Labels

Wednesday, April 24, 2013

Suprise Banyak Kali Katanya


Salam..

Alhamdulillah.. Syukur Pada Allah..

Malam tadi dapat berita gaji naik. Ingatkan naik la dalam RM50 ke kan.. Tapi lebih dari tu.

Bangun pagi, aku baca la release letter sal bonus, agak memberangsangkan jugak. Sebab tahun lepas aku ada apply cuti tak bergaji untuk pergi umrah. Aku apply banyak hari, HR pesan jangan amik banyak sangat, nanti bonus dia tolak hari kerja. Tapi ingatkan banyak la dia tolak, rupanya takda la beza sangat pun. Bonus pon bakal dapat esok atau lusa..

Macam biasa nak pergi kerja tadi, aku bukak pintu beranda, nak kasi anak2 makan. Skali aku tengok, si Momok aku dah melahirkan anak. Wow.. Terkejut aku dibuatnya. Tetiba ada GP kecik lam cage.


Pastu aku tinggal pi opis.. Balik ada lagi lam sangkar.. Sejuk hati kan.. Bela sampai beranak..

Malam ni, aku tengok dah xda anak dia.. Rupa-rupanya jatuh lam lubang air hujan. Berendam dalam tu. Hope dia xda pape la.. Aku dah basuh dia ngan air suam. Anginkan dengan Hair Dryer..




Siap kene mandi dah.. Ngan air suam.. Pastu masukkan dalam bakul baju aku.. Skali mak dia si Momok. Haha..


Sonoknya layan budak-budak ni.. Hihi..

Wednesday, April 17, 2013

Hikmah Yang Datang


Salam,

Hari ni Alhamdulillah berjaya uruskan majlis makan-makan kelab. Dengan cabaran dan tawakal, dapat lihat beberapa kejayaan dan hikmah yang datang.

Nak cakap plan last minit takda la last minit sangat merancang. Sepatutnya bermula dengan aktiviti sukan untuk tahun ni. Tapi lepas beberapa kali tertunda sebab pertembungan jadual bos, tak dapat la teruskan lagi.

Lepas bincang dengan bos, banyak idea yang dia terima. Cuma sebahagian kecil perlu diubah suai. Oleh kerana dah bulan 4, bos aka penasihat, minta buat majlis makan-makan dulu.

Dalam masa kurang 2 minggu, mula perbincangan serius untuk majlis makan-makan. Tiada cadangan berbentuk pilihan. Apa yang keluar sebagai idea, teruskan. Kagum dengan sokongan AJK lain. Kita cakap terus buat. Itu lebih bagus. Tak perlu nak fikir banyak pilihan. Buat dulu baru kita dapat touch up kelemahan.

Paling mengejutkan
Sebelum tu kami tempah tempat untuk majlis ni kat ruang terbuka dan tak berbumbung masih redup. Kemudian, pihak pengurusan dah tak bagi sewa tempat tu. Tukar ke satu tempat yang agak luas terbuka tetapi berbumbung.

Minggu lepas hujan sebelah petang ke malam je. 2 3 hari lepas pun. Hari ni majlis berlangsung, tiba-tiba hujan lebat. Sangat lebat. Terfikir juga, kalaulah buat kat tempat pertama yang kami cadang tu, mesti dah tergendala. Maha Besar Allah.

Sampai ke hujung majlis, walaupun ada kekurangan sebelumnya, namun kerjasama AJK baru ni sangat baik. Aku bangga. Semua dapat berjalan lancar. Aku nampak ia sangat berjaya. Dengan rahmat dan kurnia dari Allah S.W.T, majlis berlangsung dengan jayanya.

Harap lepas ni apa yang kurang dapatlah kami tampung awal-awal. Moga masih ada restu dariNya untuk aktiviti akan datang.

Sunday, April 14, 2013

Dilema


Salam..

Tajuk ringkas, isi yang aku nak luahkan ni tak lah seringkas tajuk..

Aku betul-betul dalam dilema. Nak carik keje lebih bagus? Tak.. Nak carik kerjaya lebih bagus. Yes..

Beza tu. Keje nak lebih bagus, ko tido la.. Kerja bagus tu. Hahaha..

Kerjaya yang lebih bagus means..
Kerja yang seimbang dengan gaji, gaji yang seimbang dengan gaya hidup..

 Aku sekarang sedar, aku ni advance dalam kemampuan aku. Maksud aku, gaya hidup dah melampaui kemampuan. Haha.. Nak undur / kurangkan, dah tak nak. Aku rasa ini yang patut aku dapat. So, tak salah kalau aku cube cari yang bersesuaian dengan life aku sekarang.

 Kerja sekarang dah cukup bagus bagi aku. Seronok dengan kerja. Kadang-kadang tak tertanggung dengan kerja overload, tapi itukan cabaran. Why not aku gigihkan diri. Tapi aku tahu, mesti ada yang lebih baik dari apa yang kita ada.

Allah takkan mengubah hidup sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya..

Semua orang tahu kan ayat tu. Aku nak tukar kerja. Dah usha beberapa tempat. Cuma aku tak yakin aku akan dapat yang terbaik dengan peluang tu. Mana tahu, silap langkah. Bab gaji, boleh la aku pertimbang mana yang lebih baik. Tapi peluang masa depan macam mana? Adakah maintain atau lebih baik? Atau aku kene sabar seketika lepas tu usaha lebih sikit. So, bila aku tukar kerja, at least aku dah bersedia.

Solat Istiqarah.. Bagus usaha ni. Paling tepat. Tapi aku takot, bila aku dapat petunjuk, aku masih was-was. Mungkin rasa bersalah.. 

So, macam mana erk?