Labels

Saturday, February 09, 2013

Staf KLIA Perlu Lebih Sopan Dan Manis


Salam

Pagi tadi aku pick up parent kawan serumah aku kat Traders Hotel, KL dan hantar diorang satu keluarga ke KLIA. Alhamdulillah, tak macam biasa aku tersesat nak ke KLIA. Selalu salah jalan dan lalu jalan yang jauh untu sampai. Semua gara-gara gps yang sangat up to date dan smart learning.

Sampai kat KLIA, aku terjumpa satu famili yang tak familiar juga dengan KLIA. Kami sangat mesra dan bersama-sama cari jalan nak ke terminal dari tempat parking.


Lepas lepak makan dengan famili kawan aku tu. Parent dia nak cari buah tangan untuk ke kampung halaman dia. Tapi aku dengan kawan aku terus menunggu kat area kaunter daftar bagasi. Masa tu aku terfikir KLIA perlukan lebih seat menunggu memandangkan kawasan lalu-lalang yang masih luas.

Bila dah selesai semua. Famili kawan aku ni bergerak ke kaunter scan dan daftar bagasi. Kaunter tu aku tak tahu lah apa sebab tak ada sign. Staf seorang masih busy layan sorang customer. Ayah kawan aku ni bergerak ke kaunter yang beratur panjang. Tapi tadi lengang sebab tak da ramai orang. Lepas lalu ikut laluan, kami semua terus ke kaunter yang kosong.

Episod bermula..

Bila kami sampai ke satu kaunter ni, sorang staf perempuan seolah-olah terpinga-pinga dengan kami (4 orang). Dia macam pelik. Dia minta kami beratur semula. Bila kami seolah-olah berbincang sesama sendiri. Dia panggil ayah kawan aku.

"Awak semua sekali ke?"

"Ya.. Kami semua sekali, tapi bertiga sahaja yang akan berlepas.." jawab kawan ayah aku dengan lembut.

"Lain kali kena beratur sana.. Tunggu kami panggil baru datang.. Bukan datang terus ke sini.." kata perempuan staf KLIA tu.

Aku dah hangin dah. Nak tegur tapi malas nak tunjuk muka depan famili kawan aku tu. Sebenarnya bukan kami je, ada lagi satu famili yang ikut kami ke kaunter tu, dia ada belakang kami lepas staf tu tegur.

Nampak sangat yang tempat kaunter tersebut masih tak mesra pelanggan.

Kepada staf KLIA,
        Kamu sepatutnya faham situasi. Kami semua tak tahu peraturan dan prosedur kat sana kerana langsung tiada tanda atau papan perhatian buat kami. Bila kami terpinga-pinga sebelum ke kaunter, tiada langsung staf KLIA datang sambut kami untuk bertanya masalah kami.
        Sepatutnya kamu tegur dengan cara elok:
"Encik, sepatutnya kena beratur dulu kat sana. Tunggu kami panggil. Tapi encik dah sampai ni tak apa lah."

Kali ni kau terlepas. Next time kalau kene pada aku sendiri, aku tak teragak-agak nak bagi motivasi kat situ jugak. Macam mana la diorang punya motivasi erk.


Diorang ni perlu lebih latihan bagaimana nak atasi pelanggan yang lari dari etika/prosedur secara sengaja ataupun tak. Kerja sebagai customer service atau public relation ni perlukan lebih kawalan emosi. Yes.. Kamu penat bekerja tapi kamu tak semestinya layan emosi kamu. Waktu kerja, didik emosi tu jadi lebih beretika dan sejajar dengan kerja.

LINK

Lagipon aku dapat tahu, KLIA ada kolej mereka sendiri. Patutnya, dari kolej ni sendiri, perlu ada latihan yang kondusif untuk staf KLIA. Bukan lepas macam tu je graduan diorang.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments:

  1. mmg adew kolej.. tp tu kolej tu agak baru lgi.. and blum lagi adew bdk2 yg graduate dr kat kolej tu... harap paham..bkn semua staff KLIA, belajar dri kolej KLIA.. jgn menilai tanpa usul periksa.. huhu.. bersabar laa... x semua yang kita hendak, akan dapat..

    nice blog..
    jgn amik haty k.. chill =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya menilai dari pengalaman. takkan saya nak usul periksa semua staf yang ada. saya bercerita pon dari pengalaman. bercakap pon berdasar pengalaman.

      yes.. perkataan paling mudah bersabar, perbuatan paling indah bersabar. tapi kalau kita tak tegur, tak menasihat, ibarat kita berdakwah, takkan ada orang yang boleh kita ajak masuk Islam, takkan ada orang yang boleh kita ajak masuk syurga.. huhu..

      nak bersabar kena ada tujuan. kalau orang buat silap, kita kene la tegur. kalau kita bersabar je, takkan ada orang yang akan betulkan kesilapan.

      saya tak amik hati, tapi cara awak cakap pon dah macam awak yang amik hati kan? hahahahaha..

      Delete