Labels

Tuesday, January 15, 2013

Moja Si Suggies Comel Ku Sayang, Cepat La Jinak


Lalala...

Aku dah macam takda modal nak cakap kat blog. Tapi ok la dari aku duk mengumpat sal orang yang tak kenang budi kan. Habuk pon tarak kebaikan apa..

Ni aku nak citer. Kan aku ada 2 ekor suggies. Sekor nama Reko, sekor lagi nama Moja. Si reko yang garang tu memang susah nak cakap apa la. Aku dah pindahkan si Moja duk sangkar asing.


Nampak tak kemanjaan Moja tu. Aku taruk baju aku yang dah masam dalam tu. Haha.. Masam ke sayang? Tak kot. Bagi dia hidu bau aku. Dia ni pon kadang-kadang garang. Tapi masa dia berdua la dengan si Reko. Lepas duk sendiri ni, si Reko dah takleh nak pengaruhi dia lagi dah untuk komplot benci aku. Masa aku amik gambar ni, aku baru lepas suapkan dia guna chop stick. Nak suap makanan guna jari memang tak lagi la. Aku sendiri yang takut. Haha..

Aku macam dah tahu kaedah mudah nak jinakkan suggies. Mereka ni kene duduk sekor diri dulu. Pastu kalau takut nak suap, dia pon takut dengan kita. Cuba guna sesuatu untuk main-main bagi dia makan. Contohnya macam aku, guna chop stick celup HPW, pastu hulur kat mulut dia. Lepas tu, dia sentiasa tunggu-tunggu kita suapkan dia lagi. Banyakkan bercakap dengan dia. Kalau nampak dia dah stabil, celup HPW tu guna jari kemudian hulur kat dia. Jangan kita palk terkejut atau berkasar dengan dia. Usap badan dia. Memang mula-mula dia terkejut dan nak pegang tangan kita. Tapi dia tak apa-apakan kita pon. Biasa la, bagi yang tak biasa dengan kuku dia, memang la takut sebab macam tajam kan..

Sebenarnya aku tak try lagi. Aku just wat hipotesis je. Aku nak dia biasakan dulu bau badan aku yang melekat kat baju tu. Tak perlu tergesa-gesa nak paksa dia jinak. Cuma cara tu la kene kreatif. Lain suggies lain cara. Mungkin ada suggies yang lebih tame kalau guna cara ganas. Haha..

Bila dia dah selesa, dah cam bau badan kita, dia akan lebih rasa selamat dengan kita bila kita dekati dia. Kannnn? Hipotesis awal aku. Mungkin 2 3 hari ni aku kene luang lebih masa dengan dia. Suap dia makan bermula dari chop stick sampailah aku yakin dan berani nak pakai jari.

Aku harap, cepat la suggies aku ni jinak. Aku kene selalu tukar baju dalam sangkar dia tu. Kang makin lama makin busuk, aku ni bukan selalu busuk pon. Haha.. Yer ke kawan-kawan, aku ni tak busuk selalu? Ke selalu busuk? Kalau aku selalu ada bau badan lagi ok. lagi senang suggies aku nak jinak ngan aku. haha.. Sampai aku plan nak bawak ke opis. Biar dia selalu dengan aku. Tapi atas nasihat kawan aku yang pernah bela, dia nasihatkan aku tak bawa ke opis sebab isau suggies aku kesejukan dan selsema. Dia punya suggies mati sebab selsema dan tak dapat dirawat. Kesiannya.. Nyawa kot, sayang je melayang macam tu je. At least, biarlah si Moja ni berjasa kat negara ni dulu. Hahaha..

Teringin nak si Moja ni glide kat badan aku. Tak perlu risau dia ke mana tapi akhirnya datang kat aku. Mesti seronok. Tunggu la.. Takkan selamanya aku nak bela dia dalam cage je kan. Kesian la dia.

Si Reko tu, aku minta maaf dulu erk. Kau garang sangat walau baik macam mana pon aku layan kau. Haha.. nanti kalau aku dah berani dengan si Moja, aku akan berani sikit nak tame kau Reko.. Hakhakhak..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments: