Labels

Saturday, February 23, 2013

Keju Madu Yang Sedap


-Entri tertunggak-

Untuk pengetahuan semua, aku ni gila KFC. Sangat gila. Haha.. Lagi-lagi pada ayam. Setiap kali aku makan KFC, memang tak sah la aku order Cheezy Wedges tu. Dia punya cheese tu je aku suke. Setiap kali aku ke pasaraya, aku mesti usha kot-kot aku terjumpa sos cheese dia tu. Amat lah susah nak jumpe. Bukan susah, aku tak jumpa pon. Haha..

Oneday tu aku berfesbuk, rindu kawan-kawan lama punya pasal, aku mengusha la akaun kawan-kawan lama. Pastu terjumpa satu gambar dari kawan lama aku. OMG, dia yang jual sos tu rupanya. Cepat-cepat aku roger dia. Lepas segala urusan, dapat la aku barangnyer.


Alhamdulillah.. Nikmatnya dapat makan. Aku berani cakap sesedap KFC punya. Macam over kan? Tapi betul aku cakap. Dan-dan aku kirimkan keropok lekor kat kazen aku, dapat la makan dengan kopok lekor, marshmallow, sosej..  Hewhewhew.. Aku beli dua je dulu. Nak test. Hahaha.. Macam kene jadikan stock je. Lalala..

Kalau korang nak jugak. Please feel free ke page ni kat fesbuk.. Sama-sama support orang melayu punya.. wink wink..

Wednesday, February 13, 2013

Kangkung Untuk Momok & Kum Kum

Nak cerita pasal aku punya Momok & Kum Kum plak. 2 ekor Guinea Pigs aku ni. Tak besar-besar. Makan banyak. Pee poo pon banyak. Haha.. Aku dah bape kali moderate dia punya cage. Nak kasi senang cuci dan taknak kasi diorang kotor.

Masalah utama aku bila kasi Timothy Hay kat diorang. Batang memang la tak makan. Pandai plak diorang ni kais batang tu letak setempat dan buang. Abes masuk dalam corong saluran air. Tersumbat la. Sebab aku main jirus je air bawah cage tu. Malas nak sapu dulu.

Si Momok
Minggu lepas aku korek tau. Penuh taik ngan batang lalang tu. Aku plan taknak kasi da diorg makan hay tu. Tetiba kawan aku ada whatsapp aku. Tanya perkembangan aku punya GP ni. Dia cakap, dia suh bapak dia jaga, dah gemuk da. Tapi dia punya lambat besar. Sama la aku punya ni. Dia cakap, bapak dia kasi makan kangkung. Terkejut aku dengar. Boleh makan erk kangkung. Senang la camni. Aku boleh tanam kangkung. Hahaha..
Si Kum Kum
Lepas dapat fakta tu. Aku beli la kangkung. Siap dengan bayam skali. Aku potong separuh. Akar aku tanam. Aku try kasi GP aku makan. Mak ai, berselera plak tengok diorang makan. Tapi tak habis. Aku letak sikit je. Di pijak-pijak plak kangkung tu. Sampai melekat kat lantai. Da la baru modify.



Aku siap tebuk tong air jadikan tapak tanam kangkung. Pasu untuk tanam bayam. Entah hidup entah tak. Haha..


Ini aku letak dalam toilet belakang dulu. Bagi redup. So, aku tak paksa akar kerja keras untuk serap air. Aku guna tanah terus untuk tanam. Letak dalam air, sekejap boleh la hidup. Lama-lama mati la. Lagi pon kene fikir jugak kalau letak dalam air, nyamuk mudah membiak.

Lagi berita baik. Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, aku letak la kangkung sikit. Balik kerja, habis kangkung tu. Dia makan dengan batang-batang skaligus. Senang kije, tak payah aku kutip batang yang tak habis. Hihi..

Ada Tanda Suggies Dah Jinak Sikit

Salam..

Aku nak update sikit apa jadi dengan suggies aku ni. Sebelum ni aku letak asing-asing dalam sangkar. Letak kat luar. Lepas tu aku selalu kasi baju aku yang dah kene peluh aku. Aku just letak je, aku kurang masa nak bagi kasih sayang kat mereka ni. Tapi sejak seminggu dua ni dah tak berbunyi (crabbing) sangat dah.

Weekend lepas, aku satukan dalam satu sangkar. Aku bawa masuk semula dalam rumah. Aku kasi makan, slow je datang kat jari aku. Aku bagi dari luar sangkar la. Tak berani lagi nak hulur tangan. Diorng ni baik je. Amik makanan dengan perlahan. Ada siap hulur tangan nak pegang jari aku. Aku tak rasa tajam. So, aku yakin sikit la kat jari diorang. Sebelum ni aku cam takot kene jari diorang, kot sakit. Ni kalau tak menggigit tak apa la.


Bila tengok muka diorg, aku jadi sejuk hati. Seronok. Tenang. Means, aku betul-betul sayang diorang ni. Sangat-sangat kot. Beli tak mahal mana. Tapi yang mahalnya, bila daripada garang, dah jadi baik.

Tapi kan, bila aku mandi, lepas mandi aku jenguk diorang, nak kasi yogurt drop. Diorang dah mula crabbing tapi sekejap je. Tak lama. Kasi makan pon taknak. Dia duk hidu jari aku. Bau lain da kot. Pendek kata, aku kene slalu rapat dengan diorang bila lepas mandi.

Memang ada orang cakap, bawak selalu bersama. Tapi aku ni kan bukan selalu kat rumah. Opis plak sejuk nak bawak diorang pon. Aku malas nak gerak sana sini nak bawak sekali.


Saturday, February 09, 2013

Staf KLIA Perlu Lebih Sopan Dan Manis


Salam

Pagi tadi aku pick up parent kawan serumah aku kat Traders Hotel, KL dan hantar diorang satu keluarga ke KLIA. Alhamdulillah, tak macam biasa aku tersesat nak ke KLIA. Selalu salah jalan dan lalu jalan yang jauh untu sampai. Semua gara-gara gps yang sangat up to date dan smart learning.

Sampai kat KLIA, aku terjumpa satu famili yang tak familiar juga dengan KLIA. Kami sangat mesra dan bersama-sama cari jalan nak ke terminal dari tempat parking.


Lepas lepak makan dengan famili kawan aku tu. Parent dia nak cari buah tangan untuk ke kampung halaman dia. Tapi aku dengan kawan aku terus menunggu kat area kaunter daftar bagasi. Masa tu aku terfikir KLIA perlukan lebih seat menunggu memandangkan kawasan lalu-lalang yang masih luas.

Bila dah selesai semua. Famili kawan aku ni bergerak ke kaunter scan dan daftar bagasi. Kaunter tu aku tak tahu lah apa sebab tak ada sign. Staf seorang masih busy layan sorang customer. Ayah kawan aku ni bergerak ke kaunter yang beratur panjang. Tapi tadi lengang sebab tak da ramai orang. Lepas lalu ikut laluan, kami semua terus ke kaunter yang kosong.

Episod bermula..

Bila kami sampai ke satu kaunter ni, sorang staf perempuan seolah-olah terpinga-pinga dengan kami (4 orang). Dia macam pelik. Dia minta kami beratur semula. Bila kami seolah-olah berbincang sesama sendiri. Dia panggil ayah kawan aku.

"Awak semua sekali ke?"

"Ya.. Kami semua sekali, tapi bertiga sahaja yang akan berlepas.." jawab kawan ayah aku dengan lembut.

"Lain kali kena beratur sana.. Tunggu kami panggil baru datang.. Bukan datang terus ke sini.." kata perempuan staf KLIA tu.

Aku dah hangin dah. Nak tegur tapi malas nak tunjuk muka depan famili kawan aku tu. Sebenarnya bukan kami je, ada lagi satu famili yang ikut kami ke kaunter tu, dia ada belakang kami lepas staf tu tegur.

Nampak sangat yang tempat kaunter tersebut masih tak mesra pelanggan.

Kepada staf KLIA,
        Kamu sepatutnya faham situasi. Kami semua tak tahu peraturan dan prosedur kat sana kerana langsung tiada tanda atau papan perhatian buat kami. Bila kami terpinga-pinga sebelum ke kaunter, tiada langsung staf KLIA datang sambut kami untuk bertanya masalah kami.
        Sepatutnya kamu tegur dengan cara elok:
"Encik, sepatutnya kena beratur dulu kat sana. Tunggu kami panggil. Tapi encik dah sampai ni tak apa lah."

Kali ni kau terlepas. Next time kalau kene pada aku sendiri, aku tak teragak-agak nak bagi motivasi kat situ jugak. Macam mana la diorang punya motivasi erk.


Diorang ni perlu lebih latihan bagaimana nak atasi pelanggan yang lari dari etika/prosedur secara sengaja ataupun tak. Kerja sebagai customer service atau public relation ni perlukan lebih kawalan emosi. Yes.. Kamu penat bekerja tapi kamu tak semestinya layan emosi kamu. Waktu kerja, didik emosi tu jadi lebih beretika dan sejajar dengan kerja.

LINK

Lagipon aku dapat tahu, KLIA ada kolej mereka sendiri. Patutnya, dari kolej ni sendiri, perlu ada latihan yang kondusif untuk staf KLIA. Bukan lepas macam tu je graduan diorang.