Labels

Thursday, June 24, 2010

Siapakah Gadis Misteri Ni?

 Siapakah gadis misteri ni?

Sebelum tu, aku ada cerita menakjubkan nak share ngan korang semua.

Tahun lepas aku ada kursus kat satu kolej ni, depan Central Market. Kursus ni selama 3 hari. Aku tinggal kat Shah Alam. Malas nak bawak motor sampai KL, aku amik Komuter jerk dari Padang Jawa ke KL Sentral pastu naik Putra LRT plak ke Pasar Seni.

Kisah Handset Yang Hilang

Hari ke 3 tu aku tunggu la Komuter nak balik ke Shah Alam. Masa aku tunggu tu, aku main mesej ngan dak umah aku jap. (Dia tanya aku kat mana, rupa² dia pon skali aku tunggu komuter). Lebih kurang 5 minit kemudian, Komuter pon sampai la, aku masukkan enset aku lam poket suar slack. Ramai giler orang time tu (kol6 petang lebih) balik kije kot. Indon lagi ramai dari orang Malaysia. Sah sah la berhimpit² nak masuk tu.

Nasib Baik - Aku boleh masuk. Lau tak, aku kene tunggu 20minit lagi
Nasib Tak Baik - Poket aku kene seluk. Enset aku kene kidnap. * Si*lan orang tu.
Nasib Baik Jugak - Wallet aku tak kene kidnap skali.

Berderau darah aku tapi nak marah sape gak. Da ramai orang kot. Aku try miss call dari enset lagi satu, da masuk mailbox da. Sayang enset tu, aku beli ngan akak aku tu.. Huhu..

Model enset aku yang kene kidnap

2 hari lepas tu, aku pegi la carik enset 2ndhand kat Kompleks PKNS. Tetibe plak ada Handphone Fair. Aku pon angkat la Sony Ericsson S500i

S500i - Tapi yang ni macam baru sangat. Akunyer buruk sket..

Aku dengar jerk memori kad (mmc) 250MB, aku pon angkat baru mmc 2G. Aku tak hiraukan da memori 250MB tu, aku just simpan jerk.

Nak dijadikan cerita..

Minggu lepas aku nak la sedekah mmc 250MB tu kat kawan aku. Aku ingat aku nyer, pastu aku bukak la nak transfer masuk lappy. Skali aku bukak, ada gambar awek comel. Sapekah? Huhu.. Aku pon tak tau sape. Lawa beb.. Nasib tak baik tak da gambar tak snonoh.. Hakhakhak..

Ni la gambar yang ada lam mmc 250MB tu.

Siapakah dia? Nak sangat aku jumpa dia. Aku rasa enset dia kene kidnap jugak la. Pastu kidnaper (orang yang culik) tu pon jual la enset dia ni. Kalau betul la, kecian dia.. Ada sape² kenal dia tak? Please inform aku.. Mungkin jodoh aku kawen kawan ngan dia kot.. Huhu..
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

No comments:

Post a Comment