Labels

Sunday, May 30, 2010

Rona Asrol: Terima Kasih Kerana Menyusahkan Aku

Aku betul² kecewa dengan sikap kawan aku ni. Tapi nak wat camne. Ni yang sempat aku luahkan dekat facebook.


Apa masalah ni bro? Citer dia macam ni.

Sebulan yang lepas
          Kawan aku ni cakap nak pindah umah. Kalau boleh sebelum hujung Mei nak pindah. Aku cakap takpe la, aku cari orang ganti dia. Bila aku da dapat orang. Aku inform la kat kawan aku ni, ada orang nak masuk hujung bulan Mei nanti. Alih² dia cakap dia nak stay sampai tengah Jun plak. Fine, aku leh je duk sebilik ngan dia dulu, lagi pon, awal Jun aku takda kat umah 2 minggu.

Khamis 27-Mei-2010
Asrol: Wey, budak tu nak masuk bilik Ahad ni.

Kawan: Aku Ahad ni nak pindah keluar barang.

Asrol: Ok la tu. Kol bape?

Kawan: Pagi kot. Eh, ko leh anta aku gi Padang Jawa (Stesen KTM Sentul-Pelabuhan Klang) tak esok?

Asrol: Nak gi mana plak ni? Lama kew?

Kawan: (senyum). Kejap je, Sabtu aku balik. Malam Sabtu aku kemas sket barang.

Asrol: Ok.. Sebab aku nak pindah barang tak guna tu masuk stor. Kotak² dan yang lain² masuk stor je.

Kawan: Ha'ah.. Ahad aku pindah kuar barang aku. Tinggal sikit je la. Yang mana taknak pakai masuk stor je.

Sabtu 29-Mei-2010
         Hari ni aku kemas dan packing siap² barang lam bilik aku. Kol11 malam tak nampak lagi kawan aku tu balik. Fine, aku tunggu esok jerk.

Ahad 30-Mei-2010
         Kol 11.30 pagi dia tak muncul² lagi. Aku mesej dia tak dapat. Aku mesej tunang dia.

Asrol: *Kawan balik kol bape?

Tunang Kawan: *Kenapa Asrol? Tak sehat ke?

Asrol: *Haha.. Tak la, nak pindah bilik. Tanya jerk, tapi lau bleh balik awal la.

         Tretttt.. Tretttt.. Tretttt.. Kawan aku tu pon call aku.

Kawan: Asrol, ko bawak masuk la dulu barang² ko. Ko alih dan letak setempat barang² aku. Then ko bawak masuk sume barang ko.

Asrol: Eyh.. Takpe, camni la, aku letak dulu la barang aku kat ruang tamu, tunggu ko balik kemas barang ko..

Kawan: Eh, takyah, kesian ko. (tak bagitau lagi sebabnya)

Asrol: Kenapa? Takpe la sementara ko balik. Budak tu masuk kol12 nanti kot.

Kawan: Aku tak balik rini. Aku balik esok malam. Esok aku terus gi kerja, malam baru balik umah. Jumaat nanti aku pindah barang aku kuar. Banyak gak la aku nak bawak kuar.

          Sentap giler aku dengar statement dia. Mana dia punya janji dan komitmen? Respek la sket aku ni. Dengan bilik bersepah, aku pon alih sket barang dia, letak satu sudut. Aku pindah masuk barang aku. Mau penuh 1 bilik. Macam kapal pecah lak aku tengok. Sampai terbawak² dalam mimpi.Selasa nanti, aku da pegi Taiping. Harap lepas 2 minggu nanti, dia tak hampakan aku. Bukan aku nak dia blah cepat. Harap dia kemas sket bilik yang bersepah ni. Sakit sangat mata tengok.

Motif: 
  1. Respek kawan korang dan jangan terlalu menyusahkan mereka. Cuba sedaya untuk berdikari tanpa menyusahkan kawan.
  2. Tepati masa berkait rapat dengan tepati janji. Dalam Al-Quran sekali pon amat mementingkan supaya menepati janji.

    “Wahai orang-orang beriman, tepatilah janji…” QS. Al Maidah/5:1 
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

4 comments:

  1. leh bikin wa hangin je beb...bukan lu sorg je hangin kalo camni punya perangai...zzzzz

    ReplyDelete
  2. itu la psal.. 1 hari aku down smlm..

    ReplyDelete
  3. huhuhu.... bakar je barang2 bdk tu. keh2

    ReplyDelete
  4. lek lek. jangan down. sila up.wakakaka

    ReplyDelete