Labels

Wednesday, January 09, 2013

X-Klusif : Skandal Kewangan Asrol Mania


Ya Allah.. Aku mohon ampun atas salah silap aku padaMu dan seluruh makhlukMu ya Allah.. Sedarkan aku, bantulah aku ya Allah.. Bukakan segala pintu hati dan rezeki padaku ya Allah. Aku tak mahu tersesat dari segala kebaikan zat-zat Mu ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui yang terdahulu dariku, yang baik dan yang silap padaku. Aku lemah dari segalanya dan berikanlah aku kekuatan untuk mendapat walau secebis dari keberkatanMu dari duniaMu hingga akhiratMu.. Aamiinn ya Rabbal al-Amin..
- AsrolMania

Pagi tadi aku nak selesaikan sedikit perkara tentang masalah kewangan aku sekarang. Tahu kan apa masalah aku?


Skandal Kewangan Asrol Mania
2 tahun lepas, aku mula kenal seorang kawan. Sebaya. Dia cakap dia sedang amik master kat Lim Kok Wing Cyberjaya. Aku tak pasti. Tapi lantaklah. Mula aku kenal dia, masa tu jugak aku baru je keluarkan kereta Persona. Sebelum kenal dia aku dah keluarkan kereta.


Kawan aku ni asik pinjam kereta aku je. Aku tak kesah. Lepas tu, oleh kerana aku loan kereta tu dengan Maybank, dengan baik hatinya Maybank bagi aku Kad Kredit tanpa permohonan aku. Bank tanya nak ke tak. Aku cakap ok, boleh je. Aku sendiri tak berani nak pakai kad kredit sebab aku tahu aku tak layak. Kad tu aku pegang berbulan juga, aku tak pakai langsung.

Modus operandi
Kawan aku mula fikir strategi nak buka salun. Katanya nak share dengan aku. Bermodalkan duit dari kad kredit tersebut. RM5000. Sebahagian barangan dah beli, masih tak cukup.

Alang-alang nak mula perniagaan, dia minta aku buat lagi kad kredit dari CIMB. AKu pun mohon lagi kad kredit. Lepas. Dapat RM5000 lagi dari had kad tersebut.

Perniagaan dah mula. Kami pulak pindah tinggal sekali dengan ibunya kat Hulu Langat. Aku kerja pejabat macam biasa. Dia pulak usahakan bisnes salun tu. Ajak adik aku dari kampung kerja dengannya selama berbulan dengan hutang gaji. Maknanya, dia tak bayar lagi duit gaji adik aku selama beberapa bulan. Dia pun buat loan dengan Tekun atas nama kedai tu. Kedai tu dia daftar atas nama dia sorang sebenarnya. Duit kad kredit dia tak bayar. Dapat duit tekun, dia bayar gaji adik aku. Dia berniaga, macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dapat duit belanja, dapat duit, belanja. AKu nasihatkan dia berkali-kali. Kumpul sebulan, tolak la hutang. Dia degil. Kedai tu dia punya katanya. Dia pon mula buat hal. Dia pandai potong rambut dan segalanya, adik aku tak tahu apa-apa. Dia tinggalkan adik aku kat kedai, dia balik rumah, online facebook, rehat dan segalanya. Nak jadi bos. Lepas adik aku berhenti pon, dia amik staf lain, dia tinggal staf, dia duduk rumah, dia kan bos. Berlagak. Masa tu pon dia pulak pergi sambung study kat Kolej Segi Seri Kembangan.

Pada masa tu, bank call minta aku selesaikan kad kredit. Kawan aku tu langsung tak bayar. Aku buat loan dengan bank Islam pulak untuk selesaikan kewangan. Bank Islam bagi aku RM13000, tolak kad kredit yang cecah RM11000 lebih, aku hanya dapat RM1600. Masa tu juga kawan aku cakap, duit sewa kedai dia tak leh nak bayar, dia pinjam RM600. Aku kasi.


Lebih kurang bulan Oktober 2011. Kawan aku tu nak tutup salun. Tak mampu nak kejar, nak study la, nak kerja la. Lagi-lagi dia tengah praktikal. Dalam masa praktikal tu, dia berhenti belajar. tak tahan dengan tempat dia praktikal katanya. Nak cari kerja. Berbulan juga nak cari kerja. Duit dari mana dapat aku tak tahu. Sampailah..


Bulan Feb 2012. Sebelum ni dia pinjam kereta aku. AKu ke tempat kerja dengan motorsikal. Aku tak kisah la. Sebab jem dengan kereta. Dia mula nak keluarkan kereta sendiri. Senang nak ke kerja katanya. Dapat kereta, dia nak kerja. Mungkin nak berubah la. Keluarganya sangat susah dari dia kecil. Ayah takda sebab bercerai dengan ibunya. Kami tinggal bertiga dengan ibunya pada masa tu. Dengan niat nak dia ubah keluarganya, bantu ibu dia. Aku tolong dia. Dia nak keluarkan kereta, tak lepas. Sebab dia tak kerja. Penjamin pun takda. Aku cuba nasib guna nama aku. Aku dah tahu, nama aku mesti tak lepas sebab kad kredit yang aku settlekan dulu belum kemaskini dengan Bank Negara. Sungguh terkejut bila penjual kereta cakap, aku layak keluarkan kereta MyVi yang kami mohon. Bos penjual kereta tu tolong cakap dengan manager Ambank. Mungkin untuk kebaikan, aku setuju. Dah dapat kereta, dia mula cari kerja lepas beberapa minggu. Dapatlah kerja.

Mula buat hal. Kerja baru beberapa bulan. 3 4 bulan kalau tak silap, dia mula cakap ada masalah dengan supervisor la, staf la dan macam-macam lagi. Puas aku nasihat. Dia berkeras nak berhenti kerja. Masa tu, aku dah pon pindah rumah. Aku duduk sendiri. Sewa seorang diri. At last, dia berhenti juga. Sebulan lebih dia bersahaja. Cakap nak berniaga kat bazar Ramadhan. Aku bagi dia sokongan. Dia ada la jugak sebelum tu pinjam lagi duit aku dalam RM2500 nak beli laptop dan bayar hutang. Masa beli kereta tu downpayment pon ada aku tambah RM200. Banyar duit kawan dia la RM300 camtu lagi.


Masa nak puasa, dia nak pinjam lagi. Dia cakap dia sakit buah pinggang. Nak kene operate masuk tiub kat Columbia Asia Hospital kat Jusco Cheras Selatan tu. Nak RM1200 kot kos. Aku hairan, aku operate / presedur je kat telinga tampal gegendang bocor pon dah kene RM5900 kot. Aku dah mula stop nak bagi dia pinjam duit sebab aku syak dia tipu aku. Dia jual laptop yang aku pinjamkan duit dulu, dia beli laptop. Dia minta aku tolong jualkan, dapat lah RM750. Rupanya dia ke Penang. Lepak dengan kawan-kawan. Aku call, dia cakap ke Penang, tak jadi operate, tangguh sebab tak cukup duit. Tu pon ke Penang naik bas katanya. Padahal naik kereta. Aku dah tahu semuanya.

Aku dah pasang spy kat merata tempat. Betul aku cakap. Lepas dah banyak benda sangat dia tipu aku. Aku siasat sendiri. Apa yang dia buat, semua aku tahu. Mana dia pergi, semua spy bagi tahu aku. Dia ke Melaka lepas ke Penang pon aku tahu masa bulan puasa walaupon dia tak bagitahu aku. Cakap nak berniaga kat bazar. Takda kereta nak kereta nak kerja katanya. Aku dah mula meluat. Aku dedah kat sorang kawan pasal masalah ni. Aku namakan dia Tukiman (bukan nama sebenar). Kami berpakat nak amik balik kereta tu.

Niat aku nak amik balik kereta tu, sebab aku risau. Kereta tu atas nama aku. Kami takda apa-apa surat hitam putih perjanjian. Masa bulan puasa tu jugak aku amik balik kereta tu. Kawan aku tu ofer diri nak sambung bayar. Nak buat surat perjanjian apa bagai. Nak bagi deposit RM2000. Dari bulan Julai 2012, sampai ke Dec 2012, ada je alasan dia tak dapat bayar kereta. Tukiman pon dah mula tipu aku macam-macam jugak. Dia pernah pinjam duit aku dalam RM400 macam tu. Macam-macam alasan dia nak bayar. Gaji kene potong la, tak dapat gaji la. Aku dah cukup faham. Dia sendiri mengaku yang dia terpaksa tipu sebab terdesak. Aku dah mula hangin. Aku dah serik dan tak suka kene tipu. Dia suka putar belit cerita sama kawan aku yang dulu tu. Nak tak nak, aku terpaksa amik balik kereta tu. Pasal hutang duit RM400 tu, aku cakap, aku halalkan memandangkan dia pernah buat surat guam RM200 untuk kontrak jual beli kereta, aku tak nak sain dahulu selagi dia tak bagi aku deposit RM2000, tapi pasal kereta kereta aku tetap amik dan tunggakkan kereta aku minta dia selesaikan. Terlalu banyak masalah Tukiman timbulkan sampai 2 bulan tertunggak. Masa aku amik kereta tu bulan 12 tahun lepas. Kereta tu dah tertunggak 2 bulan. Dia cakap sebulan, lepas tu akur cakap 2 bulan.

Sekarang, aku terpaksa pakai 2 kereta dahulu. Aku dah usaha nak jual sebuah. Aku taknak pakai 2 2 buah. Bodoh kan aku? Tapi aku amik kereta tu sebab aku fikir, biarlah apa yang terjadi, biar aku tanggung kesilapan sendiri. Aku taknak dah tanggung kesilapan orang lain. Biarlah aku susah macam mana pon, asalkan masalah tu dari aku sendiri dan aku selesaikan sendiri. Puas hati aku. Daripada aku telan salah orang lain yang aku tanggung. Baik aku telan salah sendiri.


Sebelum tu, pasal ASB. Aku ada buat loan dengan Maybank untuk ASB. Sebelum aku amik kereta Persona. Aku rasa takda masalah kalau aku pakai ASB. Loan RM50000. Setahun boleh dapat hampir RM4000, boleh la nak settle Roadtax kereta, selesai mana hutang yang ada. Tapi silap aku. Aku ada terima takaful dari TM, sebab aku pakai Streamyx. Tapi lepas operate bulan Mei 2012 yang lepas, aku tak boleh claim rupanya kos pembedahan yang hampir cecah RM6000 tu. Masuk hospital sehari dapat RM300, aku boleh claim tapi terlalu rumit. Padahal pada bil dah nyatakan aku tinggal berapa hari kat hospital, kos berapa. Tapi nak nak claim terlalu rumit, aku terpaksa jumpa doktor yang rawat aku, yang periksa aku, yang operate aku. 3 orang doktor. Susah la. Nak kene amik tanda tangan, diagnosis perubatan. Doktor nak ke layan? Susah kot. Nak jumpa doktor yang kat bilik bedah, bukan boleh suka hati aku jumpa. Nak kirim surat, entah berapa hari pulak aku boleh dapat surat tu, entah-entah, surat pon boleh hilang. Aku pon nak stop la takaful tu, aku kosongkan duit dalam bank sampai aku terlupa pasal ASB. Bila aku nak settlekan ASB tu, aku call Maybank, Maybank cakap, sijil ASB aku dah kene jual dah. Takpe lah, bukan nasib aku la tu. At least, aku dah kurangkan pinjaman aku dengan bank RM50000 lebih. Lepas ni, aku kene la menabung sendiri. Untuk 2012, aku dapat la balik dividen aku. Tak sikit, dapat lebih dari yang aku jangka. Ingat nak settle la segala hutang selagi ada duit tu. Aku tak enjoy takpe lah.
----------*Tamat*----------

 Bersambung kisah aku tadi, hari ni aku ke pejabat pos, nak keluarkan dividen aku. Boleh la aku bayar sbulan untuk Myvi yang Tukiman buat tertunggak 2 bulan tu. Pastu aku nak renew roadtax dan insuran untuk sebuah je dulu kereta tu. Maybe Myvi punya. Persona sebulan yang bulan Dec 2012 aku extend sebab guna duit untuk ke Utara amik kereta. Nak settle bulan ni. Tiba-tiba Maybank call, cakap Persona aku tertunggak, minta aku bayar. Aku cakap aku memang nak settlekan hari ni. Dia cakap RM1000 lebih. Aku cakap, belum lagi 18hb. Dia cakap bulan Ogos 2012 aku tertunggak. Aku was-was. Tapi aku tak puas hati orang Maybank tu cakap kat aku, "Biasa la, yang kita bayar kita ingat, yang tak bayar susah nak ingat". Panas pulak hati aku dia cakap macam tu. Benda yang kita tak expect. Selama ni tak pulak bank ingatkan aku yang aku ada tunggakkan. Kalau aku tahu, memang aku cuba bayar awal-awal. Bulan Ogos kot. Takpe lah. Aku rasa aku teraniaya. Aku tak doakan buruk-buruk tapi aku tahu, Allah Maha Adil dunia dan akhirat. Mungkin salah aku jugak.

Aku ke Maybank, cuba nak tanya berkenaan kereta Persona aku. Aku nak tanya la bank kalau-kalau aku boleh jual atau surrender. Tapi akak tu macam busy sangat layan aku. Sampai aku terlupa nak tanya sesuatu. Macam tu erk.. Kalau nak kita masuk ASB diorang. Dari booth sampai ke tangga/lif diorang kejar nak bercakap dengan kita. Tapi bila hal macam ni, diorang macam endah tak endah.

Lepas tu, aku ke Ambank. Nak usha harga untuk Insurans dan bayaran kereta. Kot-kot aku boleh buat insurans dan bayar sebulan tunggakkan Tukiman tu dulu. Tapi aku hampa. Bukan dengan kerenah Ambank. Aku sangat-sangat puji dengan Ambank. Mereka semua tak pernah buat hal dengan aku. Malah bagi kerja sama yang baik. Akak tu tolong aku buat kira-kira untuk Roadtax dan Insurans. Dia tak tanya apa kemampuan aku. Akak Ambank tu mintak aku tangguhkan dulu Insurans dan Roadtax memandangkan tamat tempoh bulan Feb 2013. Dia cakap, tunggu dapat gaji dulu baru sambung. Buat masa ni, untuk elak pengeluaran surat penarikan kereta, dia minta aku bayar tunggakkan dulu. RM550. Sebab Roadtax dan Insurans dah cecah RM1100. Memang aku tak cukup beberapa ratus lagi nak settlekan semua tu. Takpe lah. Aku settlekan tunggakan dulu.

Aku mesej Tukiman minta dia bayarkan tunggakkan bulan ni. Aku ingatkan dia, tunggakkan dia adalah RM1100 dan sudah tentu belum sekali termasuk denda. Aku tak bagitahu yang aku dah bayarkan tunggakkan sebulan tu. Dia diam, tak balas lagi mesej aku. Macam biasa lah, dia susah nak balas mesej aku bila aku minta dia jelaskan bayaran. Kali ni, kalau dia nak berdiam diri dan taknak bayar. Aku terpaksa la amik tindakan undang-undang.

Aku rasa, aku sangat-sangat teraniaya sebab terlalu cepat percayakan orang dan terlalu mudah hulur bantuan untuk tolong orang. Akhirnya, kebaikan aku memakan diri sendiri. Pada yang pernah mengutuk dan mengata aku pasal silap diri sendiri tak pandai uruskan duit tu, pada Anonymous yang pandai judge orang tu, fikir la. Memang aku tak pandai uruskan duit, tapi puncanya dari mana? Silapnya dari mana? Jangan cepat hukum seseorang tanpa siasat.

Kepada mereka yang terlibat dengan hutang piutang ni. Ingatlah.. Jangan la nak berhutang dan membuatkan orang lain berhutang sebab korang. Insaf la.. Usaha la sendiri untuk dapat sesuatu, jangan fikir nak amik jalan mudah je. Tak yang mudah kita dapat dengan mudah, takda yang susah kita dapat dengan susah. Maknanya, yang mudah tu boleh jadi susah pada kita suatu hari nanti. Kalau dah berhutang, sila lah jelaskan.

Tengok keadaan aku sekarang, terpaksa tanggung hutang yang orang lain buat. Memang aku dah halalkan, tapi sekarang aku bercakap bukan sebab aku masih tak puas hati tapi aku bercerita atas apa yang sedang aku lalui sekarang. Sedih, pedih..

Petik dari FB Ustaz Don Danial:

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut...

Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )


Muhasabah diri sendiri.. Moga kisah hidup aku ni jadi pengajaran kat semua.. Salam..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

4 comments:

  1. Hanya kita dan allah sahaja yang tahu betapa sedih dan pedih....harap ko tabah melalui. Insyaallah tuhan akan bantu. *hulur tisu lap air mata sesama. ; (

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Kadang nampak hapie tapi sebenarnya aku tanggung dah setahun lebih semua ni.. Nak menyesal macam terlalu pasrah la pulak. Mana tahu, akan datang dapat ganjaran lebih dari sekarang.

      Delete