Labels

Thursday, July 25, 2013

Kawal Kolestrol


Salam,

Minggu ni tahap kesihatan aku amat membimbangkan. Hampir setiap hari aku pening, letih, mengantuk, tak boleh fokus, kepala berdenyut..

Aku wat keputusan nak pergi ke klinik kat office je. Skali bila check, tekanan darah tinggi bacaan bawah adalah tinggi. Bacaan atas normal. Doktor bagi cadangan aku buat blood test. Nasib baik pagi hari tu (2 hari lepas) aku tak makan supplement. Kot-kot lah bagi kesan sikit pada darah kan.

Hari ni dapat keputusan. Jumpa doktor.
Siap duk dalam file lagi.

Tengok, patut la 2 hari makan masa nak siap, dapat card bagai.. Hahaha


Siap laminate okeh..

Baru aku tau darah aku jenis O Positif. Penderma universal tetapi hanya menerima darah jenis ni je. Darah lain takleh masuk. Kehkehkeh..

Mak ai.. Beratnya aku.. 95KG.. Aku dah lama tak timbang.. Tinggi aku ingatkan 183cm.. Maybe silap berdiri sket ke ape kan.. Berat tu yang aku tak tahan tu. Lepas ni boleh beli timbang la, aku selalu nak timbang. Hahaha..

Berat ideal max bagi aku adalah 82KG. Fuhhh... Aku kene turunkan berat aku 13KG. Arrgggghhhh.. Mampu ke aku? Hahaha.. Tapi sekarang aku dah 2 minggu kot tak makan nasi. Rasanya dalam 2 minggu ni baru sepinggan aku makan nasi. Nak kurangkan karbohidrat.

Tadi doktor pas aku ke konsultan pemakanan. So, aku kene ceramah la sikit tadi bab pemakanan. Bila kira-kira balik, memang aku amalkan pemakanan yang tak sehat. Sayur dah la tak makan. Buah pon aku tak makan. Fiber tu penting. Kalau sebelum ni aku makan beras biasa, aku dah tukar ke beras elok sikit. Ni aku makan roti biasa, lepas ni aku kene amalkan makan roti yang tinggi kandungan fiber, yang elok sikit lah. Apa salahnya untuk kesihatan sendiri kan. Buah tu aku boleh telan tapi walaupun ada peluang, aku tak amik pon buah. Malas nak makan.


Ini dia keputusan. Yang lain semua ok. Takda masalah pun. Tapi yang sangat bermasalah adalah kolestrol. Ni la bahana diet pemakanan yang tak seimbang. Aku kena kawal kolestrol dalam badan. Aku selalu makan yang bergoreng, berlemak.. Ini yang buatkan aku pening. Dalam masa lama, aku boleh dapat sakit jantung.

So, dalam perancangan aku, aku kena capai target kurang berat badan dan kolestrol. Aku biasa keluar beli barang dapur seminggu sekali. Apa kata aku kena tambah dalam checklist aku dengan buah. Buah tu sangat penting. Sayur bagi aku, tomato dan timun sudah mencukupi daripada aku tak amik langsung. Kan.. Tunggu tiga bulan dari sekarang, aku nak buat ujian darah lagi nak tengok pengurangan kolestrol dan berat badan. Nanti nak beli timbang lah. Seminggu turun 0.3KG pon jadi la.. Hahaha..

Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment