Salam
Atas permintaan ramai untuk aku preview Padfone 2 aku ni. Akhirnya ada sedikit kerajinan.
Setelah beberapa lama meng'usha' ASUS Padfone 2, akhirnya aku dah dapat. Dengan harga masih tinggi, dapat la jugak nak merasa telefon + tab.
Dulu masa Galaxy Tab masih baru dalam pasaran. Aku pernah pakai Tab 8.0. Tak best sebab tak boleh wat call. Aku masa tu pakai Galaxy S2. Aku pernah terfikir, kalaulah apa yang ada dalam Galaxy S2 aku sync dengan Tab aku kan best. Kalau tak, aku terpaksa sync sendiri dengan bluetooth or pc transfer. Susah.. Banyak kerja nak kene buat. Kemudian aku jual balik Tab, aku beli Galaxy Note. Tak berapa besar, tak berapa kecil. Cukup baik..
Now, dari tahun lepas aku usha kat internet, aku dapat info pasal ASUS Padfone. Wow, macam yang aku idamkan. Sabar... Lepas tu dapatlah jugak.
Jom review sama-sama..
Ini dia rupa Padfone 2. Telefon ni datang sekali dengan Padfone station. Masukkan telefon ni ke dalam slot pada station dia. Kalau tak cucuk telefon, tab tu tak berfungsi.
Bila dah siap cucuk pada Station dia. Dia akan berfungsi sepenuhnya seperti Tab. Wallpaper, Susun atur menu, Resolution, Application dan sebagainya. 100% Tab.
Station ni jugak berfungsi seperti power bank. Tab ni kita boleh set cara cas dari Station ke Telefon. Smart charge or normal or charger semata-mata. Lepas test, aku boleh cas sebanyak 3kali. Means, aku boleh pakai tanpa cas selama seharian lebih lepas guna 5 6 jam camtu.
Set asal memang Jelly Bean 4.1.1. Tak macam Galaxy, walaupun sama Jelly Bean, ASUS dan Samsung tak sama OS nya. Samsung ada smart stay dan 2 view application.
Banyak game aku install tapi masih laju samada aku pakai sebagai Telefon or Tab.
Memory dalaman. Padfone takda memory card. Dia ada memori built-in semata-mata. Aku rasa lebih mudah kalau memori satu tempat je. Tapi masalah kalau kita nak format or back up. Boleh tapi kena usaha lebih.
Fungsi camera pun berbeza dari Samsung. Sorry aku selalu bezakan dengan samsung sebab sekarang aku masih pakai Galaxy Note I. Hihi.. Aku suka camera mood dia yang Beautification tu. Kita boleh terus adjust dari camera untuk edit muka kita dari gemuk ke kurus, mata besar, hilangkan jerawat. Muahahaha... Thanks a lot ASUS.
Yang berbeza juga, Padfone ni ada Instant Dictionary. Lagi best ianya offline. So, boleh jadi kamus segera.
Ni contoh dictionary dia. Senang nak faham dalam masa sekejap.
Asus pun ada Note dia tersendiri. Aku lebih suka SuperNote ASUS dari S Note Samsung. Paling suka part kita lebih mudah nak tulis macam bawah ni. 100% tulisan tangan dalam baris tu. S Note Samsung hanya boleh convert terus ke text tapi kadang-kadang tak detect sangat tulisan buruk macam aku ni. Tapi kat PowerNote ni pun boleh macam tu. Now, buruk-buruk tulisan aku, aku tetap boleh faham. wakaka..
Ouke.. Itu saja lah.. Aku pon tak tahu nak cerita apa lagi. Haha..
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
terimakaseh.
ReplyDeletedah lama beli asus padfone2. ari ning baru tau
yer ke.. baru tau nape tu boh...?
Deletenk tye kit..klu nk format tab asus ni mcm mne boh??kna blok..draw pattern trlalu byak..
ReplyDelete