Labels

Monday, March 16, 2015

Payahnya Nak Kekalkan Hubungan

Baru berbaik semula, hampir sebulan lebih kot, ni dah gaduh balik dah. Puncanya salah faham dalam mesej. Lain aku nak sampaikan, lain pulak yang sampai maksudnya.

Aku cakap, kalau dia nak keluar ngan kawan laki dia, jangan bagitahu aku. Keluar lah, tipu lah aku. Maksudnya, tipu lah nak pegi mana-mana atau keluar dengan sape-sape. Tapi jangan bagitahu aku perkara betul. Aku lebih sanggup. Tapi dari mesej dia, aku rasa dia dah faham lain. Dia fikir aku tuduh dia menipu aku. Pastu gaduh plak. Adoi.. Bila nak mesra balik hubungan ni. Ada je masalah.

Benda kecik, bagi aku kadang boleh bincang, tapi bila dah salah faham macam ni, jadi payah plak. Hurlm..

Monday, March 09, 2015

Doa Selamat / Doa Selepas Solat

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ.
يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Alhamdulillahirabbil ‘alamin, Hamdan yuwafi ni’amahu wa yukafi u mazidah ya rabbana lakal hamdu kama yanbaghi lijalali wajhikal karimi wa’adzimi sulthanika

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, kepujian yang sesuai mensyukuri nikmat-Nya, dan memohonkan kelebihan-Nya, ya Tuhan kami bagi-Mu segala puji, yang selayaknya dengan kebesaran-Mu dan kekuasaan-Mu, kesejahteraan dan keleselamatan atas junjungan kami Nabi Muhammad saw atas segala keluarga dan sahabat seluruhnya.

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ
 وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Allahumma Inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’ afiyatan fil jasadi wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarakatan firrizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahmatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.

Ya Allah, kami mohon kepada-Mu keselamatan agama, kesihatan jasmani, bertambah ilmu dan berkatkan rezeki, dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati .

اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَةِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Allahumma hawwin ‘alaina fi sakaratil maut wannajata minannari wal ‘afwa ‘indalhisab

Ya Allah, mudahkanlah ketika ada golombang sakaratulmaut dan lepaskanlah dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika dihisab.

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbana Laa Tuzig Qulubana Ba'da Idz Hadaitana min ladunka rahmatan Innaka Antal Wahhabu.

Ya Allah, janganlah digoncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat, engkaulah Maha Pemberi .

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Rabbana Hab Lana Min Azwajina Wadzurriyatina Qurrata A'yunin Waj'alna Lil muttaqina Imaman

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

رَبَّنَا ظَلَّمْنَا أَنْفُسَنَا فَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
Rabbana Dzallamna Anfusana Fainlam Taghfirlana Watarhamna Lanakunanna Minal Khasirina

Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika tidak Engkau ampuni dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana Atina Fiddunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina adzabannari

Ya Allah berilah kami kebajikan didunia dan diakhirat, peliharalah kami dari seksa api neraka .


Sumber: Halaqah.net