Labels

Wednesday, February 13, 2013

Kangkung Untuk Momok & Kum Kum

Nak cerita pasal aku punya Momok & Kum Kum plak. 2 ekor Guinea Pigs aku ni. Tak besar-besar. Makan banyak. Pee poo pon banyak. Haha.. Aku dah bape kali moderate dia punya cage. Nak kasi senang cuci dan taknak kasi diorang kotor.

Masalah utama aku bila kasi Timothy Hay kat diorang. Batang memang la tak makan. Pandai plak diorang ni kais batang tu letak setempat dan buang. Abes masuk dalam corong saluran air. Tersumbat la. Sebab aku main jirus je air bawah cage tu. Malas nak sapu dulu.

Si Momok
Minggu lepas aku korek tau. Penuh taik ngan batang lalang tu. Aku plan taknak kasi da diorg makan hay tu. Tetiba kawan aku ada whatsapp aku. Tanya perkembangan aku punya GP ni. Dia cakap, dia suh bapak dia jaga, dah gemuk da. Tapi dia punya lambat besar. Sama la aku punya ni. Dia cakap, bapak dia kasi makan kangkung. Terkejut aku dengar. Boleh makan erk kangkung. Senang la camni. Aku boleh tanam kangkung. Hahaha..
Si Kum Kum
Lepas dapat fakta tu. Aku beli la kangkung. Siap dengan bayam skali. Aku potong separuh. Akar aku tanam. Aku try kasi GP aku makan. Mak ai, berselera plak tengok diorang makan. Tapi tak habis. Aku letak sikit je. Di pijak-pijak plak kangkung tu. Sampai melekat kat lantai. Da la baru modify.



Aku siap tebuk tong air jadikan tapak tanam kangkung. Pasu untuk tanam bayam. Entah hidup entah tak. Haha..


Ini aku letak dalam toilet belakang dulu. Bagi redup. So, aku tak paksa akar kerja keras untuk serap air. Aku guna tanah terus untuk tanam. Letak dalam air, sekejap boleh la hidup. Lama-lama mati la. Lagi pon kene fikir jugak kalau letak dalam air, nyamuk mudah membiak.

Lagi berita baik. Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, aku letak la kangkung sikit. Balik kerja, habis kangkung tu. Dia makan dengan batang-batang skaligus. Senang kije, tak payah aku kutip batang yang tak habis. Hihi..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

2 comments: