Labels

Showing posts with label Apa Kata Survey. Show all posts
Showing posts with label Apa Kata Survey. Show all posts

Monday, January 03, 2011

9 Perkara Mesti Korang Pon Terfikir Sama

Da lama nak buat entri ni
Sebab macam sume orang pernah alami
Cuma tak dibincang secara komersial jerk
Hahaha...


Mesti korang Pon Terfikir Sama
Macam Asrol Mania

  1. Bila nak jerk takda, bila taknak, ada jerk depan mata. Entah dari mana jerk muncul sebab nak bagi kita nampak. Bila kita carik, macam ada kat situ, macam ada kat sini. Kadang-kadang, perasaan yakin ada kat sesuatu tempat tu kuat jerk, tapi bila carik takda la plak.
  2. Time lesen mati, ada jerk roadblock. Time lesen tak mati, lalu la 10 jalan sehari pon, takda plak roadblock. Nak-nak, baru jerk mati rini dan tak sempat sambung, terus jumpe polis ke, JPJ ke buat roadblock.
  3. Bila takda duit, ada jerk barang peribadi yang habis. Sabun la, syampu la, ubat gigi la. Itu time kite takda duit.
  4. Bila ada duit plak, ada jerk barang yang rosak. Nak-nak motor ke, kete ke yang rosak. Dapat bonus jerk, motor trus buat hal, kene tukar itu la, ini la..
  5. Bila nak kuar or berjalan jauh, mula la perut meragam, asik nak buang air kecil, nak buang air besar. Time duk umah, takda plak rasa macam tu, kadang-kadang buang air sekali jerk sehari. Bila nak naik bas, 2 3 kali buang air sebelum naik bas.
  6. Bila puasa, tengahari tu terfikir "Kalo bukan bulan pose ni, aku da beli air tin ni minum", bila tak puasa, "Nak beli air tin macam mahal, tunggu la balik umah minum air"
  7. Bila kita set time nak tengok tv especially Astro yang banyak channel tu, takda plak citer best, bila kita nak kuar or gi kije, bukak kejap tv sementara tunggu kawan or tengah bersiap, bukan main best citer kat tv tu. Macam tak jadi jerk nak kuar.
  8. Time kije, bangun pagi macam penat jerk, mengantuk sangat. Time cuti, segar plak mata ni bangun tido. Padahal hari tu cuti.
  9. Yang ni lagi best, macam skarang. Esok aku kije, tak mengantuk plak mata ni. Semalam, kol10 malam bukan main ngantuk lagi sedangkan hari ni aku dapat cuti sempena tahun baru. 
Ada banyak lagi
Malas nak fikir
Esok kije
K la.. 
Aku nak peram mata dulu, nak tido.. 
Kang esok tak pasal-pasal ngantuk kat opis... 
Salam....

Wednesday, December 22, 2010

5 Ayat Komen Yang Hangit

 
Tahniah ! ! !
Anda dapat komen hangit
Susah nak dapat ni
Hanya untuk blogger yang
Tak penah jawab pertanyaan
Tak penah komen blog pengomen
Tak penah bagi respond
Tak penah blog walking
Tak remove word verification
Pendek kata sapa tak puas hati bab komen mengomen
Amik ayat ni bagi kat orang tuh
Wakaka

Apa lagi
Apa kata survey la...

5 Ayat komen yang hangit


1- Tak penah jawab pertanyaan
"Betol da kot apa tuan tanah cakap, nak tanya pon, tuan tanah tak penah plak jawab soklan sebelum ni. Stuju jerk la ngan entri ni."

2- Tak penah komen blog pengomen
"Alamak, tersalah plak komen sini, Sorie.... Owner marah ke tak erk, sebab dia bukannya penah komen blog orang. Mesti dia tak suke orang komen blog dia."

3- Tak penah bagi respond
"Nak bagi pendapat pon, tak tau bertepatan ke tak ngan entri ni. Kalo tengok entri lepas-lepas, kita komen pon macam takda respon jerk. "

4- Tak penah blog walking

"Entri ni macam berguna, boleh amik ni. Empunya blog pon bukan tau kot kalo aku amik, sebab dia macam tak penah datang blog aku."

5- Tak remove word verification
"Macam susah jerk nak komen sini. Makan masa. Kene isi 'borang' bagai."

Hahaha...
Hangit tak?
Kalo tak cukup hangit
Asrol Mania mintak korang tolong hangitkan lagi
Bleh?

*Kalo ada sebarang permintaan/pendapat/cadangan untuk buat survey, sila Hubungi Asrol Mania. Asrol akan bagi credit untuk entri tersebut dengan meletakkan nama dan blog peminta.

Tuesday, December 21, 2010

8 Perkara awal dibuat blogger baru

Ingat lagi pe mula-mula korang buat bila bukak blog?
Asrol rasa sama jerk sume
Aku pon penah jugak lalui
Tapi kita ingat lagi ke?
Bila da lama-lama
Kita ingat kembali
Hehehe..
Jom kita imbau kembali
Perkara awal-awal kita buat masa bukak blog
Lain orang lain cara
Survey ni Asrol buat berdasarkan pengalaman sendiri
Tak kurang jugak bila tengok blogger baru sekarang
Apa kata survey?

8 Perkara awal dibuat blogger baru
 
1-Tambah widget sebanyak mungkin
Kalo boleh semua nak try. Klik button add widget kat bahagian design, pastu try satu-satu widget. Dengan kalendar la, jam la, slideshow dan sebagainya. Blog tu da nak jadi MySpace da. Hehe..

2-Masukkan lagu dalam blog
Kan Asrol ada cakap, dia nak buat blog ni macam MySpace. Mesti la nak try masuk lagu. Kikiki..  Hari ni lagu lain, esok lain plak. Haha..

3-Masuk entri mengenai diri sendiri
Entri awal-awal mengenai diri sendiri mesti ada. Cakap yang dia tu baru jerk bukak blog dan tak tahu nak buat apa, mintak orang follow dan bagi tunjuk ajar. Lepas sbulan, dia plak yang terror dan ajar orang. Hahaha..

4-Godek-godek setting blog
Bila widget da ada semua da ada, baru la nak setting blog. Tengok bahagian domain, termenung sebab fikir bila la aku nak ada domain sendiri. Ekeke..

5-Cari template best
Lepas setting da ok, baru la tengok page. Tengok dan menung blog sendiri. Terasa nak tukar template best la. 2 column, 3 column sume nak try. Hehehe..

6-Masukkan Chatbox
Okay.. Masa untuk berkomunikasi. Tambah ruang chatting. nanti boleh chatting. Dan kita tak tau lagi masa tu, chatbox bukan untuk berchatting bagi blogger tapi untuk cakap, "Saya datang melawat ni, sila la klik sini melawat blog saya balik". Sebab tu sekarang Asrol da buang chatbox tapi sediakan page Contact. Sape2 ada pertanyaan atau pape, boleh jerk contact Asrol dari situ.

7-Follow sebanyak mungkin blog
Da settle semua, blog pon da lawa. Start la jenjalan blog lain. Follow sebanyak mungkin pastu komen "Saya suka la blog ni, menarik". Balik blog sendiri, kenapa takda orang follow aku? Takda entri best kot.

8-Copy paste entri orang
Mula la copy paste entri orang lain punya entri. Cerita lawak ke, info ke, berita ke.. Semua dia copy masuk blog sendiri. Supaya pengunjung tak bosan. Bila da lama sikit, da pandai cari maklumat lain. Pergi kuar mana-mana, terfikir nak amik gambar masuk blog.

Sekarang
Korang tengok la di mana korang
Sudah expert kan?
Mesti da ramai follower kan?
Tahniah
Teruskan usaha korang
Bagi yang terbaik kepada blog korang
Jangan buli blogger baru plak..

Monday, December 20, 2010

6 Perkara Blogger Yang Berkira

Dalam dunia realiti kita
Keadaan berkira selalu jerk ada
Tak kesah la bab derma ke, tolong-menolong ke, kongsi ilmu ke

Tapi dalam dunia maya blogging pon ada
Tak la semua
Mungkin ada segelintir
Entri kali ni bukan nak bercakap tentang tips
Tapi sekadar pendapat sahaja
Tak salah kalau kita mengkaji
Betoi tak?

So, Asrol Mania cuba kaji perangai berkira dalam berblogging
Kat mana yang kita boleh berkira?
Jom
Apa kata survey

1) Nak komen tapi komen da banyak
Bukak jerk entri orang, baca abes... Pastu nak komen. Tengok-tengok komen da banyak. Malas la nak komen. Komen dia da banyak. Entri aku pon tak banyak macam tu orang komen. Wink..

2) Huh, owner ni tak pernah komen blog aku
Nampak entri macam menarik kat dashboard. Pastu klik dan baca. Bila nak komen, tengok dulu sape owner dia. Huh.. Dia ni, tak penah pon komen kat blog aku. Malas la nak komen kat blog dia. Jadi silent reader sudah...

3) Malaslah nak klik iklan dia
Kat blog sendiri, "Klik la iklan aku ni", kat blog orang, "Malas la aku nak klik, nanti dia yang dapat dwet/BE". Hahaha... Ada kot orang macam tu kan..? Asrol letak iklan kat blog sendiri tak fikir pon nak dwet sangat, just nak bagi ceria jerk blog ngan iklan.

4) Kalo dia follow aku, baru la aku follow dia
Ping blog kat mana-mana.. Lepas tu tulis, "Follow la blog saya, nanti saya follow blog awak." Macam ni ok lagi, kalo dia komen blog orang yang dia tak komen, then dia cakap macam tu? Sewel sangat... Hahaha..

5) Tak nak la follow, dia da ramai follower
Ni bagi yang suke "i follow u, u follow i". Wah, member dia da ramai, malas la aku follow dia. Bukan follower aku bertambah pon. Haha.. Kalo blog tu macam best entri dia, follow jerk la. Kalo tak best, takyah follow. Ni macam pertandingan follow-follow plak. Haha..

6) Ceh, aku komen tak penah reply
Nak komen kat entri orang tapi ingat yang lepas-lepas, owner tu tak penah reply komen dia. Hanya publish jerk. Sebenarnya mana dia tau komen tu direply ke tak? Subscribe komen pon tak. Haha.. Asrol suke subscribe komen kalau komen atau entri tu macam penting. Baru la ada 2 way interaction.

Okay.. Jangan terasa yerk..
Kalo terasa, ubah la diri tu
Berblogging la seikhlas hati
Wakaka

Sunday, December 19, 2010

7 Ciri Tajuk Entri Terbaik

Kadang kala bila kita post
Takda orang pon datang komen
Padahal ada entri-entri tertentu ramai giler komen
Sebabnya
Tajuk memainkan peranan penting jugak
Ada tajuk yang sepatah
Ada tajuk yang da macam kesimpulan pon ada
Wakaka

Tajuk macam mana yang sesuai erk?
Asrol Mania da buat survey sendiri
Jom
Apa kata survey?

1) Tutorial
Jika entri kita berkaitan tutorial, kita sesuai letakkan perkataan Tutorial dalam tajuk kita. Biasanya perkataan Tutorial diletakkan dalam kotak sebelum tajuk. Contohnya:
[Tutorial] Memasukkan laman web ke dalam blog
Bila tajuk macam ni, pelayar mudah nampak entri tutorial. Dan mudah dicari menggunakan enjin carian.

2) Persoalan
Bila kita membuat persoalan, pembaca yang prihatin mudah tertarik kerana ingin memberi nasihat atau pendapat tersendiri. Contoh tajuk persoalan:
 Korang rasa aku kena terus terang atau tak?
Jika komen mereka mantap, pembaca lain mudah berkunjung ke blog pengomen tersebut. Kebanyakan pembaca blog mudah memberikan komen walaupon tidak membantu tetapi memberikan komen

Entah la nak cakap, benda ni subjektif la.
ataupon
Try search kat google. Ada kot

Thanks.. Baik takyah komen. Tapi kalau pembaca tak komen macam tu, kita pon kadang-kadang tak terfikir jugak. Hahaha...

3) Dwi bahasa
Tajuk dwi bahasa mudah tersenarai dalam enjin carian. Kerana, kadang kala, pelayar akan cari sesuatu maklumat dalam bahasa Inggeris. Pelik tapi itulah kenyataan. Penulisan tajuk dwi bahasa ada 2 cara:
  • Gabung 2 bahasa
Potong gambar menggunakan Photoshop | Crop picture using Photoshop
  • Campuran bahasa
Memudahkan post tersenarai dalam Search Engine Optimization (SEO)

4) Lucah / Makian
Jarang kita nampak tapi skali nampak mesti kita tengok kiri kanan dan klik laju-laju. Haha.. Lucah ni tak melampau la. Kenapa kita suka klik entri yang tajuk macam ni? Sebab jarang kita dapat info yang sensitif macam ni. Contoh perkataan yang digunakan: kemaluan, seks, lucah, bodoh, gila dan sebagainya. Kalo Asrol jarang nak klik entri macam ni sebab orang yang buat entri macam ni propa smata-mata or saja nak meraih simpati. Tapi kalo yang tak biasa or sporting, mesti klik. Samada nak kutuk balik atau layankan saja...

5) Statistik
Masukkan sekali angka dalam tajuk. Mesti ramai tertarik dengan angka. Apa jua entri kita, angka memainkan peranan penting. Sebab angka sebagai objek sokongan dalam entri kita walaupon entri kita bersifat penceritaan biasa. Contoh tajuk statistik:
10 000 orang masih tak sedar diri
Sakit betul hati aku macam ditikam 10 kali
Jam tangan RM2000 yang tak lawa

6) Sindiran Tajam / Sarcasm
Entri macam ni boleh jadi perdebatan hangat dari pembaca. Sindiran tajam pon ada 2 cara.
  • Reverse psycho
Kita tak setuju tapi tajuk macam setuju dan guna ayat menyindir. Tajuk macam ni kene hati-hati sebab ramai boleh salah faham. Contohnya:
Bestnya tak pakai tudung: Kan best kalau tak pakai tudung, boleh bergaya kat pasaraya. Mak ayah pon tak malu kalau jiran-jiran cakap anak diorang terlalu bersosial.
  • Terus terang
Yang ni kita cakap terang-terang lagi. Pembaca pon mudah faham dan ayat boleh menjadi sensitif. Contohnya:
Ko tak bertudung, tak jaga hati orang tua langsung: Ko tak fikir ke? Ko tak bertudung, bergaya pergi pasaraya. Mak ayah ko yang tanggung malu jiran-jiran duk cakap ko terlalu bersosial.

7) Perkataan Yang Sukar Didengari
Jika kita nak buat sesuatu entri, cuba cari perkataan yang orang susah nak dengar. Kalau ada la. Dalam Bahasa Melayu ni ada banyak perkataan yang jarang kita dengar. Yang tu la buatkan orang lain mudah nak tahu. Contohnya: 
Marcapada yang semakin rosak kerana kita
Mesti korang nak klik kan? Sebab nak tau apa maksud "marcapada". Dalam entri, kena la bagitahu apa itu "marcapada". Marcapada sebenarnya perkataan Bahasa Melayu yang bermaksud dunia sekarang ini. Kalo tak caya, try la cari dalam kamus dewan. Hehe.. Ada banyak lagi, tuntasnya(keseluruhannya), drastik(cepat), oligasi(semangat).. Skali skala boleh la buat tajuk entri macam ni.

Thursday, December 16, 2010

5 Salah Tafsir Tentang Blog

Orang bukak blog
Kita bukak blog
Puas dengar orang berfacebook
Dengar orang berblog plak
Pastu teringin nak bukak blog
Tapi tak tau ape blog sebenarnya
Ni la gejala yang ada dalam dunia blog skarang
Masalah sosial dalam blog
Hahaha
Aik aik..
Jangan terasa dulu
Tapi mungkin salah satu survey Asrol Mania
Terkena pada anda
Survey ni tak cakap kat sapa-sapa
Ini cuma survey
Jom.. Apa kata survey

Lepas perasaan
Diorang fikir blog ni untuk lepas perasaan jerk. Bila ada perasaan, baru la buat entri untuk dilepaskan. Kalo takda entri, maknanya dia takda perasaan la tu. Skali dia lepas, ada la, dia duk kutuk situ sini. Tapi sendiri takda moral. Orang macam ni hanya berpegang teguh bahawa blog adalah diari semata-mata, dia tak explore lebih-lebih pasal blog.

Menunjuk-nunjuk
Blog adalah tempat untuk menunjuk-nunjuk keburukan diri sendiri, orang lain, bermegah dengan apa yang ada dan sewaktu dengannya. Perlu ke? Dedah aurat sana-sini, masuk blog. Nak tunjuk la dia tu seksi. Itu lah kegunaan blog bagi dia. Bosanla blog macam ni, ada entri jerk, ada la tu yang dia nak buat kita jeles. Takda pape yang menarik pon dalam blog macam ni. Masuk jerk, baca entri tapi takda info atau moral.

Tempat untuk follow
Follow sume blog yang dia lawat dan tinggal pesanan kat shoutbox "saya da follow awak, awak follow la saya balik". Wakaka.. Dia ingat ni ape? Da follow orang, takyah la nak orang follow balik. Kalo kita minat blog seseorang tu, minat pada entri diorang, kita follow la. Kalo orang tak follow blog kita, maknanya entri kita belum cukup mantap la tu. So, baikilah entri kita supaya jadi menarik dan membuatkan orang nak follow kita sebab nak tahu entri menarik dari kita yang terkini.

Cari populariti
Semua entri untuk menaikkan diri sendiri. Bukan untuk berkongsi maklumat tapi untuk puji diri la, mintak simpati la, tunjuk kesian la.. Macam-macam hal. Dalam dunia sebenar, dia ni susah nak dapat perhatian. So, semua entri dia adalah untuk menaikkan populariti. Contoh? Mudah saja, dia buat entri pasal kelebihan dia, pastu dia komen banyak-banyak kat page orang supaya orang datang page dia dan komen kat entri dia dengan puji memuji dia. Mudah kan? Entri dia? takda pon yang boleh bagi manfaat.

Nak up trafik smata-mata
Masuk ntah blog sapa-sapa, pastu komen merapu walaupun tak berkaitan dan tinggalkan pesanan "Sila la klik sini". Sebab dia nak orang datang blog dia. Dia palk, kalo orang tinggalkan link kat blog dia, dia akan cakap, "tak yah la, dia da datang blog aku, buat pe aku nak gi blog dia". Haha.. Orang group ni jugak jenis, entri best-best, tapi dia tak layan orang komen blog dia, asalkan orang datang sudah. Dia akan usaha cari entri yang best-best. Kesannya, takda two way interaction. Dia bagi info, orang komen bagi soalan tentang info, dia tak hirau da. Asalkan orang datang sudah.

Kesemua salah tafsir tentang blog ni
Menyebabkan ilmu tak mengalir
Sebab masing-masing syok dalam dunia blog sendiri
Dia tak fikirkan proses cycle ilmu
Harap korang semua dalam golongan blogger berjaya

Wednesday, December 15, 2010

5 Ciri Entri Sedap Di Baca

Setiap orang masuk blog mestilah membaca
Tapi ada jugak yang suka paste link jerk kat chatbox
Wakaka
 

Kali ni Asrol nak cakap untuk mereka yang suka membaca jerk la
Yang berblogging mengarut meraban tu
Tolong paste link yang korang siap copy tu kat ruang komen cepat-cepat
Bagi yang masuk blog orang dan suke membaca
Info ni untuk anda
Sebab, bila korang masuk dan baca entri orang
Anda akan cakap
Kenapa aku boleh jerk baca orang punya
Tapi aku punya entri macam tak best jerk
Sebabnya mudah jerk
Jom apa kata survey


Sertakan Gambar

Kalo boleh, setiap entri, sertakan gambar sekurang-kurangnya satu. Kalo entri takda langsung gambar berkaitan, masuk la gambar lawak ke, gambar sekadar hiasan ke, yang ada kaitan sikit-sikit ke.. Pak cik Google kan ade.. Bagi yang suke watermark pada gambar, tolong jangan tampal sampai halang gambar. Potong stim betol la. Hias la sket entri dengan gambar okeh.


Ringkas

Tak perlu tulis panjang-panjang. Banyak lagi blog orang nak gi baca. Tak perlu nak buat ayat potong banyak-banyak. Bila banyak sangat, da jadi tak lawak da entri tu. Biasanya bila kita gelak lebih-lebih, gelak pon da tak menjadi kan? Macam tu la jugak entri, bila lawak lebih-lebih,entri pon macam over la plak. Meluatkan bila penulis blog over-over buat lawak.


Padat Dengan Info

Kalo entri panjang berjela tapi takda pape, baik tak yah merepek panjang-panjang. Betol tak? Pastikan setiap entri kita, padat dengan info. Walaupon entri tu kesah kehidupan kita seharian, pastikan ada diselitkan moral dan pengajaran. Bukan entri kosong. Kalau entri berkaitan persoalan bagi kita, luahkan sedikit pendapat kita dan barulah minta pendapat orang lain. Ni tak, kita bangkang sesuatu tapi kita sendiri tak tahu punca kita bangkang tu kenapa. Kita biarkan entri kita tu dapat bagi sedikit impak kepada pembaca. Contohnya, kita komen mengenai isu bas terbalik, akhir entri komen kita tu, luahkan cadangan atau kesan dari isu itu.


Sediakan Link Atau Sumber Berkaitan

Ada blog-blog yang suke copy paste info atau cakap sal info terkini atau berita, sila sertakan sekali reference atau URL. Kalau amik dari gambar, sila masukkan sekali gambar. Baru la pembaca mudah terima akal. Kadang kala, kita bagi sesuatu info, tapi entah dari mana dapat pon tak tau. Bila duk copy paste banyak kali, fakta boleh berubah. Pembaca yang baca plak, "Ala, yer ke dia nih? Nak percaya pon takda bukti". Sebab tu la, akhir entri, sertakan entri berkaitan atau sumber dari mana kita dapat.


Perkataan penuh

Takda short form sangat okeh. Susah otak ni nak proses. Kalo sesama bangsa boleh la paham, kalo bangsa lain? Memang kene maki la kot. Haha.. Yang short tu yer la, kuar plak perkataan gedik, 'dyer', 'kiter', 'kamoo', 'caye', 'owang', .. Sampah menyampah betul la. Nak nak kalo laki yang tulis camtu. Auww.. Geli jerk.. Jaga la bahasa kita. Kalau kita duk tulis shortform, ayat gedik camtu, search enjin susah nak jumpa, sebab pelayar akan cari sesuatu maklumat melalui suku kata yang betul dalam sesuatu bahasa. Contohnya, kalau kita tulis "shedapnya mkn ciput cedut ney.." tapi pelayar akan cari "sedapnya makan siput sedut ni"..

Sudah faham?
Tu jerk Asrol Mania sempat fikir buat masa ni
Apa yang perlu Asrol Mania cuma berkongsi
Takdanya nak kutuk sapa-sapa
Tapi tu la hakikatnya
Bila kita tak ditegur, perkara baik takkan sampai

Jangan fikir apa yang nyata
Tapi fikir apa yang disebaliknya
Jangan baca apa yang orang tulis
Tapi baca apa yang orang maksudkan
-Asrol Mania

Kalau ada sebarang nak di kongsi atau pertanyaan, sila klik menu Hubungi Asrol Mania

Tuesday, December 14, 2010

6 Kesilapan Pemilik Blog

Asrol buat survey lagi
Kali ni kesilapan korang pada blog sendiri
Ish ish ish..
Ada jugak ke buat silap pada blog sendiri?
Kamu seorang blogger jahat
Wakaka
Jom..
Apa kata survey?

6 Kesilapan Pemilik Blog
1- Pasang lagu pada blog
Eloppp Asrol.. Salah ke letak lagu kat blog? Salah sangat kalo lagu tu kuat. Bila pengunjung bukak page, pastu tetiba kuar lagu kuat, trus tutup page tu. Kita takleh kontrol lagu tu kuat ke slow bukan?
Tapi apa kata korang guna software MP3Gain pastu bagi slow lagu tu ke 30-40db
Kemudian upload ke 4shared, baru embed ke blog korang

2- Pasang iklan banyak-banyak
Nak cepat kaya punya pasal, join sume iklan. Korang tau tak, setiap iklan akan load js file, kadang-kadang proses download dan loading image dari js file amik masa yang lama. Pengunjung yang malas nak tunggu page loading akan tekan button back kat browser. Hehehe..

3- Owner tak interaktif
Da ada blog, tak plak dia layan orang datang blog. Berabuk orang komen kat blog dia, dia langsung tak pedulikan. Setiap komen perlu mederation, tapi owner hanya publish jerk. Takda respon. Bagi soklan pon tak jawab. Erm..

4- Letak kod verification kat komen
Leceh la camni, setiap kali nak komen, kene masukkan kod verification. Kalo kod tu mudah faham tak pe. Ni berbelit-belit, adakalanya kena masuk 2 3 kali. Memang tak la.. Disable la kod verification tuh.. Benda tu untuk elak spam jerk. Rasanya tak penah kot ada spam kat blog.

5- Iklan yang mengganggu
Bagi kita memang la tak kesah tentang iklan. Sebab kadang-kadang kita tak penah bukak blog kita, kita hanya bukak blog orang. Kalo bukak blog kita pon, kita hanya view jerk. Sedar tak sedar, ada widget yang kita masukkan kat blog sediakan iklan skali. Bila klik jerk, kuar iklan iPhone. Kadang kala sampai 3 4 window skali popup iklan kuar.

6- Blog yang tak user-friendly
Carik butang komen tak jumpe, label tak jumpa, entri-entri lepas pon tak jumpa.. Yang ada flash bagi ikan makan la, jam la, bumi berputar la. Pengunjung masuk blog macam tak tau nak buat apa pon. Cuma baca entri kat depan jerk. Pastu komen, tu pon kalo jumpa butang komen. Sekurang-kurangnya, letak la label ke, sedikit maklumat pasal diri ke, senarai entri pilihan owner kew sebelah sidebar tu. Widget yang papar info menarik ke lagi bagus. Tak pon, buat widget text jerk, pastu masukkan info menarik sikit. Ubah-ubah la seminggu sekali. Contohnya, Tahukah anda? Menarik.. Info terkini.. dan sebagainya...

Saturday, December 04, 2010

12 Kesilapan Kita Berblogging

Pernahkah kita terfikir betul atau tak cara kita berblogging? Sebenarnya Asrol Mania dah buat survey selama sebulan darisegi pemantauan dari blog ke blog. Perasan atau tak, Asrol Mania tak blog walking selama seminggu pada blog tertentu, disable shoutbox, entri berkaitan maklumat, komen dengan backlink dan sebagainya. Jom kita tengok keputusannya.


Ini kesilapan kita
  1. Buat pertanyaan pada blog lain tapi kita tak update kembali pertanyaan tersebut sudah mempunyai jawapan atau tak
  2. Kita set komen kita perlu approval tapi kita tak balas kembali komen tersebut, lebih baik kita tak perlu buatkan?
  3. Kebanyakan kotak komen yang ada word verification membuatkan ramai yang kurang berminat untuk komen kerana leceh.
  4. Mengecewakan apabila kita langsung tidak menyampuk kembali komen dari pengunjung blog kita
  5. Memang lawak shoutbox adalah untuk tinggalkan backlink semata-mata dan bukan untuk berbual sesuatu dengan owner
  6. Kita melawat blog lain tapi langsung tak tinggalkan sebarang step foot, at least tinggalkan sedikit komen atau kata-kata pada blog.
  7. Kita berkira, kalau orang tu tak komen blog kita, kita tak komen blog orang tu
  8. Kita membuat komen tetapi tidak meninggalkan backlink
  9. Lagi silap, kita hanya tunggu orang bagi backlink untuk lawat blog mereka
  10. Lebih silap, kita tidak komen kembali blog pengomen blog kita
  11. Paling silap, kita langsung tak blog walking tapi hanya tunggu orang datang berkunjung ke blog kita
  12. Last but not least, kita tak menjawab soalan yang diajukan oleh blogger walaupon dalam blog kita sendiri.
Cuba kita kira, berapa kesilapan kita dalam senarai di atas?
Selamat berblogging..