Aku nak kongsi ni sebab mungkin ada yang memerlukan sokongan moral sedikit pada peringkat awal. Buat masa ni aku kongsi sedikit dulu pengalaman aku, sebenarnya ramai dah kena macam ni.
Aku mula kena serangan rasa berdebar ni pada 2hb atau 3hb Jan 2019. Apa yang aku fikirkan hanya kehidupan masa kiamat atau selepas mati. Apa nak jadi sebenarnya ni? Walaupun kadang-kadang aku tak fikir apa-apa. Tetap juga rasa berdebar tu. Sampai aku rasa aku panik.
Lepas seminggu aku jumpa doktor kat klinik kesihatan. Katanya setiap orang takot mati, tetapi ada kes pesakit tak dapat mengawal keresahan tu. Terlalu banyak fikir. Itu yang jadi panik. Salah satu cara, kena luahkan pada ahli agama sebenarnya. Sebab ia berkaitan kerohanian. Klinik boleh bantu tapi ambil masa agak lama, hanya dalam masa terdekat, kalau ganggu kehidupan atau tidur terutamanya, doktor akan bagi ubat terkawal. Tak boleh sangat makan ubat tu lama-lama sebenarnya. Kita akan jadi terlalu bergantung.
Lepas dari seminggu aku follow up doktor semula. Kali ni dalam masa seminggu tu aku dah mula dapat bertenang. Apa yang aku buat dalam masa seminggu tu? Aku pergi dengar ceramah, solat jemaah, perbanyakkan zikir.
Kesimpulannya, dari segi kerohanian, kita kena ada pertimbangan tentang kerohanian.
- Banyakkan sedekah sebab pahala sedekah ni takkan habis dan akan berterusan ke akhirat.
- Banyakkan beristighfar, bertaubat, memohon ampun. Allah tu Maha Pengampun. Kita sebagai manusia memang tak terlepas dari dosa. Tapi cubalah elakkan dari melakukan dosa, mungkin kita sudah cukup sedar. Jangan keraskan hati untuk berubah dan bertaubat.
- Sentiasa bersangka baik pada Allah, percaya Allah tu Maha Pengampun, Allah sedang berikan kita hidayahNya mungkin, Allah akan terima segala pahala yang kita lakukan.
- Perbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW, dan doakan Wasilah kepada Baginda (Doa selepas azan)
Sekarang aku kadang-kadang ada masalah juga, berdebar bila baca pasal kiamat, mati dan bencana. Jadi aku kena kuatkan semangat sendiri. Aku tengok video berikut aku boleh jadi tenang sedikit.
“Allahumma ajirni min al-nar” (Dr.Rozaimi Ramli)
Bacalah "Allahumma Ajirna minan Naar" sebanyak 7 Kali Selepas Solat Sebagai Zikir. Maksudnya Adalah Ya Allah Jauhkanlah Aku Dari Api Neraka.
Tanyalah Ustaz (2019) | Taubat (Tue, Jan 15)
Harap info ni dapat beri ketenangan kepada korang dan berguna. Moga-moga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT.