bandaraya Kuala Terengganu ni menandakan dah masuk waktu berbuka.

    15092010682

    15092010681Pemandangan dari depan umah 

    15092010676

    15092010678
    Pemandangan dari belakang umah.. 

    Boommm… Prappppp… Allahu malakasam na, wabika aa manna……….. Malam ni kitorang tak prepare pape lagi untuk raya. Tunggu esok jerk. Lagi pon aku macam penat. Da mengantuk pon. Esok sahur ape yerk..? Mak cakap nasi goreng.

    9 September 2010

    Selamat pagi.. Esok da raya da weh.. Huhu.. Pagi ni takda wat pape sangat. kemas baju sket yang aku bawak balik smalam. Petang duk sterika langsir, akak aku yang buat, tapi anak dia wat hal, asik manangis jerk. Akak aku no 2, dia beraya kat umah aku tahun ni, laki dia da hal sket. So, aku kene la tolong jugak mak aku kemas umah. Tukar sarung kusyen. Pasang langsir, alas meja. Hari ni bukak pose makan beehun goreng jerk, sebab esokkan raye… Tak wat lauk la.. Meriahnya malam ni dengar bunyi mercun. Kat kampung aku ni, kitorng duk umah flat. Ada 4 blok jerk. Pastu sekeliling ni sume umah sebijik². Sayang aku cakap, “Ingatkan abang duk umah sebijik², sebab ingatkan Terengganu banyak umah sebijik².” Hehe.. Mungkin dia ingat Terengganu banyak tanah kot. Tapi kami keluarga miskin dik.. Lepak umah flat jerk. Tak mampu nak milik tanah Terengganu ni. Hehe.. K la, tadi da call si dia sebelum gi bayar zakat fitrah. So, tido time….

    10 September 2010

    Selamat Hari Raya.. Rini aku pekena baju melayu cekak musang. Tema hijau. Berkain pelikat.

    DSCN0218 Ngan anak buah

    Kol8 pagi, aku, ayah dan anak buah pegi ke masjid terdekat untuk solat sunat Aidilfitri. Macam biasa, balik dari masjid, kitorang sekeluarga bersalam-salaman.

    DSCN0224 Ni mak ayah aku tercinta..

    Dwet raya untuk mak & ayah tahun ni takda la. Sebelum raya da bagi banyak da kat diorang. Lain la kalo sebelum ni aku tak penah bagi kat diorang. Padahal tahun ni sengkek sikit beraya. Wakaka.. Aku just bagi dwet kat adik² dan anak buah jerk. Aku lak, mane dapat dwet raya.. Da 5 6 tahun kot tak dapat. Huhu.. Lumrah hidup la.. Wakaka.. Dalam kol10 camtu, akak sulung aku lak datang umah satu famili. Meriah la sikit pagi raya ni. Tambah plak ngan anak² dia. Pas dia datang beraya jap, kami ke umah Pak Ngah, sbelah umah. Pastu trus trus ke umah Mak Su sebelum ke kubur nenek, atok, moyang dan adik. Masa kat kubur, mak dan akak nangis, sayu nyer.. Pastu kitorang trus plak beraya umah Pak Long dan Pak Teh. Da kenyang sana, kitorg balik umah tapi singgah umah kawan mak untuk drop dak² pompuan sebab yang laki nak gi smayang Jumaat lu. Ramai giler orang kat Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah. Lama tak smayang sana. Hehe.. Balik dari smayang jumaat, singgah balik umah kawan mak, kemudian balik umah. Slesai la rini kuar beraya. Ada banyak tempat lagi tapi masing² macam da letih da nak kuar.

    DSCN0230 Yang kiri tu adik bongsu aku, kanan lak adik pompuan (nampak pon memang ppuan)

     DSCN0240
    Tengokkk.. Anak buah yang slalu meragam.. Muahaha...

    11 September 2010

    Kejap jerk da raya kedua, rindu plak bulan Ramadhan. Nyesal tak puasa penuh. Alamak, kantoi… Haha.. Ritu kene gastrik dan demam la.. Off la beberapa hari. Ekeke… Jahat. Hari ni macam tak plan pegi mana². Tapi petang gi beraya umah jiran. Selebihnya, lepak umah jerk. Da plan esok nak kuar pegi bandar Kuala Terengganu. Beli KFC. Tapau wat balik. Lagi pon, da lama tak kuar jenjalan kat bandar ni. Huhu.. Pegi mana jerk, pegi pusing² kat Pasar Payang jap.

    12 September 2010

    Dalam kol spuluh tadi, aku ngan adik aku kuar pegi bandar. Tapau KFC. Mak la, nak makan sangat. Aku ajak adik jalan² pegi Pasar Payang. Aku tengok ada perkembangan sket area kat Pasar Payang. Paya Keladi, diorang da roboh sume kedai sana, untuk buat bangunan. Tak plak dia buat Mall besar². Aku fikir, unit perancang bandar ni tak bape reti sal sosial ekonomi la. Kalo takda tempat sosial, macam mana nak up kan ekonomi negeri. Negeri Terengganu memang la bleh dikatakan negeri yang kuat agama sket, tapi bukannya suh bukak bar or club. At least, kalo tak da kuasa beli pengguna, macam mana nak naikkan sumber ekonomi negeri. Sampai bila nak harapkan dwet minyak smata².  Terengganu juga perlu ada sumber sosioekonomi selain dwet sosiopelancongan, minyak dan import/export. Wah.. membebel plak da. Aku bab ekonomi takda la expert sangat tapi sikit² tu bukan aku tak tau langsung.

    13 September 2010

    Rini aku takda buat ape jerk, lepak umah jerk la. Hehe.. Tak da pe aku nak buat. Cuma tengok citer jerk la kat TV. Ha… Baru aku ingat, aku ada kemas umah rini. Pergh, adik aku 2 org ni, lau aku takda jerk, bukan diorang nak kemas umah pon, Ritu aku balik, aku kemas, yang tu je la kemasnya. Huhu.. adik.. adik…

    14 September 2010

    Bosan sangat rini, lam kol10 camtu, aku subscribe Celcom broadband guna enset aku. RM6 untuk 24jam. Bleh tahan la. Da lama aku tak bukak fesbuk. Actually aku rindukan Sosilawati Sosial City aku tu kat fesbuk. Tapi line slow sket la. Maklum la, da biasa pakai Streamyx 1MB. Ekeke.. Kerek seh.. Smalam sempat la aku blaja sesuatu yang baru. Aku nak konek connect intenet kat lappy via phone, aku tak reti. Huhu.. Pastu, aku tingat la kat modem broadband aku, aku cabut sim, pastu aku cucuk kat modem broadband aku. Tadaaa… Leh la aku on9.. Takda la bosan sangat. Sempat la aku download lagu tema Ular Emas (Sulis – Kuasa Illahi) untuk mak aku. Tak lama pon aku on9 kat lappy. Aku on9 kat Nokia ExpressMusic 5730 aku ni jerk. Senang. Orang nak mesej ke, call ke, ok jerk.. Mau sampai malam aku on9. Manfaatkan RM6 aku tu. Muahaha…

    15 September 2010

    Awal aku berblogging rini. Pagi tadi aku kemas sket barang² untuk balik ke Shah Alam malam ni. Ni pon sementara tunggu mak aku goreng ikan, dia nak suh aku wat Ikan Masak Halia. Aiyo…. Ske sangat lauk aku tu. Tapi dulu aku buat Ayam Masak Halia, masa aku duk umah sewa time study kat Melaka dulu². Pastu, aku balik kampung, aku masak la Ayam Masak Halia. Mak ayah aku ske betol. Penah sampai 3 kali seminggu aku kene masak lauk tu sebab ayah aku nak makan. Ayah aku tu pilih lauk jugak nak makan nasi. Dan, lauk aku terpilih la kot sampai dia bleh telan tu. Wakaka.. Rini aku nak masak Ikan Masak Halia plak. Mak aku beli Ikan Bawal Hitam(ye kew? aku pon tak kenal).. Ni dia resepi aku..

    15092010671

    Petang ni aku sambung kemas semua barang² aku. Baju, kuih², bantal pelok pon ada. Haha.. K la.. Aku nak stop blogging untuk hari ni. Malam ni, aku nek bas kol10.30. Kak Long aku yang hantar aku malam ni ke stesen bas. Sampai umah kat Shah Alam esok, aku terus post blog aku ni.. Huhu.. Salam…

    Resepi Ikan/Ayam Halia En Asrol

     15092010671
    Ramuan:
    • 2 inci Halia (dipotong halus),
    • 2 biji Bawang Putih (diketuk),
    • Sebiji Bawang Besar (dipotong),
    • 5 biji Cili Padi (diketuk),
    • 1/2 Cawan Sos Tiram,
    • 2 sudu besar Kicap,
    • 1 sudu Gula,
    • Secubit Garam,
    • Ikan/Ayam (digoreng)
    Cara²nya:
    • Tumis halia, bawang putih, cili
    • Masukkan sos tiram, kicap, garam, gula. Kacau dengan api kecil sehingga mendidih.
    • Ikan Masak Halia: Tuangkan kuah yang siap mendidih ke dalam mangkuk berisi ikan yang telah digoreng.
    • Ayam Masak Halia: Masukkan ayam yang telah digoreng, kacau sebati sampai pekat.

    Saturday, September 04, 2010

    Ucapan Raya Untuk Korang Di Tag Di Sini


    Salam Semua,

    Sempena kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti, saya ingin memohon jutaan keampunan kesilapan samada zahir dan batin, juga lupakan segala sengketa lama. Saya juga telah melupakan dan memaafkan semua salah dan silap semua orang. Moga², hubungan kita kekal diredhai Allah S.W.T. Ambillah keberkatan ramadhan lepas untuk kita muhasabah dan menginsafi diri pada hari yang mulia di samping kita bergembira.

    Saya juga ingin mendoakan kebahagiaan dan keamanan kita semua dalam menghadapi hari muka. Sekian dari saya dan akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Ni lagu raya untuk korang..


    My blogger Hari Raya Aidilfitri tagging:

    Thursday, September 02, 2010

    Iftar Ramadhan 2010 Host By Accenture & Oracle Di The Spread, Hotel & Residences, The Gardens, Mid Valley City

     Setinggi-tinggi penghargaan buat Accenture & Oracle kerana belanja makan bukak pose semalam.
    Tempat memang best, mudah nak pegi dan makanan juga menarik sangat. Ada macam², Chicken Bake, Lamb Steak, Seafood, Shushi, Ice Cream, Waffle, Kuih Tradisional, Salad, Satay.. Ada banyak lagi, tapi tak tau nama.. Hahaha... Semalam gerak dari opis lam kol5 lebih. Sampai Mid Valley, jalan² jap. Pastu baru carik Hotel Yang dimaksudkan. Memula salah jalan jugak la. Siap salah nek elevator lagi. The Spread kat level 6, tapi kitorg kuar lift tu, nampak parking kete. Haha.. Rupa²nya, tu lift The Garden Mall punya.

    Btw, smalam memang enjoy punya la. Aku tak makan nasi pon. Ni gambar sajian aku punya jerk..

    Ada Kambing Bakar, Ikan Bakar, Ayam Bakar, Udang Bakar, Serunding, Ais Krim Durian (xleh telan sebab x makan durian), Buah²an, Kuih Belimbing, Air Tebu, Air Soya
    Mewahnyer.. Terima kasih kepada Accenture dan Oracle yang hulurkan sumbangan kepada kami. Aku amat menghargai majlis ni.. Korang memang best.


    Orang Yang Tidak Melakukan Solat

    Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

    Subuh:
    Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

    Dzuhur:
    Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..

    Ashar:
    Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

    Maghrib:
    Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

    Isya':
    Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..