Perlu ke aku tanya camtu?
Atau aku dah bagi cadangan untuk masa depan?
Pagi ni aku tetiba nak cek saman kat MyEG
Sejak-sejak ada pasang AES sekarang
Aku ni dah la suke rembat laju-laju
Tapi baru sekali aku kene saman oleh speed trap
Lambat cek, da kene RM300
Abang polis..
Kalo da saman tu
Mesej la kat saya gitau saya kene saman
Time RM150 tu, boleh la saya bayar
Bila da jadi RM300 tu
Berat plak hati nak bayar
Sape tak berkira
Aku bawak kete da bayar duit minyak
Lalu tol nak kene bayar tol plak tu
Pastu tak pasal kene saman plak
Haha.. Boleh tak aku berkira macam tu
Takpe la
Padan muke ko Asrol...
Ni kereta pertama aku
Yang selalu aku bawak ke hulu ke hilir
Kene saman kat Bentung
Takda plak dia tunjuk aku bawak bape laju?
Sebab laju sangat ke apa?
Ni plak kereta kedua aku
Member aku yang bawak
Aku tak paham baca macam mana
Aku rasa, Max 80km/h kat Kajang
Tapi kawan aku bawak 97 km/h
Macam tu?
Alahai.. Kalo setakat tu nak kene saman
Baik bawak je sampai 130km/h
Puas hati kalo kene saman pon
Berbaloi la jugak
Wakaka
Bila ada sale ni?
Potongan sehingga 50% pon jadi la
Hukhukhuk..