Labels

Friday, January 04, 2013

Trend Phewtick Pulak Sekarang


Salam korang, korang dan korang..

Hari ni aku nak cerita pasal trend terbaru, Phewtick. Apa kejadah plak dah.

In before.. Kalau kita jumpa orang sebelum ni, ko ada no tepon tak? Bak sini nak save. Lepas tu myspace, friendster yang dah jadi legend tu, muncul plak facebook. Add aku kat facebook, nanti aku tag ko gambar dulu-dulu. Asal amik gambar dengan kawan-kawan, nanti tag aku tau. Belum puas facebook, ada whatsapp. Ni zaman kemunculan smartphone. Orang dah tak tanya dah, berapa no tepon? Nanti aku mesej. Orang akan tanya, ada whatsapp tak? Nak mesej (kalo jumpe tempat ada WIFI). Sekarang pakej data dah murah. Aku sendiri pon, walaupon pakai Galaxy Note, aku amik data plan Blackberry advance. Murah.. Just nak pakai untuk whatsapp, Line, facebook, instagram, twitter... Bukan tengok YouTube pon. Balik rumah, aku pakai wifi streamyx kat umah.

Phewtick
klik gambar untuk download
Untuk beberapa hari ni, muncul plak Phewtick. Aku tak sure bila dah diperkenalkan kat Google Play ni. Tapi trend sekarang, ko dah install Phewtick? Memula dengar macam makanan Sugar Glider aku jerk.. Hahaha.. Kalo jawab tak da, mesti diorg akan cakap, install la aku nak scan ni. Ah sudah.. Scan menda plak?

Nampak? Trend sekarang? Bila jumpa je, ada Phewtick? Jom scan... Duit ko dah berapa? Scan dengan ko mesti dapat banyak ni.

Phewtick ni adalah satu software dalam smartphone. Bila kita jumpa kawan-kawan, kita scan la QR code. Setiap kali scan, kita ada dapat point. Kalau tak silap aku, 10point bersamaan 4sen. Point ni tak tentu. Kadang-kadang boleh jdai berbelas, kadang-kadang beratus, kadang-kadang bape je.

Ok.. Next time kalo jumpa aku, jangan tanya dah makan ke? dari mana? Jangan tau.. Korang tanya, nak Phewtick..... Hahahaha.. InsyaAllah aku kasi.. Jangan risau..


Senario zaman Phewtick

Kat pasar
Sebelum ni..
Beli apa? Eh, ko tau tak, anak si semah tu, bla.. bla.. bla..
Sekarang ni..
Wah.. Semalam jumpa kat kedai Jibah.. Jom Phewtick, tengok berapa plak dapat kita jumpa rini..

Kat Trafik Light tengah tunggu lampu nak hijau
Sebelum ni..
Hey.. Jumpe plak ko kat sini erk.. Nak ke mana?
Sekarang ni..
Hey.. Terserempak ko plak.. Sempat lagi ni nak Phewtick.. Kejap je ni..

Ada budak baru masuk kelas/opis
Sebelum ni..
Eh, ada budak baru. Jom tanya dia dari mana.. Sekarang duduk mana..
Sekarang ni..
Eh kau, budak baru tu pon ada Phewtick, pergi la scan.. Hihihi...

Macam melampau lah pulak kan? Tapi who knows.. Trend sentiasa berubah. Mana tau benda ni semua jadi menda wajib. See.. Tengah-tengah aku buat entri ni, datang 2 kawan nak scan QR code aku. Hahaha... Have fun..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment