Labels

Sunday, July 31, 2016

Penyakit Khidmat: Slip Disc

Sini nak cerita sikit macam mana aku dengan penyakit ni. Haha..

Mula-mula aku sakit kaki, pegi klinik doktor kasi ubat sakit urat. Tak jadi apa. Aku biar je lah.

Lebih kurang 3-4 minggu, aku pegi lagi klinik sebab tak tahan rasanya. Doktor suspek aku kena slip disc. Dia bagi ubat, katanya kalau seminggu takda pape, dia mintak aku pergi hospital lah. Dlam masa seminggu, dia suruh aku regangkan kaki. Bila aku buat, kaki makin sakit aku makin tak tahan.

Lepas seminggu, aku pegi lagi ke klinik untuk dapatkan surat rujukan ke hospital. Aku kat klinik kat Hulu Langat, doktor tanya nak pergi ke hospital mana? Aku cakap hopital Ampang je lah sebab dekat. Lepas tu, doktor tanya pasal panel, aku cakap la Hospital Pantai KL. Dia suruh aku ke situ sebab cepat sikit, kalau Hospital Kerajaan risau lambat. Hari tu jugak aku pergi ke Hospital Pantai.

Lepas buat MRI, esoknya aku ambil result, patutnya siap hari tu jugak tapi mungkin lambat sikit, aku buat appointment esok je jumpa doktor.

dari atas, boleh nampak belah kiri tu tak sama dengan kanan yang nampak lebih normal

Nampak bahagian disc L4 dan L5. L4 lebih teruk.

Sah! Kena slip disc, Doktor cadangkan aku buat operate. Sebab tengok dah teruk. Pape pun dia bagi aku masa seminggu dulu makan ubat dia, lepas seminggu datang balik. Ubat hospital tu pun tak jalan jugak. Tak hilang pun sakit.

Lepas seminggu aku datang semula. Aku dah buat keputusan nak taknak kena buat jugak kan operate tu. Doktor cakap boleh lumpuh. Aku ada google, memang ada kes lumpuh selama beberapa bulan sebab tak buat operation tu. Aku pun dah cuak. Dah la orang-orang sekeliling aku tak pernah lagi kena slip disc. Nak tanya pengalaman apa pun payah. Yang aku baca, lepas operate tu, ada yang 3 bulan ada yang 6 bulan baru ok.

Masa jumpa doktor hospital kali ke dia, dia bagi aku masa seminggu lagi untuk buat keputusan. Balik pikir dulu nak buat bila operate tu.

Lepas seminggu lagi tu, aku datang balik, aku bagi date, masa tu dalam 4 5 hari jugak lalepas jummpa doktor sebab nak uruskan kerja sikit. Sebab doktor cakap, maybe cuti dalam sebulan macam tu lepas operate.

Aku bagitahu kat famili pasal aku nak buat operate tu, mulanya taknak bagitahu. Taknak mak ayah aku risau. Tapi incase apa jadi, bagitahu jugaklah. Kemudian, adik laki aku cakap nak datang KL, nak temankan aku, nak tolong uruskan aku. Yer lah, betul jugak, nanti nak anta apa sume, nak kena ada orang uruskan jugak. Aku pun terpikir nak pergi sorang-sorang, nak park kereta apa semua kan. Kang lepas operate nak balik rumah lagi.

08/06/2016
Hari Masuk Wad
Hari ke 4 puasa kot ni..
Baru masuk wad, nurse ambil bacaan kesihatan dulu untuk diagnosis

Adik datang temankan
09/06/2016
Hari ni plan kol9 operate.

Tengok ni dah gerun rasanya
Pagi ni aku sorang-sorang lagi. Dalam pukul 6 pagi nurse datang hantar baju dan cap. Jam 8 dia tolak aku masuk bilik operation. dalam pukul 11pagi aku keluar bilik, tengok adik aku, dinda ngan mak dia dah duk tunggu kat bilik wad aku. Masa ni aku macam payah sikit nak bergerak. Rasa keras je belakang.

2 3 hari takde sape pun datang melawat selain sepupu sepapat yang datang jenguk dan tunggu temankan aku. Dinda tido semalaman. Kawan-kawan takde tanya khabar apa pun. Yang tanya pun yang dekat, tu pun tanya je lah. Takdenya cakap nak datang melawat apa. Takpe, aku faham sangat.

Duk sorang-sorang layan tv je lah

Sepupu ngan kawan-kawan dia dari Terengganu

Dinda temankan 1 malam

Kebosanan

3 hari lepas operate, kena pakai braces untuk support tulang belakang masa kita bangun dan duduk
Hari ke 5 aku balik dari hospital. Duk berdua je ngan adik aku. Dia lah yang urus makan minum aku. Hari ke 3 lepas operate tu aku dah sambung puasa dah. Sakit-sakit pun puasa , lagi bagus puasa. Nak balik Terengganu tak boleh lagi nak jalan jauh. Tak boleh nak duduk lama sangat. Tunggu nak jumpa doktor plak lagi sekali seminggu kat nak raya.

Dialah uruskan makan minum, sediakan juadah berbuka, sahur

Aktiviti harian orang berpuasa.. haha

Temankan abam follow up dengan doktor, masa ni doktor sambung lagi cuti untuk lepas raya
Duduk kena tegak
Balik raya kali ni lama sikit lah, sebulan kot..

Ubat kena makan hari-hari, ubat urat, saraf dan tahan sakit
Pengalaman aku operate slip disc ni, lepas operate kaki dah tak sakit, sakit pun urat pinggul sebab doktor dah bagitahu, dia nak tarik sikit urat ke kaki tu sebab kaki dah tak kuat. Maybe lepas operate makan masa jugak nak recover sebab tarik urat tu. Dengan nak duduk nak bangun tu pun ada procedure dia.. Takleh duduk, bangun sembarangan. Lepas raya, balik KL, jumpa doktor, baru tak pakai braces dah. Tapi masih kena pakai 2 3 jam je sehari.

Kalau korang nak tahun, slip disc ni boleh claim dengan perkeso, tapi claim berapa hari kita cuti je lah. Tu pun tolak cuti umum dan weekend. Sebabnya perkeso cuma bayar hari yang kita cuti sehingga kita tak dapat cari makan. maksudnya gaji pada hari sepatutnya kita cari duit. Tapi sesetengah company kan bayar gaji kalau cuti dari spital sekalipun. Kalau company tu tak berkira, dapat la duit tu kat kita. Gaji dapat dah, duit perkeso pun dapat. Ada yang aku baca, ada company yang berkira, duit perkeso tu, kena pulangkan kat company sebab company dah bg gaji. Siot je kan? Hahaha.. Kalau dapat kat kita, kira bonus la tu. Kan.. Lagi satu, penyakit khidmat ni pun dapat claim kecacatan kekal. Macam kes aku, siap masukkan silicon lagi kat antara tulang L4 dan L5 tu. Lepas tu, jumpa jemaah doktor, doktor sahkan aku cacat kekal 1%. So, boleh claim lah.

Yang aku macam terasa sikit, bila kawan-kawan yang tahu bab claim ni, cepat aje, suruh belanja makan lah, ape lah.. Kecoh je tau aku wat claim perkeso, dapatnya lom tahu lagi. Tapi masa aku sakit, sorg pun takde datang melawat. Nak tayar khabar pun, kalau aku muncul kat wasap je baru sebok nak tanya khabar. Aku tak harapkan korang datang melawat, tunjuk simpati, tapi masa tu kau sendiri fikir lah jauh mana taraf sahabat tu kan. Bila susah orang dah la tak tolong, datang melawat pun tak. Bila dapat tau kawan tu baru je wat claim, ko dah sebok nak suh belanja makan ape bagai.

Update 04/02/2017
Ni, sampai ke hari ni masih lagi sakit ni. Nak tnjuk pun sakit. Doktor cakap sebab aku tak senaman macam yang dia suruh. Fine.. Memang aku tak buat. Hahaha.. Cuma kalau nak banding sebulan lepas, aku rasa ok sikit lah ni. Baru je aku rasa macam ok sikit ni.