Labels

Monday, January 14, 2013

Bela Hamster


Ish.. Ni hobi lama ni. Tersangat lama. Tapi baru bagi aku. Haha.. Sebenarnya aku tak minat nak membela Hamster. Aku lebih suka bela binatang yang boleh berinteraksi dengan kita, macam anjing, kucing, sugar glider.. Hamster ni walaupon ada orang cakap boleh jinak, tapi tak puas tau. Haha..

Aku beli Hamster ni pon sebab Sabtu ritu aku silap beli cage nak letak SG aku. Alang-alang dah ada kat rumah, aku beli je la Hamster tu. Susah nak buat pilihan nak beli yang mana. Nak yang bulat gebu tu tak da plak. So, aku amik yang jenis Roboski.

Hamster Roboski (Googled)

Hamster Roboski (Googled)

Haa.. Macam ni la.. Comel kan.. Kecik je. Kiut molek.. Sesuai sangat dengan cage tu. Harga dia ni mahal la.. Sekor RM19.. Ada yang jual RM20 sekor. Huhu.. Aku rasa lagi senang nak jaga hamster. Makan tak banyak macam Guinea Pigs aku tu. So, pee poo tak banyak la.


Seronok tengok mereka main-main dalam cage ni. Mula-mula letak tak pandai nak turun naik. yang betina tu siap terjun kalau nak turun.. Kalau nak naik plak, dia penjat dinding cage tu. Boleh rosak saluran peranakkan dia nih.. Haha.. Aku bangun pagi tadi, masing-masing dah pandai turun naik.

Seriusly, tenang je tengok ada pets kat umah. Cuma kadang-kadang tension kat Guinea Pigs tu. Mencicit je kerja.. Nak makan kot. Aku bagi makan senyap. Bila aku lari, aku datang balik, mencicit lagi tapi tengah makan.. Sesuatu sangat...
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

1 comment: