Labels

Saturday, June 12, 2010

Rundingan 14 Jun 2010 - Bisnes Menanti Aku

Sebelum ni aku minat nak jalankan bisnes penjagaan alat sulit lelaki, produk kebersihan, kesihatan dan pembesaran alat sulit. Aku teringin nak cuba sebab aku rasa ramai yang berminat untuk mencuba produk sebegini tetapi malu untuk mendapatkan produk ni. Jadi, aku ambil keputusan untuk menjalankan bisnes ni menjual secara undercover bagi mereka yang segan untuk mendapatkannya.

So, aku cuba la deal dengan sorang dealer yang jalankan bisnes ni, produk ni masih baru di pasaran. Kami pon buat temu janji, jumpa di satu tempat. Tapi... Masalah btol la budak ni.. Suka² je main ngan masa. Kronologi temu janji kami:

  1. Jumaat, 6.00 petang, Plaza Alam Sentral (di tunda) - dia call 3 hari sebelum cakap tunda sebab dia igt aku janji kol8 malam
  2. Jumaat, 8.00 malam, Plaza Alam Sentral (di tunda) - dia call petang cakap ada hal malam tu dan ajak jumpa tempat lain pada kol10, aku tolak dan ajak jumpa hari lain
  3. Isnin, 8.30 malam, Seksyen 13 (di tunda) - kol8 aku da sampai sebab jumpa kawan dulu kat tempat di janji, aku mesej tanya macam mana, dia pon call cakap kol9
  4. Isnin, 9.00 malam, Seksyen 13 (di tunda) - sebelum kol9, dia call cakap masih kat Klang, jumpa kol10
  5. Isnin, 10.00 malam, Seksyen 13 (di tunda) - Kol9.30, aku call dia sebab lama sangat tunggu, aku plak esok kerja, aku tak suka menunggu, so kami wat keputusan bincang kat Yahoo Messenger jerk kol10
  6. Isnin, 10.30 malam, Yahoo Messenger - Janji kol10 tapi kol10.30 dia baru online
Lepas perbincangan, kami saling setuju, untuk jadi partner, aku pon cuba la dapatkan 1 produk (kopi) ngan dia. Untuk dibuat promosi, sekurang²nya ada 1 produk untuk demo.

Dia suruh aku bank in dwet sebelum jumaat, aku janji masuk rabu macam tu, aku pon bank in la seperti di janji. Dia cakap, barang tu aku boleh dapatkan isnin petang minggu depan. Hari isnin tu aku contact dia tanya sal barang tu, dia cakap..

Partner: Bro, sorry la, barang hari selasa la, sebab tak sampai lagi

Selasa petang, aku mesej, dia tak reply. Malam tu dia call tapi aku da tido. Rabu tu aku contact dia..

Asrol: Beb, camne ngan barang tu?
Partner: Bro, semalam aku ada kat KL la. Barang tu esok boleh?
Asrol: Ok, esok..

Esoknya,

Asrol: Macam mana hari ni?
Partner: Bro, sorry sangat. Aku ada kat KL la minggu ni. Aku bagi ko jumaat la. Ok?

Sampai la jumaat plak,

Asrol: Erm, macam mana barang tu? Pukul berapa nak jumpa?
Partner: Barang tu tak sampai lagi la. Barang lama ada, tapi bos aku nak bagi yang baru punya. Tunggu stok baru sampai. Boleh? Maaf sangat².
Asrol: Bila aku leh dapat barang tu?
Partner: Isnin ni. Aku janji. Aku bagi ko skali pencuci lelaki tanda mintak maaf.
Asrol: Macam ni la beb, dari ko janji nak jumpe ritu, selalu je delay. Pastu ni nak beli barang pon, macam² hal. Macam mana aku nak berniaga nanti? Susah la macam ni beb.
Partner: Ala, sorie bro. Aku pon tak tau jadi camni. Aku janji bagi isnin. Sorie ek..
Asrol: Takpe, aku cancel jugak. Aku takda mood la macam ni. (Boleh j aku bersabar tapi saja nak bagi pengajaran)

Lagi pon aku outstation 2 minggu. Aku minta la dwet tu balik. Dia cakap nak jumpa aku jugak. Aku suruh dia bank in jerk. Dia cakap ok. Tapi 2 3 ari pon tak masuk² lagi dwet. Aku tanya lagi macam mana, bila nak masukkan.


Partner (12/06/2010 05:37:54): bro.. tak dapat duit rm50 lagi ke???
Asrol (12/06/2010 05:37:35): x pon
Asrol (12/06/2010 05:37:41): sape yg masukkn?
Partner (12/06/2010 05:37:46): becoz bukan aku yang bank in..
Partner (12/06/2010 05:37:51): orang yang hutang aku..
Asrol (12/06/2010 05:37:51): owh
Partner (12/06/2010 05:37:59): aku suruh bank in dekat maybank awak
Partner (12/06/2010 05:38:02): ko kat mana?/
Partner (12/06/2010 05:38:05): aku nak jumpa ko la..
Partner (12/06/2010 05:38:06): kasi barang
Partner (12/06/2010 05:38:10): and rm50 skali la..
Asrol (12/06/2010 05:38:12): aku kt s.alam da
Partner (12/06/2010 05:38:14): foc..
Partner (12/06/2010 05:38:23): ok mo monday petang boleh tak??
Partner (12/06/2010 05:38:27): datang kat kedai shisha aku
Asrol (12/06/2010 05:38:47): kt mn tuh?
Partner (12/06/2010 05:38:52): sek 13 je bang
Asrol (12/06/2010 05:39:23): knp nk bg brg plak? sshkn ko jerk
Partner (12/06/2010 05:39:52): ada la..
Asrol (12/06/2010 05:39:56): ko bg dwet j da la..
Partner (12/06/2010 05:40:02): ok
Asrol (12/06/2010 05:40:18): bank in jerk
Partner (12/06/2010 05:40:26): ok la...
Partner (12/06/2010 05:40:29): aku tanya..
Partner (12/06/2010 05:40:34): kalu dia belum ill use my own cash
Partner (12/06/2010 05:40:39): sorry for the delay
Partner (12/06/2010 05:41:47): ok..
Partner (12/06/2010 05:41:50): sorry
Partner (12/06/2010 05:41:53): tapi aku nak jumpa ko la..
Partner (12/06/2010 05:41:57): sebab ko mcm serious..
Partner (12/06/2010 05:41:59): k.
Asrol (12/06/2010 05:42:04): haha
Asrol (12/06/2010 05:42:10): act memang serius sgt
Partner (12/06/2010 05:42:20): ada sale ok la tu..
Partner (12/06/2010 05:42:26): aku je buat slack
Partner (12/06/2010 05:42:28): haha
Asrol (12/06/2010 05:42:29): tp lepas dr tu, aku cm mls sb proses tu
Partner (12/06/2010 05:42:39): ya..
Partner (12/06/2010 05:42:53): sbb tu aku nak jumpa ko btl2...
Partner (12/06/2010 05:43:00): k
Partner (12/06/2010 05:43:15): boleh tak??/
Asrol (12/06/2010 05:44:12): ok.. isnin..
Asrol (12/06/2010 05:44:15): kol bape?
Partner (12/06/2010 05:44:34): kul 8.30 aku dah ada kat kedai daa.
Partner (12/06/2010 05:44:38): anything call
Asrol (12/06/2010 05:45:08): ok.. kalau xda bencana alam, aku sampai sana
Asrol (12/06/2010 05:45:31): tp kalau ko msg aku ckp delay lg
Asrol (12/06/2010 05:45:55): sumpah aku xkan jnji ape² lagi ngan ko
Partner (12/06/2010 05:46:00): haha
Partner (12/06/2010 05:46:01): ok2
Asrol (12/06/2010 05:46:04): sb aku skema dan suke tepati jnji
Partner (12/06/2010 05:46:06): sorry la bro..
Partner (12/06/2010 05:46:11): ok2 sorry bang
Asrol (12/06/2010 05:46:28): nvm
Asrol (12/06/2010 05:46:48): thanks 4 ur cooperate
Partner (12/06/2010 05:46:53): nope
Partner (12/06/2010 05:46:56): thanks to u

Dia selalu mintak maaf, macam biasa, aku pon suke mintak maaf jugak kalau orang mintak maaf ngan aku. Sebab kadang² kita tak tau salah sapa sebenarnya, kalau dia da mintak maaf, aku pon minta maaf jugak la. Tak salah saling bermaaf²an. Kami  wat keputusan untuk jumpa isnin nanti.

Aku harap, kali ni perbincangan dan pertemuan kami membuahkan hasil positif pada masa² akan datang. Bagi aku perkara yang lepas tu adalah biasa dan merupakan ujian permulaan bagi aku dalam menjalankan bisnes kecil² ni. Mana² bisnes pon ada kekangan dan risiko, kalau kita takot untuk hadapi risiko, sampai bila pon kita takkan berjaya. Moga Allah merahmati segala plan dan usaha yang aku lakukan. Amin ya Rabbal al Amin..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment