Labels

Saturday, May 15, 2010

Kisah Lawak Aku dan Cikgu Sempena Hari Guru

Cikgu... ooo Cikgu... Mane la sume cikgu ni.... ekeke.. Waaa.... Rindunyer kat cikgu sume.. Bila hari guru jerk, tringat lak zaman skolah dulu².. Bila hari guru jerk, bagi hadiah tuala la, sabun cap nuri la, sabun breeze pon ada.. Hahaha.. Kelakar tol kan.. Tapi masa tu ikhlas sangat² nak bagi kat cikgu sebab rasa cam nak bagi cikgu gembira time tu. Rindu la nak masuk skolah dulu². Nak tengok skolah.. Uwaa.... Ikuti kesah aku dan sekolah aku...


Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Kuala Terengganu (1992-1997)

Ini la skolah rendah aku dulu. Tengok, ada pokok kelapa bercabang 3. Dengar kata, memula cabang 5, then patah 2. Dulu² ske sangat lepak bawah pokok tu.







Lagu Sekolah

Megahnya berdiri sekolah kami
Sekolah Pasir Panjang
Tetap bersama membantu membina
Mencapai cita-cita.

Berikrar berjanji
Membantu membina
Berbakti dan berjasa
Kepada guru kepada semua
Wahai bangsa negara.

Megahnya berdiri sekolah kami
Sekolah Pasir Panjang
Tetap bersama membantu membina
Mencapai cita-cita.

*Alamak, da lupe da camne nyanyi..

Nama cikgu yang aku masih ingat:
  • Cg. Normah(BM, Math) - Selalu jerk kene denda nagn cikgu ni sebab tak siapkan kerja umah dan tinggal buku
  • Cg. Rozita (Sains) - Cikgu paling aku sayang. Suke puji aku. Hehe.. Dulu² aku teruja giler ngan sains, so aku cam respek giler kat cikgu nih. Tak penah kene denda pon ngan dia sebab kije skolah selalu siap. Minat sains la katakan.. Ingat lagi dia ajar wat jeruk. Sedap jugak, sampai aku wat lagi jeruk tu kat umah. Haha.. Skali UPSR dapat A subjek sains
  • Cg Yusri (Math) - Aku penah simpan dendam ngan cikgu ni. Dia denda aku ketuk ketampi 300 kali sampai aku menangis dan sakit kaki. Sebabnya aku lupe lirik sifir.. hahaha... Tapi takpe, skang aku da maafkan dia. Sebab dia jugak la aku dapat B math UPSR. Lau tak, mau aku dapat D kot. Wakaka..
  • Cg Kamal (Sains) - Erm.. cikgu ni best gak ngajar. Maybe sebab sains kot.. hehe..
  • Cg Tongkat (Pend. Seni) - Ala... Lupe la nama dia, dia pakai tongkat. Pergh, garang dan suke tido lam kelas. Penah dia ketuk meja lam kelas, terperanjat sume orang. Time tu darjah 3. Memang fobia giler ngan dia. Nak gi tandas pon aku takot nak gtau. aku penah nyorok kuar senyap² gi tandas time dia tido lam kelas. Paling takleh blah, aku terkencing lam kelas sebab tahan kencing takot nak kuar. Kahkahkah...
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah (1998-2004)

Ni lak skolah menengah + form 6 aku. Banyak gak kenangan klakar kat cni. Hehe.. Bab kene denda takyah cakap la.. Hehe..










Lagu sekolah aku tak jumpe carik la.. Hehe.. Pape pon, kite layan cikgu dan kesah aku kat sekolah nih..

  • Sir. TS Lee (BI) - Mangsa pertama aku untuk aku cerita kat korang. Dia bagi aku impact paling besar kat skolah ni. 2 tahun dia ngajar aku BI. Tahun pertama garang, tahun ke 2 da ok sket da. Bagus dia ngajar BI, aku ske. Paling aku ingat, penah skali member aku time jam loceng bila abes kelas dia, sebab dia lau abes kelas, selagi cikgu lain tak masuk, Dia takkan kuar. Haha..
  • Cg Long (Fizik) - Ngee... Aku seram sket ngan cikgu ni, dia ske perhatikan perangai orang. Psiko sangat. Tapi cara pemikiran dia betol gak walaupon pelik, sebab dia cikgu fizik kot. Dia baik gak ngan ayah aku, pe aku wat, dia ske repot. Adoi....
  • Cg PK HEM (Bio) - Lupe lak nama pe, tapi aku ingat lagi dia nah tumpangkan aku gi skolah time nak exam. Dia pandai wat lawak seyes lam kelas. Hehe..
  • Cg Under (PK 1) - Yang memang takleh blah. Ske dengar dia bercakap time perhimpunan, suara garau + kuat, takyah pakai mic kadang². Dia cakap pon kelakar, menghiburkan. Bila dia cakap time perhimpunan jerk, takda rasa panas or penat pon kami kat padang skolah. Haha. Dia garang dan amat baik.
  • Cg Ayu (BM F6) - Dia ske tempah kek gula hangus ngan aku. Haha.. Mak aku yang buat. Tapi penah jugak mak aku malas nak wat, mak aku suh aku wat, tapi aku tak gtau pon aku yang wat, segan kot time tu nak ngaku aku yang wat. Haha..
UUM-KYM (2005-2008) 

Erm.. Masuk jerk kolej ni, lagi la sengal aku di buatnya.. Wakaka.. Sebab da matang kot. Tapi makin matang makin sengal kew. Kahkahkah.. Dari sini la aku lagi banyak belajar sal perangai orang. Aku belajar dari kengkawan jugak erti kehidupan. 3 tahun aku kat Melaka, aku dapat timba ilmu lebih dari 20tahun lepas.


Lecturer sini ramai yang kelakar²..
  • Pn Azlin (Web Based) - Lect paling ayu.. Aku ske dia sebab aku minat website. Dia la yang ajar SQL dan script² website. Bagus dia mengajar. Aku ske sangat. Boleh bergurau la ngan dia.. Hehe..
  • En Lutfi (Networking) - Aku paling tak suke subjek networking tapi aku paling ske dia lam ramai² lecturer laki. Kelakar yang amat.. Ayat dia yang aku ske guna sampai skang "Yang sebetulnya.." Haha.. Tapi dia anggap aku g*y sebab aku ske gurau ala² tutttttttttttt ngan dia lam kelas. Member² aku lak layan jerk.. Hahaha..
  • En Karim (Java Programming) - Lecturer paling berwibawa. Hehe..
  • Pn Juliah (IT Management) - Yang ni paling kelakar yang amat. Dia terlalu baik sampai kami naik lemak. Hahaha.. Dia penah majuk lam kelas then suh kitorang present mengajar sesama sdiri ngan wat presentation separuh sem. Sume kene jadi lecturer pas dari dia majuk.. Kahkahkah..
Haaa... Tu la sket² kesah aku sal cikgu aku. Ada banyak lagi citer tapi cam tak larat la.. Ni pon semangat sket berblogging sebab sempena hari guru 16 Mei 2010, esok.Kepada semua cikgu aku, aku mintak ampun dan maaf ngan korang sume kalau ada salah silap aku time skolah dulu². Aku pon nak ucapkan berbilion terima kasih atas jasa korang sume. U are the best.. Muacks.. Love u cikgu.. Asrol Sayang Semua Cikgu.. Kite enjoy..........................

*Aku pon tak lupe pada kawan² yang pernah curahkan ilmu pada aku, moga ilmu korang di bawa ke syurga.. Amin...
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

3 comments:

  1. selamat hari guru etek. ehehe.. (amboi lagu blok. sayu je. haha)

    ReplyDelete
  2. lagu sekolah rendah pun lu ingat lagii??? gilaaaa powerr daya ingatan..ke lu google? kehkehkeh

    ReplyDelete