Labels

Monday, January 21, 2013

Aku dan kes


Tadi terbaca satu kisah kat Oh! Tidak..

Kisah dia ni pasal kes tipu jual beli dan keberkesanan pihak polis.

Sinopsis Kisah

Ada sorang ni beli smartphone kat kedai cina dalam Plaza Alam Sentral. Nak yang original, lepas tu cina tu kasi yang set China. Dah buat report polis, pada mulanya polis macam tak boleh nak buat apa. Kene buat report kat KPDN, dah pergi tapi layanan hampa. Sebab tak puas hati, laporan polis masih dibuat. Polis serbu dan lepas berbincang, orang cina tu nak pulang semula duit tapi dengan syarat, tarik balik laporan. Kes settle.

Ok.. Kat sini bukan nak cakap pasal jual beli tu. Aku nak share jugak kes aku yang sampai melibatkan report polis. Saje nak share.. Aku cakap ni pon atas pengalaman aku. Bukan je kes jual beli tapi lain-lain kes.

Kes kawan curi kad ATM dan songlap duit
Pernah kawan aku curi kad ATM aku lepas tu keluarkan duit RM2k dari akaun bank aku. Aku ke balai polis. Aku tak tahu siapa yang buat. Polis cakap, aku kene buat report untuk tengok CCTV sahaja. Untuk report tu, polis takda hak nak buat apa-apa lagi. So, aku buat la report hanya untuk tengok CCTV dari bank. Malam tu aku balik rumah sebab bank dah tutup. Aku heboh kan pasal aku dah buat report polis, barulah seorang kawan aku ni datang pada aku cakap sebenarnya dia yang lakukan.

Kes budak rumah tak bayar sewa berbulan
Kes ni masa aku kat Puchong. Ada sorang budak rumah aku ni tak bayar sewa berbulan. Halau keluar taknak. Tuan rumah nak halau pon, duduk jauh, kat Sabah. Lepas tu kami jumpa polis. Ingat buat aduan polis, boleh la polis settlekan. Halau ke ape. Masa kat balai polis, polis cakap, ni hal peribadi, polis tak boleh masuk campur. Cuma seorang sarjan tu call budak tu suruh settlekan duit rumah or bincang baik-baik. Lepas kami balik rumah, pertelingkahan tak settle juga. At last, aku yang pindah keluar sebab tak tahan. Budak tu masih tinggal berbulan kat rumah tu.

Kes tipu jual beli online
Aku pernah buat belian telefon melalui online. Beli telefon second hand. Oleh kerana aku dah biasa buat pembelian secara online dan takda masalah langsung. Aku percaya je la. Lepas buat bayaran, orang tu janji nak anta telefon tapi macam-macam alasan. Sampai masa, cakap dah hantar lepas tu tak sampai-sampai. Dia pon dan mula diamkan diri. Aku buat report polis. Yang aku pelik, polis tu siap tanya aku, habis tu, buat report ni untuk apa erk? Dush.. Aku plak blur. Means, polis tak boleh buat apa-apa. Lepas sebulan, aku follow up dengan Inspector Polis yang handle kes aku, dia cuma bagi aku statement keberangkalian melalui telefon. Katanya:

Kes macam ni dah biasa berlaku, mungkin yang jual tu pengedar dadah. Mungkin jua orang yang guna akaun orang lain untuk buat urus niaga. Ataupun orang tu dia guna akaun penagih dadah untuk kepentingan sendiri. Terlalu banyak kemungkinan. Jadi kita susah nak agak modus operandi suspek. 
Aku malas nak cakap banyak dengan polis tu.

Kes kawan tipu bab bayaran hutang
Ni kes terbaru aku, yang kawan aku ni buat hutang kereta aku tertunggak selama 2 bulan. Lepas tu diamkan diri sampai sekarang. Aku pergi buat report polis, polis cakap tak ada apa yang boleh dibuat. Kecuali jumpa peguam untuk buat saman. Aku ingatkan, polis boleh la contact kawan aku tu, cakap dengan kawan aku tu, kalau dia ignore, tahan kawan aku tu bagi pengajaran dia masuk lokap 2 3 hari. Supaya, kawan aku ni tak tipiu orang lain lagi. Hihi..

Aku harap, satu hari nanti, polis ada kuasa penuh untuk bela orang-orang yang teraniaya macam kes aku dengan lebih jauh berkesan.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

18 comments:

  1. kalau kes kecik suma pun report polis..tak boleh buat keje lain la polis tu.asik duk soal siasat kes remeh temeh ni aje..sdgkan kes bunuh rogol ragut etc masih perlukan pembelaan krn melibatkan nyawa..cube perhatikan di sini..utk kes kau sorg je da brapa banyak kau asik report aje? Cuba la kalo 100 org ni mcm kau..ada x masa polis2 tu nk buat keje lain? Rakyat malaysia ni brapa ramai..mesti suma Byk masalah..mcm2 masalah..lagipula polis x boleh tangkap org secara membabi buta..bkn nya kau pegi report tu diorg terus pegi umah org yg kau maksudkan then terus tangkap org tu..at least diorg kna siasat org tu siasat org ni..siasat samada kau ni report yg bt0l ke x..so x ke suma tu leceh? masih ada lg ke waktu polis nk handle kes yg serius2 yg kalo kes remeh pun x settle2 Lagi. Kau pk la sendiri..mMg la tugas polis tu menjaga keamanan negara..tp agak2 lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah memang tugas polis.. Sebab tu aku persoalkan. Tak kene kat ko boleh la ko cakap banyak. Cube kalau kene kat ko. Mesti ko pon tak puas hati kan? Sama macam apa yang aku tulis ni macam dah terkena kat ko, ko duk melenting kat sini. Masuk blog orang cakap kasar camni. Nak nasihat/bagi pendapat kat orang, cakap leklok boleh? Tak payah nak herdik orang, ko pon sama.

      Delete
    2. Aku support tulisan kau ni bro, sedangkan tahun lepas sahaja perdana menteri dh mengeluarkan dasar satu orang untuk satu polis.

      Delete
  2. aku melenting?xda la weyh..kasar ke aku ckp gitu?ko ni laki ke pompuan..ok la kes kawan x Bayar sewa mmg hal peribadi la.mebi rasa kuat kot skit2 naik nama polis..lagi satu kes beli Barang online..da mMg polis da bgtau jgn bank in pd org yg kita x knal..dulu pn slalu ada sticker kt tepi2 ATM utk ingatkan tentang hal nih..so kalo kena tipu..kdg2 polis jgk yg di persalahkan..aku x pernah kena? tipu la kalo aku x pernah kena..sbb aku pembeli Brg online yg tegar..tp kalo x Byk tu..biar jela dorg Bayar kt akhirat nnt..mMg aku ada hak sbb duit aku..hasil titik peluh aku..tp da mMg salah aku pegi beli on9.nak salahkan sapa lagi..kalo org jenis x makan saman mebi dh pegi cari rumah org tu..aku rasa baik ko pegi buka fb tgk page kami benci online shop yg makan duit haram..xpun web scam alert..brapa ramai yg kena tipu..nilai bpuluh ribu pun ada..kena bwk lari kete pun ada..even dah COD. knp polis x selesaikan kes d0rg sdgkan nilai mencecah puluhan ribu..mMg b0le je buat report tp polis tima report jelah..lagi2 kalo ko s0rg je yg report pasal tu.nak siasat xtau bila..kalo dh settle pun xkan dpt balek duit2 tu except kau upah peguam.naek turun mahkamah nk tuntut balek duit tu..cube bandingkan kes kita dgn org lain..jgn tau melenting je sama juga kes tipu..kalo ko kena tipu..cube tgk org yg kena tipu lebi byk nilai dr ko..dr situ ko akan rasa yg ko masih btuah..tuhan masih syg ko dr terus di tipu hingga puluhan ribu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak.. thanks for the info.. next time aku akan lebih berhati2..

      Delete
  3. Mmm...aku pon dlm proses kene tipu...buat lesen kereta aku bayar ansur2 sampai habis tp lesennye x buat2 lg pasal cikgu memandu ni kata asyik bz jew....last bile nak blajar kereta katanya ada ballance x hbis bayar lg....padahal aku dah bayar lebih dr harganye.....sakit pale dibuatnye last aku nk abis kan bayaran sbb die dok push2 aku pon gune duit susu ngn pampers anak aku....pastu pospon lg...tibe nak blajar die kata kene bayar lg...bile aku pertikai bleh plak die kata die bleh gagalka akunye lesen.....minta2 la admin doakan aku x kene pau dah.....x tau dah nak buat aduan kat sapa...silap aku xde slip bayaran...tp lesen L dah ade.....aku ingat nak mintak tolong kat sprm la...ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap tu memang silap ko jugak lah sebab xda resit. Pasni bayar kat kaunter skolah memandu tu terus lah, tak pun minta resit or tanda bayar tu untuk apa. Aku buat kat hulu langat ritu, tempat tu bagus, awal2 dia tulis kat kertas bayaran dia, then sampai dapat lesen, tiap apa yg kita bayar memang ikot kertas tu je. Ni takda resit, pihak berkuasa / sprm pun xleh wat pe.. huhu

      Delete
  4. Boleh tanya details tak pasal kes atm tu ? Email saya sbb nak tanya sikit pasal report tu ? Hm boleh minta email? Sbb nak tanya sikit

    ReplyDelete
  5. Urgent pls hmm boleh email saya esha2929@gmail.com

    ReplyDelete
  6. sy nak mintak pendapat..sy kena tipu jugak beli hp online.. dh dekat 2k sy habis.. tp barang xsampai2.. kes sy jd msa bulan 2 tahun ni..skrg dh bulan 11 tp sy xda buat repot sbb sy penah tya sorang pgawai polis,abg kpd kwn sy.. dia ckp kes ni susah sbb salah sy yang bayar duit dekat penjual. kalaupun sy buat laporan,belom tentu polis akan amik tindakan sbb kes sy kecik. tp amount yang sy bayar bukan kecik. takkan la polis tak boleh buat apa2 berdasarkan semua bukti yang sy ada,slip bayaran,nama dan no akaun company. malahan sy ada skali no pndaftaran SSM company tersebut. oleh sbb polis sdri yg ckp mcm tu dekat sy,sy jd kecewa dan amek tindakan berdiam diri. skrg sy nk mntak pendapat, boleh lg ke kalau sy nk buat report kes sy ney sedangkan dh beberapa bulan terjadi?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, 2009 sy blm kahwin/perempuan/tggl di rmh warisan ibu sy 1)rmh sy pernah kena pecah msuk ( sy blk kerja pkl 1 a.m ) dan buat repot atas talian dan polis dtg setelah 3 jam laporan dibuat (bayangkan tingkap rumah sy diumpil dan sy terpaksa tidak tidur utk tgg polis dtg) lastly polis dtg ambil gambar ala kadar dan suruh repot ke balai n polia kat balai cakap tak boleh buat apa 😑

    ReplyDelete
  8. 1 September 2016 rmh sy dipecah msk sekali lagi pd sekitar jam 3-4.30 pg n wkt tu sy sekeluarga ad tidur dirumah.semua wang dlm dompet sy dan suami dicuri termasuk cincin kahwin& smartphone.sy buat laporan setelah tersedar dr tidur(4.30 pg) melalui talian juga dan pergi ke balai pd wkt tghr kerana mendapati ade kesan trdpt dileher sy kmgkinan pencuri ingin melihat samada sy memakai rantai.dipendekkan cerita km mencadangkn kpd polis supaya mngesan smartphone sy melalui tracker/gps ttp polis seakan-akan tidak ambil peduli(memberitahu gps tidak tepat) walhal sekarang zaman teknologi sepatutnya pdrm mempunyai teknologi yang jauh lebih hebat kerana sudah lama kita menjadi negara membangun.entah bila nk jadi negara maju kalau rasuah dah menjadi tabiat bg yg miskin hgglah pihak atasan yang kaya raya.sy mohon maaf jika ada yg terasa tetapi berharap kita dapat hindari diri dari rasuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama..rumah mak saya pon kena pecah masok bru2 ni..habes tv ,kipas, tong gas,pekakas elektrik semua kena curi..lepas tu gi buat report.. N da taw spe yg curi tu..tpi tgkap kul 3 petg ,3 pagi polis lepas perompak tu..alsan nya sebab xde bukti n saksi..padahal mak saya da buat report mgatakan perompak tu siape n siap menguna kn kekerasan lgi kt mk saya..siap ad bukti pintu rumah di pecah kan perompak..tpi polis ckp xde bukti n saksi..ape ke babi polis ni..benda ni melibat kn nyawa juga sebenarnya..

      Delete
  9. apa2 pun duit kita jangan keluarkan dulu tak kiralah org kata deposit ke booking ke clearance ke tetap teguh pendirian.urusan jual beli secara walk in di kedai kedai atau COD(lakukan ditempat yg selamat atau ramai org)

    ReplyDelete
  10. baru ada niat nak buat report polis sbb brg dalam rumah asyik kena curi dengan member serumah je.. tapi kalau macam ni lah gayanya..rasanya habiskan masa je buat report polis

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalam..sy minta pandangan sdr yg dah ada pengalaman.mslh sy adalah yg liat byr hutang ni adik ipar sendiri..ikutkn mmg km x nak tolong settlekn hal dia..tp,mslhnya duit yg dia songlap duit member suami..adik ipar jd org tgh jual aircond secondhand..lps byr deposit kwn suami x jd beli..mslhnya duit deposit dia x bg pd pemilik..km jg dilarang berhubung dgn pemilik aircond.. Bila berlanjutan berbulan2 sy contact pemilik aircond..dia x tahu menahu ttg deposit tersebut..nak elak malu km settle dgn kwn suami..adik ipar ambik kesempatan x nak byr bila dia th km dah settlekn.km bercadang nak buat report sbb adik ipar ni mmg dah byk kali putar belit org lain..adik beradik smua dah puas nsht..

    ReplyDelete