Labels

Saturday, May 08, 2010

Selamat Hari Ibu 8 Mei 2010

 Selamat Hari Ibu 2010, Aku amik luangkan sedikit masa pada pagi hari ibu ni untuk meluahkan rasa sayang dan penghargaan kepada ibu aku ataupun ummi aku kat kampung.

Beliau berada di Terengganu dengan famili tersayang. Hanya aku jerk tercampak kerja di Kuala Lumpur. Aku ingat lagi lepas SPM aku dapat tawaran belajar Diploma IT Mara di Kuantan. Tapi...
mak aku tak bagi aku pergi dan suruh carik tempat dekat dengan bandar Kuala Terengganu. Aku batalkan hasrat untuk belajar kerana masa tu aku sangat menghormati mak aku. Aku pon masuk la STPM walaupon aku macam da malas sangat nak belajar kat sekolah, nak rasa pengalaman belajar tempat lain pula. Lepas aku habis STPM, aku dapat sambung belajar Ijazah Sarjana Muda kat Melaka. Amat jauh, aku pon tak pernah duduk jauh dari rumah. Dalam keluarga aku pon tiada sorang pon yang berjauhan dari keluarga. Aku orang pertama yang akan berjauhan. Mak aku tak kasi jugak aku pergi. Tapi aku hanya dapat sambung belajar di Melaka saja. Ni lah peluang aku untuk sambung belajar, kali ni aku nekad. Aku tau, mak aku tak bagi aku pergi Melaka kerana sayang dan tak nak berjauhan dengan aku tapi aku tahu, mak aku akan gembira bila anak dia sambung belajar jauh dari keluarga sama seperti dia bangga tengok anak jiran yang sambung belajar jauh-jauh.

Tiba masa aku ingin ke Melaka, hanya ayah aku dan akak aku satu keluarga yang hantar aku menaiki kereta. Akak-akak aku, aku nampak keceriaan pada muka masing-masing sebab dalam keluarga, aku sorang yang dapat belajar jauh. Tapi bila tengok muka mak aku, dia macam sedih tapi berusaha untuk tunjuk gembira depan aku.

Selepas aku daftar untuk belajar, kami ingin bertolak ke asrama pelajar, pada masa tu, mak aku telefon ayah aku tanya khabar tentang pendaftaran. Masa tu, mak aku menangis dan menyatakan dia rindu pada aku. Betapa terharu aku masa tu dan aku berjanji pada diri sendiri, aku takkan kecewakan keluarga aku terutama hati mak ayah aku.

Sekarang, aku dapat kerja di KL. Mak aku sekeluarga cukup gembira dengan itu semua. Sejak dari belajar dulu, bila nak balik kampung jerk, aku cuma terbayang untuk jumpa mak dan ayah aku jerk.. Hari ni, aku adik beradik semua ucap sama-sama pada mak aku. Aku tahu, mak aku cukup gembira. Bukan hari ni saja kami buat mak aku gembira, malah pada hari-hari lain pon, kami adik beradik sentiasa berusaha untuk buat mak aku gembira.

Untuk ibu tersayang.. Saya mintak ampun segala salah dan silap saya pada umi, saya sayang umi, saya berjanji untuk buat umi gembira seumur hidup kita di dunia dan akhirat.

Salam buat semua ibu.. Anda anugerah terpuji. Sesungguhnya, walau serapat mana hubungan kita dengan orang lain ibu insan yang paling rapat dengan kita sebelum bapa. Nabi Muhammad juga meletakkan darjat tertinggi pada ibu.

Seorang lelaki datang kepada Nabi seraya berkata, "Wahai Nabi Allah! Tunjuki saya, kepada siapa saya mesti berbuat baik untuk mendapatkan manfaat yang sempurna atas amal kebajikan saya?" Beliau bersabda, "Berbuat baiklah kepada ibumu." Lelaki itu bertanya dua kali lagi, "Dan sesudah beliau?" Nabi menjawab, "Kepada ibumu." Lelaki itu bertanya, "Kepada orang lain siapakah saya mesti berbuat baik pula?" Nabi bersabda, "Kepada ayahmu."

Sebuah lagi cerita..

Seorang lelaki datang kepada Nabi seraya berkata, "Wahai Nabi Allah! Saya muda dan kuat, siap bertindak dan berbakti, dan ingin sekali pergi ke medan jihad untuk kemajuan Islam! Tetapi ibu saya tidak membiarkan saya meninggalkannya untuk pergi berperang." Nabi yang mulia bersabda, "Pergilah tinggal bersama ibumu. Saya bersumpah kepada Tuhan yang memilih saya sebagai Nabi, bahwa pahala yang engkau dapatkan untuk melayaninya meskipun hanya semalam, dan membahagiakannya dengan kehadiranmu, jauh lebih besar dari pahala perang jihad selama satu tahun."

Begitulah kisahnya. Ibu memang anugerah paling besar bagi kita..


Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

1 comment:

  1. ku tau kenapa mak mu xwi mu kuar ganu. keh2...

    ReplyDelete