Labels

Friday, April 30, 2010

Geng Mereng

Sape la yang mereng masuk geng mereng nih.. Hakhakhak... Actually geng ni tertubuh secara x sengaja kat opis.. Semuanya declare secara x sengaja kat skype..

Citernye macam ni...
kitorg ada la group sdiri nak bagi adiah besday kat kawan, mulanya biasa2 jerk.. tapi bila da bagi sorg, yang lain2 kne bagi jugak la.. hehe.. pastu kitorg bukak la 1 room kat skype untuk bincang nak bagi hadiah kat sorg dari pada kitorg. Bila da selesai bagi hadiah, kami pon add la budak tuh balik masuk room.. Lepas tu, ape2 hal kitorg sembang situ jerk la.. Hehe..Ngumpat la, bincang sal kije la, ape2 jerk la.. Semua ada sampai hal2 lam selimut kew, lam kain kew, smua ada.. x tapis langsung.. Haha..

Lepas tu, geng ni di beri nama 'Geng Kiter'.. Sebab kite2 jerk kan.. da banyak sangat room yang bukak nak bincang besday yg tu la, yg ni la.. Tapi kitorg stay lagi ngan room satu ni.. So, maklum la, budak2 pra-matang sume, ada yang da kawen, ada laki n ada ppuan, da cakap pon x bertapis, kadang2 kitorg lam room tu giler sangat2.. So, kitorg duk cakap la mereng2.. Pastu trus tlekat nama 'Geng Mereng'.. Hehe..

Ahli²nya adalah:
  1. Asrol
  2. Halim
  3. Ajoi
  4. Yusri
  5. Dayang
  6. Shiela
  7. Linda
  8. Mubina
  9. Liyana
  10. Sakinah
  11. Zaniza

Bos Nakal

Huhu.. Ni ada 1 kesah benar yang lucu.. Bukan main2.. Tapi korang jangan la anggap serius sangat.. Kadang2 kita kene la hapie bai... Kesah ni baru je berlaku, 29hb April 2010.. Lawak sampai gegar 1 opis.. Baca la ni..


Hahaha... lawak kan? Moralnya di sini, lau busy camne pon, fun2 la kejap beb.. Jangan sampai stress kt opis mahupon kat umah.. Aku bagi 5/5 bintang kat bos nih.. Cayalah....

Monday, April 19, 2010

Apa punya bapak tak bagi anak bertudung..

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.



Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Sunday, April 18, 2010

Bosan? Meh baca nih..

1- bosan la.. nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5
2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8 lu
3- nk taw ekh? erm, awk bce NO 9
4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15
5- cmne ek nk ckp.. bce NO 17 je k..
6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16
7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18
10- Blom lg la..bce NO 19 ye..
11- da pnt ekh? Bce jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp klu.....(ah bce no 3 la)
13- tggal cket jek lg tp kne bce NO 20
14- argh,pnt neh..bce NO 1 plak
15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6
16- lorh,msh tak phm lg kew? Try bce NO 12
17- ades, nk ckp neh. Tp..bce NO 7
18- kite tak tau klu awk phm..tlg bce NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..
20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k

Monday, April 12, 2010

How to Install Adobe CS3 (from image file)

Kalau sebelum ni Asrol da ajar macam mana cara install dan nak guna Daemon, sekarang Asrol akan ajar macam mana pula nak install Adobe CS3.










Step pertama, right click kat Daemon seperti lam gambar, load file image Adobe CS3 supaya kita boleh menginstall file yang ada dalam image tersebut.































Buka Adobe CS3 Web Premium

Double click pada Autoplay file
Akan kuar window ni. Klik pada Install CS3 Web Premium.
Page macam ni akan kuar sekiranya ada file yang mengganggu proses install Adobe, ni bermakna korang perlu tutup software yang tersenarai. Contoh di sini, Asrol buka Microsoft word, Asrol perlu tutup file Microsoft Word tersebut. Lepas tutup, klik butang Try Again.
Klik Accept.
Pilih software mana untuk install, di sini Asrol hanya pilih untuk install Adobe Photoshop jerk. Kemudian klik Next
Klik Next.
Klik Install.
Biarkan proses install siap.
Lepas siap, klik Finish.
Untuk register produk, korang perlu crack software supaya register dan boleh pakai. Caranya, buka balik Adobe CS3 Web Premium, buka folder Magnitude, buka folder adobe kemudian Adobe Phostoshop.
Kemudian jadi camni, copy file lam folder tu.
(jika korang ada install lain² Adobe, buka folder berkaitan)
Setelah copy, buka C:\Program Files\Adobe\Adobe Photoshop CS3, kemudian paste dalam folder ni.
Replace file, klik Yes. Selesai..










Buka Start menu, All Programs, Adobe. Klik Adobe Photoshop CS3.









Sepatutnya anda sudah boleh pakai.. Selamat mencuba..Thanks..












        

Sunday, April 11, 2010

How to Use Virtual CD/DVD ROM Device (Daemon)

Virtual device CD/DVD ROM ataupun pemain CD/DVD ROM maya adalah sejenis software yang di gunakan untuk membaca image cd atau dvd (pengganti cd/dvd yg di simpan dalam hardisk, bukan dalam cd/dvd).







 
Format image biasanya dalam bentuk file:
  • Standard ISO images (*.iso)
  • CloneCD images (*.ccd)
  • Cue sheets (*.cue)
  • Media descriptor files (*.mds)
  • Nero images (*.nrg)
  • dsb
Kali ini, Asrol nak ajar bagaimana untuk membaca @ menggunakan  file² format kat atas ni. Software yang Asrol gunakan adalah Daemon Tools 4.06 (Korang bleh download kat sini ).

Install / Pasang

Sebelum korang install, tengok kat My Computer, sebelum ni korang tengok ada 1 je CD/DVD drive.








Lepas download, korang double klik atau right click > open files Daemon Tools 4.06.






 klik Next.








Klik Agree.












Kadang², ada yang terima mesej amaran macam ni, korang perlu klik OK je.



Korang perlu restart pc, klik OK.





Windows akan kuarkan mesej automatik untuk install Daemon. Klik Next.











Klik Agree.













Biarkan semua tick kemudian klik Next.












Biarkan Destination Folder default kemudian klik Install.











Siap, lepas install, klik Finish.












Sekarang, tengok kat My Computer, ada 1 lagi tambahan untuk cd/dvd device.











Cara Menggunakan Daemon Tools

Pergi ke desktop, kat icon tray, right click kat icon Daemon (warna merah). Pergi kat Virtual CD/DVD-ROM > Device > Mount Image
Selepas klik Mount Image, cari file image.
Open file image, pergi kat My Computer, device virtual sudah dapat baca image tersebut.


    

Friday, April 02, 2010

Aku ada pasangan hidup sendiri....

 Bila seronok, aku cari....pasanganku
 Bila sedih, aku cari.....Mak
 Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
 Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
 Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
 Bila berduka, aku peluk erat.....Emakku
 Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
 Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
 Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
 Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
  Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
  Entah bila.... aku nak talipon Mak
  Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
  Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

  Renungkan:
  "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja....
  bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
  Mak bukan nak banyak...... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

  Berderai air mata jika kita mendengarnya.?.?.?.?.?.?.?.?

  Tapi kalau Mak sudah tiada............
  MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT.....

  Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
  berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
  berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
  berapa ramai yang sanggup....... membersihkan najis ibunya........
  berapa ramai yang sanggup........ membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
  berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

  Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya........

  SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA
      

Aku bebas..

Lama betul aku tak post blog.. Actually aku baru je slesai buat laman web untuk sorang kawan baik aku sejak dari study dulu. Skarang, dia sambung study kat UUM, amik master IT. Moga dia berjaya la lam study dan dapat kije yg lebih baik. Website ni untuk presentation diorang. Bukan diorang xleh wat, tapi busy study kot. Aku busy kije, tapi kije siang jerk, malam plak aku fukos untuk web diorang. Tapi aku x puas hati sangat la ngan design web tu sebab x lawa sangat, aku pon x cukup masa sebenarnya nak wat web tu. Tapi, sistem yang ada dalam web tu, aku puas hati la.

Ni la hasilnya, tapi aku terpaksa blur kan beberapa bahagian atas sebab privasi. Hehe..

Laman utama

Galeri gambar


Galeri Video

Fungsi muat turun

Pengumuman

Artikel

Jadual aktiviti

Fungsi Admin

Chatbox

Link

Komen diorng: Laman web ni menarik sebab fungsi pun tidak menghampakan walaupon rekabentuk tak lawa.. hahaha...