Labels

Wednesday, February 13, 2013

Ada Tanda Suggies Dah Jinak Sikit

Salam..

Aku nak update sikit apa jadi dengan suggies aku ni. Sebelum ni aku letak asing-asing dalam sangkar. Letak kat luar. Lepas tu aku selalu kasi baju aku yang dah kene peluh aku. Aku just letak je, aku kurang masa nak bagi kasih sayang kat mereka ni. Tapi sejak seminggu dua ni dah tak berbunyi (crabbing) sangat dah.

Weekend lepas, aku satukan dalam satu sangkar. Aku bawa masuk semula dalam rumah. Aku kasi makan, slow je datang kat jari aku. Aku bagi dari luar sangkar la. Tak berani lagi nak hulur tangan. Diorng ni baik je. Amik makanan dengan perlahan. Ada siap hulur tangan nak pegang jari aku. Aku tak rasa tajam. So, aku yakin sikit la kat jari diorang. Sebelum ni aku cam takot kene jari diorang, kot sakit. Ni kalau tak menggigit tak apa la.


Bila tengok muka diorg, aku jadi sejuk hati. Seronok. Tenang. Means, aku betul-betul sayang diorang ni. Sangat-sangat kot. Beli tak mahal mana. Tapi yang mahalnya, bila daripada garang, dah jadi baik.

Tapi kan, bila aku mandi, lepas mandi aku jenguk diorang, nak kasi yogurt drop. Diorang dah mula crabbing tapi sekejap je. Tak lama. Kasi makan pon taknak. Dia duk hidu jari aku. Bau lain da kot. Pendek kata, aku kene slalu rapat dengan diorang bila lepas mandi.

Memang ada orang cakap, bawak selalu bersama. Tapi aku ni kan bukan selalu kat rumah. Opis plak sejuk nak bawak diorang pon. Aku malas nak gerak sana sini nak bawak sekali.


Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment