Labels

Monday, January 14, 2013

Berusaha Beranikan Diri Sendiri Dan Jinakkan Sugar Glider


Salam..

Lagi kita cakap pasal Sugar Glider (SG). Yang lepas baru je cakap-cakap pasal ketabahan aku dengan SG aku yang datang entah dari mana ni sampai aku rasa ia terlalu garang dan takut.

Yes.. Aku pon seorang yang penakut okeh. Sebab tak biasa dengan binatang exotic ni. Haha.. Mana taknya, korang tau, aku pakai sarung tangan kain, 2 lapis.. Hulur kat SG, dia gigit macam nak hancurkan kain tu. Seyes seram seh.. Kalo aku tak pakai sarung tu, mau terkopak tak aku punya isi jari?

Mulanya aku beli sangkar baru, aku nak pisahkan 2 ekor tu. Sebabnya adalah, kalau mereka berdua, memang lagi susah la aku nak berbaik-baik. Lagi-lagi jika mereka berdua, mereka lagi susah nak berlembut dengan kita. So, terpaksa pisahkan buat sementara waktu.

Oleh kerana aku dah ada sangkar yang sesuai untuk SG aku, aku dapatkan sangkar yang berbeza pulak. Sebab sekor SG aku macam baik sikit. Tak garang. So, aku just nak meyakinkan diri aku je. Nak bagi aku berani. Untuk sementara ni, aku amik yang kecik je. Aku pilih sangkar untuk Hamster.


Oh! Dah sampai rumah aku, dah godek-godek bagi kurangkan sikit benda dalam tu, baru aku perasan, Susah pulak aku nak basuh pee poo diorang nanti. Dah la aku ni penakut. OMG, tak boleh jadi ni. Aku kena carik sangkar yang sesuai. Dah la mahal aku beli ni. RM98. Tak pe la, untuk keselesaan bersama, aku nak carik yang lain. Aku dah fikir dari awal, sangkar ni untuk sementara je, aku nak beranikan diri je dengan SG, kalau dah ok, aku pindah semula, lepas tu sangkar ni letak Hamster.

Aku pergi kemas dulu kat aku punya Guinea Pig. Aku pakai semula baju yang aku guna malam tadi bagi berpeluh, aku letak dalam sangkar SG aku. Bagi dia selalu hidu bau aku. Nak kurangkan kegarangan dia. Dalam tengahari macam tu aku jumpa lagi sangkar.

Malam tu, barulah gigih nak pindahkan salah sekor SG aku. Baju yang aku letak dalam sangkar tu, aku jadi kan perangkap, aku perangkap SG aku yang baik tu. Si Moja nama nya. Then, pindah masuk dalam sangkar baru.


Tada.. beginilah jadinya. Sangkar asal kat atas tu aku letak yang garang tu. Bagi dia noty-noty dulu. Aku tutup dengan baju yang berbau jugak sebab nak bagi dia hidu bau aku dan taknak bagi dia wat hal bila nampak Moja kat bawah. Masa aku letak Moja ni, aku ada gurau-gurau, main dengan dia. Dia tak crabbing da dengan aku.Baik je, cuma macam takut-takut sikit. Aku letakkan kain supaya masih hidu bau aku. Hahaha.. Malam ni kene tukar baju lain pulak tu. Bau aku pon bukan selalau macam semalam.


Tengok... Si Moja.. Dia macam biasalah.. Tenung je aku. Tak marah pon. Aku bagi dia gula-gula buah yang aku beli. Dia slow-slow datang amik. Tak macam si Reko ni. Geram aku..


Amik kau.. Duk sekor dalam tu. Kadang-kadang dia marah kat si Moja. Berebutu tempat tido. Aishhh... Dia ni terlalu protect diri sendiri. Aku bagi makanan pon marah kat aku. Tak patut betul la. Aku dah banyak bercakap dan tak berkasar dengan dia, pon dia masih tak berubah.

Nanti malam-malam aku balik kerja, nak kene selalu ngadap mereka la. Nak bagi mereka yakin yang aku ni tak sejahat yang mereka sangka.. Hahaha.. Mula-mula bagi si Moja ni dulu jinak.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

16 comments:

  1. Replies
    1. Yang besar tu 2feet je tinggi.. boleh la dia melompat dr dinding ke dinding.. hahaha.. pattern cmtu ada yg 3feet, tapi x jmpe plak.. tgk lam blog lain ada..

      Delete
  2. Reko dah jinak ke?sg sy pun masih lg garang.lalu kt sblah sangkar pun marah.blum serah jari lg.dah hmpir sbulan pujuk xmkn saman jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reko masih garang.. Si moja tu je baik kak.. senyap je.. tapi masih x jinak sangat. Lalu kat sangkar da x bunyi2.. Cuma nak pegang je la dia ganas sket. Sampai skang x berani pegang.. haha.. Kalau xnak dia bunyi2 kalau lalu kat sangkar, try slalu letak baju yang dah pakai tu. Saya buat macam tu la.. Sekarang da x bunyi. cuma mungkin masih takot2 lagi kot ngan manusia. huhu..

      Delete
  3. Kalau sye, sye jinakkan SG sye dlm 'sleeping pouch' dye..ble dye tido, sye slow-slow msukkan tangan sye..yang paling penting! Jangan trik tangan keluar kalau dye gigit..barulah die tahu yang kite bukan nye pemangsa..keSABARan juga sangat penting!! Gud luck!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seramnyer.. kwn saya ada cakap, SG dia dah jinak, tp masa SG dia tido, xleh kaco sebab SG dia pon akan geget dia. Tu dah jinak tu.. Hahaha... Geram nak pegang.. Dapat main ekor dia je dr luar sangkar.. Hahaha..Time dia dalam kebasahan sikit je baru nampak dia cam baik sket.. Kadang2 basuh sangkar dia, tpercik sikit air kat badan dia.. dia cam seronok nak main air.. siap hulur tangan nak pegang air.. masa tu dia baik sgt..

      Delete
    2. reko tu kecik lagi ke atau da besar ?

      Delete
  4. Replies
    1. wakakaka.. kalo igt2 blk mmg klakar jgk rasa.. now dah jual da suggies tu.. bela suggies mcm bela ular.. brani bg makan je.. pegang or belai x nak.. haha

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tak berlubang ke baju letak dalam sangkar tu?

    ReplyDelete
  7. Tak berlubang ke baju letak dalam sangkar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun.. diorg x geget pun baju tu.. diorg menyorok je..

      Delete
  8. nak tanya kalo kita g keje then tgglkn sg sensorg blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. balik keje, baju kita pakai tu letak la bhampiran dia biar dia kenal bau kita pagi petang.. sebab kdg sblm g keje elok, blk keje dia bising sb dia bau lain..

      Delete