Awal tahun 2012, hidup aku dah mula menunjukkan perubahan. Sama sekali dalam bentuk persahabatan. Semua berlaku pada malam sambutan 2012. Bergaduh dengan seorang kawan. Yang memberi aku nilai baik buruk persahabatan dan kekeluargaan.
Bulan Februari, aku berjaya keluarkan sebiji kereta untuk bantu kawan aku dalam kesusahan. Dengan hasrat, dapat mengubah hidup beliau dan keluarganya. Jadi orang berguna.
Bulan April, lepas asik bergaduh dengan seorang kawan ni, aku buat keputusan pindah rumah untuk tinggal sendiri. Aku sewa rumah asing. Senang. Tak perlu bergaduh lagi. Aku dah tolong dia, keluarkan kereta untuk dia supaya dia berubah. Tapi masih sama. Lepas tu, aku jadi Presiden sebuah kelab opis aku. Satu cabaran buat aku.
May, aku ada sikit masalah dengan sorang kawan, sampai aku bergaduh. Sampai gegendang telinga aku bocor. Untuk kali pertamanya, aku ditempatkan ke wad Hospital Pantai Bangsar. Sebelum tu aku dah rancang untuk tenangkan diri dan sucikan hati di tanah suci Mekah.
Jun, tengah bulan ni, aku buat Umrah seorang diri. Seronok sangat. Seolah aku tak percaya aku dapat juga ke tanah suci Mekah. Aku rindukan sana. Seronok hidup penuh dengan ibadat. Terasa ringan untuk melakukan ibadat. Aku harap, aku dapat lakukan berkali-kali lagi masa akan datang.
Raya Ogos tahun ni sangat-sangat bermakna. Tak macam tahun lepas, tak puas langsung. Dah la raya pertama aku dengan famili orang lain. Tahun ni, aku nikmati puasa beberapa hari dengan famili. Raya pon rileks je. Sebelum tu, masa bulan puasa, aku ada wat kerja jahat. Aku amik balik kereta yang aku tolong kawan tu. Nama kereta tu atas nama aku. So, aku berhak amik semula. Bukan nya aku hadiahkan pada dia pon. Tak guna aku wat baik pada kawan aku tu sedangkan dia suke tipu aku. Sampai last day sebelum aku amik kereta tu pon, dia masih tipu aku. Aku tahu segalanya. Aku kan ada ramai perisik. Hahaha... Serius.. Aku pasang perisik pelusuk negeri. So, berani dia tipu aku kan? Memang silap la. Aku amik balik kereta tu, aku jual dekat seorang kawan. Dia beria nak pakai kereta tu. Nak bagi deposit RM2k katanya.. Tunggu.. Bersambung bulan 12 nanti..
September sampai lah November ends, aku hidup biasa-biasa. Enjoy life sendiri. Aku kan dah duduk sendiri. Tapi aku ada seorang kawan tinggal dengan aku. Dia dari Sarawak, nak kerja KL. Tapi tak tahu permulaan dan kesambungan hidup agak terhad. Aku pon sunyi hidup sorang. Lepas raya ritu, aku pelawa dia tinggal dengan aku. Aku tolong dia. Kot-kot dia berjaya jumpe punca rezeki dia kat sini sape tahu kan. Pada bulan September jugak, aku ke Pangkor. Berehat, tenangkan diri dengan opis mate. Ops.. Aku lupa sampai sekarang nak buat entri ni. Tak pe.. Next time ok..
Disember.. Bulan ni penutup cabaran aku kot.. Haha.. Nak tahu? Sal kereta yang aku cakap tu. Kawan aku ni asik ada problem. Aku syak dia tipu aku. Yes.. tak syak jugak, memang ada. Dari bulan lepas-lepas lagi dah. Cakap nak bayar. Sedar-sedar, dah 2 bulan tak bayar. Sedihkan.. Dia tipu aku. Bila aku soal siasat, dia ngaku, dia ada tipu aku sebab nak jernihkan keadaan. Dia tak tahu yang dia menambahkan keruh. Aku dah mula sentap. Pada bulan 11, dia tak bayar, dia diam je tak bagitahu aku. Yang 2 bulan tu dia dah settlekan sebulan. Yang bulan sebelas pulak, dia tak bayar. Sampaikan bank call aku. Aku soal siasat lagi. Dia cakap dia kene ragut. Ok.. Takpe lah kene ragut, tapi dia pandang mudah dengan tak bagitahu aku. Dia janji nak bayar 7 hb Dec, tapi dia tak dapat bayar lagi, dia tak bagitahu aku pon. Sabar.. Dia bayar 10hb Dec. Aku bincang dengan dia, aku nak amik semula kereta tu. Biarlah.. Aku bagi diri sendiri kesenangan, aku tangung sendiri kesusahan. Lebih baik daripada aku bagi orang kesenangan, tapi orang bagi aku kesusahan. Minggu lepas, aku amik semula kereta tu. Kawan aku tu, masih hutang aku 2 bulan. Belum lagi hutang lain yang aku halalkan pada dia. Takpe lah, harap dia bayar yang 2 bulan tunggakkan tu sudah la..
Now.. Menantikan tahun 2013. Aku berharap sangat, hidup aku lebih cerah. Lebih bermakna pada diri sendiri. Aku tak sanggup dah nak tempuh duka. Tak sanggup kene tipu. Tak sanggup ada kawan yang hanya nak amik kesempatan sahaja.. Aku taknak ingat lagi apa yang berlaku pada tahun 2012 ni. Sangat-sangat hitam. Ini aku macam nak cerita juga sal kenapa aku cakap hitam ni. Tapi tunggulah aku ada masa terluang, aku ceritakan.. Untuk tahun 2013 ni, aku tak berazam nak berubah ke ape, cukuplah moga iman aku lebih teguh, lebih kuat. Aamiin.....
Terima kasih kerana membaca
Sila ke My Blurbs untuk info menarik
No comments:
Post a Comment