Labels

Monday, May 10, 2010

Percaya Tak Pada Mimpi?

Sesetengah orang tak percaya pada mimpi. Adakah tafsir mimpi hanya kebetulan? Ada yang kata, percaya kepada mimpi boleh merosakkan akidah. Namun, sejauh mana kepercayaan kita pada mimpi? Untuk post kali ni, Asrol nak kongsikan dengan korang semua tentang mimpi. Perlu atau tidak kita percaya pada mimpi. Terdetik untuk bercakap tentang mimpi ni sebab malam tadi Asrol ada mimpi..
tangkap ikan guna tangan. Tapi ada sekor ikan tu, mulutnya macam ada pisau. Biasa la, apa yang Asrol sedia tahu, jika kita mimpi air atau ikan, maka kita akan dapat rezeki. Secara kebetulan atau tidak, baru Asrol ingat, hari ni Asrol dapat dwet kutu dari dak opis. Pasal mimpi ikan ada pisau kat mulut mungkin sebab ada kaitan sal Asrol baru sedar pagi tadi lesen motor da mati dari bulan 3 ritu.. So, kene kuarkan dwet la sambung lesen tadi. Hehe..

Kejadian sebelum ni pernah Asrol mimpi tiba² banjir, Asrol ngan ayah berjalan dalam banjir tu, air paras buku lali jerk. Esoknya, kawan Asrol mesej beritahu dia masukkan dwet RM200 sebagai deposit untuk buat laman web dia. Sebenarnya banyak kali da pengalaman sebegini. Asrol takot untuk percaya, tapi Asrol percaya kerana yang baik itu datang dari Allah.

Sekadar nak berkongsi dengan korang, Asrol ada baca sebuah laman web Darul Nu'man

Satu perkara yang perlu disedari, mimpi tidak boleh dijadikan hujjah ke atas hukum syarak. Ia sekadar berita-berita yang menggembirakan atau berita-berita amaran sahaja. Tidak lebih dari itu. Mimpi yang benar datang dari orang yang tidak pernah berbohong dalam hidupnya. Menurut Ibn Al-Qayyim semakin benar hidup seseorang itu semakin benar mimpi yang dialaminya. Selain itu orang yang bermimpi itu hendaklah berada dalam keadaan berwuduk dan tidur pula dalam suasana mengikut sunnah. Menurut Ibn Al-Qayyim lagi menjelang berlakunya kiamat hampir-hampir mimpi  seseorang mukmin tidak meleset sama sekali.    

Mimpi ada 3 bahagian iaitu mimpi yang datang dari malaikat. Mimpi ini adalah mimpi yang baik. Mimpi yang datang dari Syaitan. Mimpi ini tidak boleh diambil kira dan akhir sekali mimpi yang datang dari kesan kerja seharian. Dimana kesan ini terbawa-bawa ke dalam mimpinya. Kedua mimpi ini tidak boleh dipercayai.
Kesimpulannya: Korang kene percaya bahawa yang baik itu sentiasa datang dari Allah dan yang buruk itu datang mungkin dari kesilapan kita sendiri. Wallahualam..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

1 comment:

  1. owh.. tafsiran mimpi berbeza2 mengikut seseorg.. cam sesetengah org.. die mimpi lain dari mu.. tp mempunyai maksud yg tersendiri..hehe. kalu ku.. mimpi makan byk dgn makanan yg menyelerakan kat depan mata.. maknenye.. Ku tdor dalam kedaan LAPARRRRRRRRRRRRRR!!!!!!

    ReplyDelete