Labels

Saturday, January 19, 2013

Kecelakaan Berbuat Baik


Buat baik seronok tapi tak seronok bila dibalas dengan kecelakaan.

Salam w.b.t...

KECELAKAAN adalah satu fobia bagi semua orang. Lagi-lagi atas apa yang rasa dia tak patut menerimanya. Samada itu takdir atau balasan, ia adalah sesuatu pengajaran. Nak atau tak, terima dengan Alhamdulillah..

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Salah ke aku berbuat baik? Tapi kita tak sedar akan salah ke aku menerima pengajaran? So, you must be strong.

Al Kisah..

Korang tahu kan pasal kereta yang aku cuba jual ritu. Aku tolong ORANG_1 beli kereta pakai nama aku. Lepas tu ORANG_1 buat perangai dengan aku seolah-olah tak sedar dek untung, tak tahu bersyukur apatah untuk berterima kasih. Aku tak minta dia balas kebaikan tapi hargai kebaikan dan meneruskan yang baik adalah perlu.

Aku amik semula kereta dari ORANG_1 dengan bantuan ORANG_2 yang berhasrat untuk meringankan beban aku dan ingin sambung bayar kereta aku. Lagipun, ORANG_2 tak mampu untuk mendapatkan kereta atas pinjaman bank. Ok, tolong ORANG_2 dengan harapan segalanya berjalan lancar.

Tak sampai sebulan, ORANG_2 telah buat perangai. Beberapa kali ada masalah nak selesai bayaran. Sehingga bulan terakhir, dia tinggalkan aku 2 bulan tunggakan. Kereta tu aku dapatkan semula sebab masalah bayaran oleh ORANG_2. Aku mintak ORANG_2 bayarkan tunggakan tersebut, tetapi ORANG_2 telah melarikan diri dari masalah. Pada satu hari tu, 2 hari lepas, aku cuba contact balik ORANG_2, call tak angkat, mesej tak balas. Kat FB aku nampak dia online, aku mesej kat FB pon dia senyap. Last-last, beberapa ketika, dia block aku dari FB. Sial..


Aku cuba buat report polis. Aku tahu, semua tu sia-sia. Polis? Apa je dia boleh tolong? Saman orang yang tak buat salah dan saman atas perkara kecil. Sedangkan aku ada masalah besar, dia tak boleh berbuat apa-apa. Sepatutnya polis adalah pengawas keadilan. Tak pe lah, aku tetap buat report polis.

Malang berganda

Ibarat malang berganda bagi aku dalam masa satu hari. Pada hari kejadian tu jugak, lepas aku buat report polis dalam jam 7.30 malam, aku balik ke rumah dalam jam 8.00 malam dari ofis. Dalam perjalanan, masa aku bawak motor, aku banyak fikir pasal masalah aku. Apa nak jadi dengan akau sekarang. Aku fikir macam mana nak atasi masalah, nak selesaikan masalah sedia ada. Lepas tu aku tersedar jap, aku dapat rasa, kalau aku berterusan fikir camtu, aku leh eksiden.

Jalan jem teruk. Biasalah, ada pukimak-pukimak yang bawak kereta tak berhati-hati. Tengok lorong kanan laju, tukar ke kanan, tengok lorong kiri laju, tukar ke kiri. Nak tukar tu, bukan nak tengok betul-betul. Bukan nak pastikan betul-betul jalan clear ke tak. Main redah je. Kebanyakkan nya perempuan la yang macam tu.

Takdir aku kan, ada sebuah kereta kat depan ni tiba-tiba tukar lorong dari kanan ke kiri. Kat selekoh pulak tu. Betul-betul kat simpang nak masuk ke Sri Permaisuri, Cheras. Kami nak terus ke Kajang masa tu. Aku agak, aku sempat nak mengelak walaupun brek dah tak berapa nak berhenti, tapi dari aku terbabas sendiri atau terlanggar kereta lain, baik aku langgar kereta yang sial tu. Impak slow je, tapi jari aku luka teruk sebab terlanggar kat cermin sisi kereta tu. Patah cermin tu. Jari aku? Agak teruk. Luka lain takda. Keluar lah betina bangang. Aku tak ketepikan motor aku. Aku biar je kat tengah-tengah tu. Aku berdiri sambil maki hamun perempuan tu kat tengah-tengah jalan. Kereta nak hon aku ke? Kereta yang buat hal. Kalau rasa aku yang buat diorg jem, sape yang mulakan? Lain kali bawak la hati-hati.


Yang aku kecewa masa tu, masa aku tazkirah, betina amoi tu sempat cakap, kereta dia pon alami kerosakkan. Aku pun tunjuk jari aku yang luka sampai darah menitik laju dari jari aku. Aku tanya, kereta rosak dia kesah, tangan aku ni yang melibatkan nyawa tak pulak dia fikir. Terus dia terkejut. Lepas dari tu barulah dia sibuk nak hantar aku ke klinik. Aku start motor aku balik terus kerumah dengan tangan yang berdarah tu.

Apa lah nasib aku masa tu. Aku terima dengan hati yang tenang. Aku balik rumah, aku berehat sekejap. Termenung dan istighfar.. Barulah aku cuci luka aku. Kali ni, pasal ORANG_2 tu, aku memang susah nak maafkan. Sebabnya, ORANG_2 ni dulu pernah tahu apa yang terjadi, aku dianiaya dengan ORANG_1. Tapi kenapa dia pulak yang buat kat aku macam tu. Semuanya aku serah kat Allah je.

Astaghfirullah al-Azim....
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

4 comments:

  1. cian nyer... sabar k. ujian yg Allah bg ni mesti ada hikmah di sebaliknya. semoga Allah permudahkan urusan saudara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fiq.. moral of the story, sentiasa berhati2 nak tolong org supaya kita tak pertikaikan takdir kita.. hihihi...

      Delete
  2. Kalau ko tak keberatan.... boleh aku tau kereta apa?

    kalau aku jadi orang ke-3 ok?

    Monthly keter ko berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud org ketiga ni macam mana erk? sebab kalau boleh aku pon xnak tgung rugi utk jual kereta ni. pape hal PM la.. asrolmania@live.com

      Delete