Labels

Saturday, June 19, 2010

Bila Melayu Hilang Di Dunia : Kenduri Kahwin

Kategori baru ini buat aku sikit teruja untuk meneruskan berblogging mengenai adat istiadat Melayu yang makin hilang. Melayu takkan hilang di dunia? Siapa boleh jamin? Untuk pertama kalinya berbincang mengenai topik ni, aku mulakan dengan tajuk "Kenduri Kahwin".

Semua orang ambil serius tentang adat istiadat atau majlis perkahwinan Melayu. Majlis perkahwinan masih sama dari dulu sampai sekarang tapi bagaimana dengan aturcara atau pengurusan? Dunia semakin moden, kenduri kahwin pon semakin berubah, kalau....


Dulu: Hidangan makanan Nasi Hujan Panas atau Nasi Gulai Kawah masak beramai².
Sekarang: Semua katering, dari nasi, lauk pauk sampailah buah pencuci mulut.

Dulu: Tetamu dapat telur dalam kotak.
Sekarang: Dapat gula², muffin atau sapu tangan kecik.

Dulu: Ada bunyi kompang.
Sekarang: Karaoke depan rumah.

Dulu: Jemput rakan² pakai mulut, kad dan bertemu muka.
Sekarang: Tag kat fesbuk sudey...

Dulu: Siap kenduri selamat sebelum majlis keesokkannya.
Sekarang: Dinner kat club or lepak² kat restoran ngan kawan² lama.

Dulu: Hantaran termasuk Al-Quran.
Sekarang: Buku simpanan ASB kowt. (sebab tak nampak da ada orang buat hantaran Al-Quran)

Mesti ada antara korang cakap, "A'ah erk.. ye tak ye jugak.." Tengok, tak ke Melayu hilang di dunia..? Ada yang cakap, sekarang masih Melayu, cuma moden jerk. Aiyo.. Moden tu dari mana kawan? Tak sedar kew kita asik duk ikot budaya kuning barat dari dulu lagi sampai la kita jadi Melayu moden. Aku tanya balik, moden tu dari mana kawan²? Dari Melayu kita sediri kew? Berangan...

Tengok la Melayu sekarang

Jemputan melalui Facebook

Ok, tak kesah sangat la sal ni.. Tapi korang kesah tak? Kalau orang yang jemput guna FB ni, da jumpe depan mata korang sebelum ni tapi langsung tak cakap pape pon sal majlis tu. Tut tut, You have an event invitation (FB).. Pastu bila jumpa depan mata lagi, dia langsung tak cakap pape jugak sal jemputan tu. Hey, aku kesah sebab aku tertanya², "Dia ni jemput aku ke tidak ni? Ikhlas kew dia jemput aku ni?"

So, berpadanan tak lau aku luahkan kat wall FB aku?


Ada la komen sket² dari kawan² aku kat FB cakap:

stuju tu asrol..jmput kt fB pn jmput la..tp at least call la kalo tanak anta kad pn..cm tak ikhlas kan..aku pn sama pendapat ngan ko...aku pn tak g gak sape ajak cmtu.. - Rabiatul Adawiyah
nanti kala aku kawin jemput dtg semua ke fb aku
aku wat makan2 kat cafe world
hehhe - Abdul Hafiz Abd Razak
amekla lembu aku kt farmville utk wt kenduri - Syahir Ez
tp lebih baik jemput dgn mulut..aku pun setuju ngan mas - Hasbullah Osman
btol...btol...btol...
aku sokong ko mas... - Is Ahmad
ak support kenduri gune duit Mafia Wars ak..ok x? - Zulfikri Karim
kalo dh jmper dpn mata tp tak jmpt pakai mulut sndri dh kes berat...mmg harus dipersalahkan..huhu - Cipin Marvelous


Ada jugak yang cuba bagi pendapat positif katanya..

facebook senng sumer org boleh bc and ingat sbb slalu bukak. effective and efficient. - Hani Shukor
bukan tak ikhlas mas...save budget kot...think positif bro.. - Azila Ramlan
ala mas mayb tak smpt nk anta kad jemputan tu...maklum la nk kawen kn busy.. - Cipin Marvelous
Korang fikir² la, sejauh mana alasan korang untuk meyakinkan keikhlasan korang tu. Tutup mata, korang bayang la, antara realiti dan main². Jika korang berada dalam realiti, orang akan pandang secara real, bila korang dalam permainan, orang akan permain²kan korang. Ada yang nak wat makan² kat Cafe World, bagi lembu kat Farm Ville, sponsor duit Mafia War. Tak kew orang anggap benda ni main²?

Kesimpulannya, semaju mana dunia sekarang, Melayu takkan hilang di dunia. Kita perlu teruskan dan berbangga dengan adat resam kita yang dulunya kukuh dipegang. Inilah harta kita.
Terima kasih kerana membaca Sila ke untuk info menarik

5 comments:

  1. melayu xkan hilang didunia...dalam adat2 melayu tu kadang2 akan terjadi perubahan2 kecik yang sejajar ngn arus permodenan...selagi berpegang pada asas yang kukuh, melayu tetap ada....

    perhh...macam ucapan najib dalam persidangan umno pulak!!hahaha

    ReplyDelete
  2. For me, I like the old fashion way. More meaningful. Last time kak jie suka kumpul kad jemputan kahwin kawan2. Sampai diorg dah beranak pinak, kak jie tunjuk kat diorg. Gelak sakan lagi. Collection tu tah mana tah. Anak main buat kapal terbang kot. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. sama macam mak saya la.. penuh dia simpan.. orang kumpul stem, dia kumpul kad kawen.. wakaka..

    ReplyDelete
  4. xslah klu luah kat fb sbb dia jmput pun guna fb...tp yg penting topik n blok ko mmg menarik...:)

    ReplyDelete
  5. kehkehkeh.. trima kasih atas pujian tu..

    ReplyDelete