Labels

Monday, January 12, 2015

Square Kufi Asrol Mania

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam korang.. Weekend ritu aku duk surf internet. Lepas tu terjumpa lah satu video nak buat kufi guna Illustrator. Sebelum ni aku penah buat tapi pakai software apa entah. Buat mudah tp nak save tak boleh, kena printscreen apa bagai. So, aku sempat buat logo Asrol Mania je.

Asrol Mania Kufi 2014

Kalau korang nak tau. Sejarah kufi ni dari kurun ke14 lagi dah ada. Iaitu orang buat atas duit syiling Islam lebih kurang.

Weekend lepas aku duk main-mainlah dengan Illustrator plak.

Kufi Illustrator

Dah buat macam-macam dah guna Illustrator. Sebenarnya tiru orang jugak, cuma aku ubah kolor je. Aku buat sendiri sebab senang nak edit guna Photoshop. Kalau amik yang google punya nak edit dah tak cantik dah..

Lepas tu, semalam dapat idea nak perelokkan kufi Asrol Mania tu. Nak tambah logo sendiri. Wat masa ni xda plan nak tukar logo Asrol Mania. Aku kene tetapkan pendirian.. Hahaha..


Logo bulat tu letak je tengah-tengah. Nanti nak watermark kat mana-mana gambar aku edit mudah sikit. Kufi dan logo masuk skali. Contohnya wallpaper desktop bawah ni.


Kurlas tak.. Haha.. Aku tengah pikir macam mana nak print dah tampal atau frame kat dinding rumah ni. Hurlm...

Thursday, January 08, 2015

Takziah 2015

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Salam Semua,
Selamat tahun baru 2015. Tak payah tanya azam, tak penah jalan punya. Kadang-kadang, yang tak diazamkan, itu yang tercapai.

Untuk tahun 2015 ni, permulaan yang sangat mendukacitakan iaitu pemergian sahabat yang suatu ketika dulu pernah jadi sahabat baik aku.. Aku kenal dia dari FB. Bermula dari bertegur sapa, lepas tu tukar-tukar cerita, usik mengusik. Pada awalnya dia cakap dia tak pernah jenjalan ke pantai timur. So, pada satu masa tu, aku nak balik ke Kuala Terengganu, aku pelawa lah dia sekali, at least ada teman aku balik Terengganu.

Dari situ, dia rapat dengan famili aku. Famili aku memang ramah dengan semua kawan-kawan aku. Kami semua dah biasa bawa balik kawan-kawan. Dah macam program anak angkat. Mak ayah aku plak suka biasakan diri suruh panggil diorang panggilan yang anak-anak panggil "Mie" untuk mak dan "Bak" untuk ayah. Dengan panggilan mesra macam anak-anak, jadilah rapat. Sangat rapat.

Pantai Lagun, Kuala Ibai

Masa ni bawa dia jenjalan kat Taman Monumen dan Masjid Kristal

Dalam perjalanan balik ke KL, singgah di Bukit Tinggi, Pahang


Nazirul Mubin
Nov 1985 - 6hb Jan 2015
Petang tu dalam pukul 3-4ptg macam tu, aku dapat tahu dari FB sahabat aku tu sakit. Terlantar di hospital. Aku cuba tanya kawan-kawan yang dekat dengan dia, Masing-masing tak berjawab. Sampailah aku balik kerja, kawan kami yang baik dengan dia juga, whatsapp aku bagitau sahabat aku tu dah meninggal. Dia pun tahu dari FB. 

Aku buka FB tengok dah ramai ucap takziah dan al-Fatihah. Aku cuba lagi tanya kawan-kawan dia yang lain. Salah sorang tu jawab, ada ketumbuhan dalam kerongkong. MashaAllah.. Patutlah kawan kami ada bagitahu masa bulan puasa ritu dia memang kurus kering. Arwah memang dah kurus, tp kali ni betul-betul kurus. Lepas rasa arwah whatsapp dengan mak aku, arwah ni bagitahu yang dia sakit, selalu demam.

Yang mendukacitakan aku, bulan 11 2014, Arwah ada whatsapp aku, minta hadiah birthday. Tapi aku menjawab sambil endah tak endah. Aku cakap besday aku dia tak kasi pun. Kalaulah aku tahu itu permintaan terakhir dia. Itulah yang sangat membuatkan aku menyesal. Ada kawan, aku tak hargai baik-baik. Bila tiada, barulah aku terasa kehilangan.

Sekarang aku hanya boleh panjatkan doa banyak-banyak moga roh arwah tenang di sana. Moga dia hanya mendapat ganjaran yang baik di akhirat.

Al Fatihah kepada Nazirul Mubin..


Monday, July 28, 2014

Kejutan Birthday ke 29

Tahun ni meriah sikit birthday aku sebab sambut bersamaan 1 Syawal. Hihi.. Seronok..

Tak disangka
Awal-awal lagi rasa nak buat kek birthday untuk diri sendiri. Tapi macam malas la pulak nak buat. Faham-faham la, balik kampung memang busy dengan famili, keluar beli barang, amik barang, anta orang, cari orang.. Haha..

Masa keluar bulan puasa dengan mak, mak dah cakap dia tempah kek sebab dah lama tak ada kek hari raya. Aku tak suspek apa-apa sebab masa dulu-dulu mak selalu beli kek untuk raya. Aku diam je la, sebab dah besar kan.. Haha..

Sehari sebelum raya
Petang tu akak aku ajak pergi amik kek kat kedai. Aku tunggu dalam kereta je sebab anak buah ada sekali, kang kalau keluar semua, anak buah mengarut plak nak beli macam-macam. Aku pon rasa nak beli kek birthday untuk diri sendiri, tapi malas nak kuar kereta. Akak aku pesan, tak yah tengok-tengok lah. Aku diam je, fikir kek biasa, watpe aku nak tengok-tengok kan..

Hari Raya
Balik dari solat sunat Aidilfitri, mak aku suruh bukakan kek yang kami amik tu. Dalam hati, macam la takleh nak bukakan.. Haha.. Aku bukak je.. Mak Ai... Lawanya kek.. terharu hakak.. hahaha... Sebak tetiba.


Thanks my mum and famili.. Sangat-sangat terharu ada kek birthday. Love u all..

Friday, January 17, 2014

Guinea Pigs To Let Go


Haluuuu..

Dah berapa bulan dah plan nak let go aku punya Guinea Pigs (GP) ni. Aku macam dah takda hati nak bela. Hahaha.. Ni aku nak cerita sikit salasilah GP aku.

WikiInfo

Dec 2012
Kalau tak silap aku, aku bela mula bulan Dec 2012. Bermula dari 2 ekor. Momok dan KumKum.

Kecik je lagi

Ni dah beberapa bulan kut

2013
Bulan 4 Momok mula beranak sekor. Cantik anak dia..

Aku namakan dia Susu sebab putih macam susu

Bulan 7 lahir lagi 2 ekor. Hitam legam.

Gambar masa kecik je ada. Masa besar aku dah tak amik gambar.
 Masa aku balik raya ke Terengganu, kawan aku ada ofer nak tolong jaga. Memandangkan dia tak cuti lama katanya, dia boleh jaga. Kemudian aku bagi dia jaga.

Sebelum raya hilang sekor yang hitam, jatuh dalam lubang jamban kot katanya. Lepas raya, masa aku pegi amik, masing-masing dah kurus gila. Badan lemah sangat-sangat. Sampai umah, mati sekor lagi yang putih pulak. Then beberapa hari lepas tu mati plak sekor lagi yang hitam.

Bulan 9 aku amik lagi sekor anak angkat pada si Momok dan KumKum, tak sampai berapa minggu mati. Amik dari kawan aku. GP dia tu selalu je tetiba mati. Amik yang ni pon mati.


Bulan 11, lahir plak 3 ekor dari Momok.


Yang ni aku tak tahu mana jantan, mana betina. Hidup sampai sekarang.

2014

Baru-baru ni Momok lahirkan lagi 2 ekor. Mati sekor rasanya sebab kene pijak. Sekor lagi aku asingkan dengan Momok. Badan pon dah nampak tak kuat. Beberapa hari lepas tu mati.


Aku macam dah malas nak jaga. Dah ramai ni tahi makin banyak hari-hari. Aku bela pun bukan aku main pun. Sekadar bela je. Hehehe.. Now, sape nak beli tak? Murah-murah je aku jual. Sapa nak contact aku ya..

019-3092131



Thursday, January 09, 2014

Berdiam Diri Bukan Jalan Penyelesaian

Ni aku nak cerita. Kalau ada masalah cuba luahkan. Bincang tu penting. Bukan nak elak dari bergaduh kita kena diamkan diri je.

Aku paling tak suka bila aku bertanyakan soalan, orang diam. Lepas tu cakap ada masalah. Cakap je la ada masalah apa. Ni hal berkaitan aku jugak, ,bukan aku takda kaitan pun. Kalau aku takda kaitan dengan masalah kau, aku boleh cakap

"Mampus kau lah belalang.."

Boleh macam tu kan? Apa salahnya bawak berbincang. Jangan buat orang tertunggu-tunggu.

Nak buat orang macam ni mudah je, kalau dia diam, kita diam je lah. Jangan cakap apa-apa lagi dah. Nak berdiam diri sangat kan?

Saturday, December 28, 2013

Pentingnya Backup Blog Entri


Aku baru perasan blog aku ni problem kat link-link. Sebabnya aku manual show link kat sidebar tu. So, kalau ada problem tu sorry eyh. Takda mood lagi nak adjust.

Sebelum ni aku pernar terdelete blog aku. Nasib baik aku ada back up. Cuma beberapa post selepas backup tu la aku hilang. Bila aku re-publish, link dah berubah. Huhu..

Pentingnya backup
Aku pernah dengar beberapa blog kena hack. Post kena delete. Kesiannya.. So, lepas ni, untuk kesedaran semua, backup la blog korang sebulan sekali.